RESTORAN BUMBU DESA DI "TASTE OF MALAYSIA AIRPORTS" (MIGF)



Malaysia Airports telah menyertai kemeriahan Festival Gastronomi Antarabangsa Malaysia (MIGF), Taste MIGF 2018 yang diadakan selama dua hari pada 1-2 September di Berjaya Times Square Hotel.

Di bawah payung "Taste of Malaysia Airports", ia membawakan tiga restoran yang pernah memenangi tempat 25 ke atas dalam Anugerah tahunan KULinary tahun lalu - sebuah kempen untuk meraikan kehebatan kulinari di kedua-dua terminal Lapangan Terbang Kuala Lumpur iaitu KLIA dan klia2.

Restoran masakan Indonesia, Bumbu Desa adalah salah satu restoran yang ditampilkan dalam "Taste of Malaysia Airports" sebagai satu "teaser" untuk acara KULinary bakal kembali lagi dalam bulan Novemer ini. Penggemar makanan bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti hebat di kedua-dua terminal KLIA kelak.

Bumbu Desa menawarkan pelbagai hidangan asli dari kepulauan Indonesia seperti Padang, Sunda dan Melayu. Di Taste of Malaysia Airports, kami sempat mencuba beberapa masakan signatur Bumbu Desa yang dihidangkan bersama Nasi Liwet dan dilengkapkan juga dengan minuman Teh Botol.


Ikan Bawal Taliwang Lombok - Ikan yang digoreng garing dan dilitupi sambal istimewa dari Lombok

Ayam Cabai Ijo - Hidangan ayam yang pedas tetapi menyelerakan.

Rendang Kambing - Empuk dan penuh perisa.

Gulai Kikil - Tekstur kenyal daripada tendon lembu dengan kuah yang lemak dan menyelerakan. 

Goreng-gorengan - tauhu dan tempe yang rangup di luar tetapi lembut di dalam.

Perkedel Jagung - Gorengan rangup yang diperbuat daripada jagung manis, tepung dan telur.

Emping


RESTORAN BUMBU DESA
Alamat: S2-3-L07, Departure Level, Public Concourse, klia 2.
Waktu Buka: 24 jam
Laman Facebook: https://www.facebook.com/bumbudesaMY/

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

KEHADIRAN WATAK-WATAK BAHARU MENCERIAKAN ASTRO SMK MUSIM 3