TIMBERLAND X MASTERMIND EKSKLUSIF DI ISETAN KL


Satu koleksi kapsul hasil kerjasama Timberland dan Mastermind JAPAN bakal kembali dengan "twist" baru kepada but ikonik Timberland 6-inch Premium Boots.

But 6-inci signatur Timberland ini bakal mennampilkan zip di tepi untuk memudahkan pemakaiannya. Diperbuat daripada kulit premium waterbuck, but ini boleh didapati dalam dua warna  – warna kuning gandum Timberland yang ikonik dengan perincian emas atau warna hitam signatur MASTERMIND dengan perincian putih/ perak. Kedua-dua versi ini menampilkan jenama Mastermind yang disulam ke atas bahagian belakang kasut dan motif tengkorak dan tulang bersilang di bahagian lidah kasut dan tag gantung.


Koleksi ini juga menampilkan pakaian persis vintaj 90an Timberland  – oversized short-sleeve tee, long-sleeve tee, sweat shorts dan sweat jogger pants. Diperbuat daripada kain kapas berkualiti tinggi, koleksi pakaian juga didatangani dalam dua warna sepertimana dengan but 6-inci.

Kuantiti koleksi ini adalah amat terhad dan hanya boleh didapati di ISETAN The Japan Store Kuala Lumpur​ mulai 14 September 2018.










Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025