|
Gai Yang Kati Sood (Ayam Panggang Perap Santan) |
Nook, Aloft Kuala Lumpur Sentral membawakan citarasa Thai ke Kuala Lumpur ke bufet makan malam "Tantalisingly Thai", dengan chef jemputan dari Thailand, Chef Burin Pongchang dari Royal Orchid Sheraton Hotel & Towers, Bangkok.
|
Chef Burin Pongchang |
Chef Burin yang mempunyai pengalaman hampir 30 tahun diterbangkan khas dari Thailand untuk membawakan ke meja makan anda resepi-resepi asli Thai yang pasti mengecurkan air liur.
Sebagai pembuka selera, Chef Burin menawarkan Larb Gai (Salad Ayam Lumat Pedas), Som Tum Pol La Mai (Salad Buah Thai), Yum Woonsen Thalay (Suhun dengan Makanan Laut) dan banyak lagi.
|
Larb Gai (Salad Ayam Lumat Pedas) |
|
Som Tum Pol La Mai (Salad Buah Thai) |
|
Yum Tha Lay (Salad Makanan Laut Pedas) |
Rasalah sup air tangan Chef Burin iaitu Tom Yum Goong (Tom Yam Udang), dan Tom Kha Gai (Sup ayam dan lengkuas bersantan)
|
Tom Yum Goong (Sup Tom Yam Udang) |
Makan malam bufet "Tantalisingly Thai" tidak lengkap dengan lauk-pauk dari Thailand termasuk Kaeng Kiew Wan Gai (Kari Ayam Hijau), Goong Makham (Udang Goreng dengan Sos Asam Jawa)), Pla Sam Rod (Ikan Tiga Rasa), Kaeng Phed Nua (Kari Merah Daging) dan banyak lagi.
|
Gai Kra Tiem Prik Thai (Ayam Goreng Bawang Putih, Lada Hitam dan Akar Ketumbar) |
|
Kaeng Mussaman Nua (Kari Massaman Daging Lembu) |
|
Pad Kra Paro Tha Lay (Makanan Laut Goreng Pedas dengan Basil) |
|
Pad Pak Nam Mun Hoy (Sayuran Goreng dengan Sos Tiram) |
Kepada yang germarkan makanan goreng, jangan lupa mencuba Phad Thai (Kuay Teow Goreng versi Thai) dan Pad Kee Mow (Kuay Teow Goreng dengan daun basil).
|
Phad Thai |
Sebagai pelengkap makan malam, aneka pemanis mulut Thai boleh dinikmati seperti Tub Tim Grob (Red Ruby Sengkuang Cina dalam Santan), Kaeng Buad Fak Thong (Pengat Labu), Kluay Cheum (Pisang dalam air gula), Mun Cheum (Ubi Keledek dalam air gula), Sakoo Tua Dam (Bebola sagu dengan kacang hitam dalam santan) dan Kluay Buad Chee (pengat pisang).
|
Kaeng Buad Fak Thong (Pengat Labu) |
|
Kluay Cheum (Pisang dalam air gula) |
|
Tub Tim Grob (Red Ruby Sengkuang Cina dalam Santan) |
Menu Thai Chef Burin yang terpilih juga boleh didapati di kendera saji (food truck) Aloft,
Re:fuel On Wheels, untuk makan tengahari (11.30 pagi - 2.30 petang) pada hari Isnin sehingga Jumaat dalam bulan September.
Terletak berhampiran Hotel Aloft, di Jalan Stesen Sentral, pengunjung boleh mendapatkan hidangan Lab Gai (Salad Ayam Lumat Pedas), Kaeng Mussaman Nua (Kari Massaman Daging Lembu), Por Pia Pak (popia Thai) dan Kaeng Phed Nua (Kari Daging Merah).
Bufet "Tantalisingly Thai" di Nook berharga RM118 nett seorang dewasa dan RM59 nett seorang kanak-kanak (6-12 tahun) dan boleh didapati 3 – 30 September 2018 setiap hari untuk makan malam mulai jam 6.30petang sehingga 10.30malam.
Untuk tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi (60) 3 2723 1188 atau layari
www.aloftkualalumpursentral.com
Comments
Post a Comment