RW GENTING PERKENAL 3 PERISA KUIH BULAN BARU



Selepas Tahun Baru Cina, salah satu perayaan kaun Cina yang penting adalah Festival Kuih Bulan. RW Genting sepertimana tahun-tahun yang lalu, menawarkan aneka kuih bulan aneka perisa untuk meraikan festival ini.


Di RW Genting, Chef Gan Chee Keong bertanggung jawab untuk memastikan mutu kuih bulan yang dihasilkan terjaga dari segi ramuan yang segar dan cara pembikinan yang betul.


Kuih bulan dengan inti tradisional seperti Lotus Paste with Single Yolk, Lotus Paste with Double Yolk dan Red Bean Paste masih menjadi kegemaran ramai. Perisa-perisa lain juga boleh didapati seperti Low Sugar White Lotus Paste, White Lotus Paste with Black Sesame, Green Tea Lotus Paste, Golden Jade with Single Yolk, Assorted Nuts “Ng Yan”, Single Yolk with Pu Er Lotus Paste dan Green Tea Paste with Black Sesame Jingsa. Inti kuih bulan dipertbuat daripada bahan semulajadi seperti biji teratai, kua chi, bijan hitam dan teh pu er.

Beberapa perisa baru turut diperkenalkan termasuk Pandan Jade with Buttermilk Custard yang manis dan harum. Buah kegemaran ramai durian juga menjadi inti kepada Durian Paste with Durian Jingsa dan Snow Skin Durian Paste. Kuih bulan snow skin harus disimpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan untuk rasa yang lebih menyegarkan.



Pelanggan boleh membeli kuih bulan RW Genting di beberapa lokasi yang ditetapkan seperti di Genting Palace (2nd Floor, Genting Grand Hotel), Good Friends Restaurant (Level 2, Maxims Hotel) dan First World Hotel Lobby bermula 21 Julai sehingga 24 September 2018.

Kuih bulan RW Genting juga boleh didapati di Wisma Genting One Hub dari 3 sehingga 21 September 2018, kecuali cuti hujung minggu dan cuti awam. Harga sebiji kuih bulan bermula dari RM16.00 nett. Sebuah kotak perhiasan eksklusif akan diberikan dengan setiap pembelian empat biji kuih bulan

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03 6101 1118 atau layari www.rwgenting.com

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA