ULASAN FILEM: ONE TWO JAGA - SATU CUBAAN YANG BERANI



Masih ingatkah anda, filem-filem yang ditayangkan di Malaysia satu masa dahulu penjahat mesti dihukum dan polis mesti baik? Sehinggakan filem "Infernal Affairs" (2002) ditayang dengan pengakhiran berbeza dengan versi Hong Kong?

Sampai bila kita perlu hidup dengan pembohongan fantasi sedangkan di luar sana kita semua tahu realitinya?

Julung kalinya filem tempatan dapat memecah kebuntuan tersebut dengan filem berani "One Two Jaga". 

Filem ini dipersembahkan dalam pelbagai perspektif: Sugiman (Ario Bayu), seorang pekerja binaan Indonesia yang cuba membantu seorang pembantu rumah, Sumiyati (Asmara Abigail), yang melarikan diri dari rumah majikannya dan ingin kembali ke Indonesia.


Manakala, Hassan (Rosdeen Suboh) seorang pegawai polis yang secara rahsia menerima wang rasuah untuk menampung keluarganya. Dia berhadapan masalah kerana mendapat rakan kerja baru Hussein (Zahiril Adzim) yang lurus bendul dan panas baran.

Akhirnya, Rico (Timothy Castillo), seorang pekerja dari Filipina yang mendapat masalah kerana ketuanya, Datuk (Nam Ron) mengesyaki dia dan kawannya, Marzuki (Iedil Putra) mencuri beberapa wang kepunyaan Datuk.

Namron mengambil masa mengupas setiap karakter sedikit demi sedikit. Mengetengahkan dilema yang dilalui dan akhirnya bagaimana mereka berhadapan dengan kezaliman realiti.

Pacing-nya agak perlahan tapi cukup buat penonton rasa tak senang dengan situasi yang dipersembahkan. Sinematografi Helmi Yusof amat terpuji kerana menggunakan teknik yang terhad tapi berkesan.

Pemilihan tona gelap dan gritty menambahkan lagi kekuatan penceritaan termasuk babak perhitungan terakhir yang sangat brutal. Suntingannya juga bijak membahagi setiap segmen berlainan dan paling penting, kehebatan hampir kesemua pelakonnya tak kira watak kecil ataupun besar yang bersungguh membawa watak masing-masing.


Akhir kata, sekarang terpulanglah pada anda sebagai penonton. Jika anda mahu pemikiran anda tercabar dengan kebijaksanaan intipati sebuah filem berkualiti ataupun masih tersangkut di takuk lama. Tontoni "One Two Jaga" di pawagam berhampiran anda mulai 6 September 2018

Ulasan: Ezli Qamari

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM