3M MALAYSIA BAKAL LANCARKAN DUA PENAPIS AIR TERBARU



3M Malaysia, sebuah syarikat sains global akan melancarkan dua produk penapisan airnya yang terbaharu – 3M™ Quick Change Whole House Water Filter dan 3M™ Countertop Drinking Water System CTM-01 SE di Pameran HOMEDEC, KLCC pada 1 November 2018.

Produk-produk terbaharu ini bakal menawarkan kemudahan dan jaminan yang pengguna perlukan dari segi penyelenggaraan dan kualiti air. Pelancaran kedua-dua produk ini juga menyaksikan pelantikan Alpha Home Appliances sebagai Pengedar Bertauliah bagi produk-produk penapisan air di Malaysia.

“Kami berbesar hati untuk memperkenalkan produk 3M™ Quick Change Whole House Water Filter atau lebih dikenali sebagai Mini POE. Produk ini merupakan penapis air terbaharu yang bersaiz mini namun berkuasa tinggi yang saya pasti akan memudahkan pengguna, terutamanya penghuni-penghuni kondominium. Bagi 3M™ Countertop Drinking Water System CTM-01 SE, ia merupakan penapis air minuman dengan tag harga yang berpatutan dan ia dapat melindungi para keluarga daripada kontaminasi air dengan membekalkan air minuman yang bersih. Sambil kita mengorak langkah ke hadapan dengan pengalaman dalam teknologi penapisan air selama 80 tahun, kami juga komited untuk menawarkan produk-produk penapis air berkualiti yang diperlukan oleh pengguna. Produk-produk kami dilengkapi dengan sistem penapisan air berteknologi tinggi dan tercanggih untuk memberi manfaat yang terbaik. Di 3M, kami mencipta produk-produk penapisan air yang sesuai untuk keperluan para pelanggan kami. Bersama dengan Alpha Home Appliances, kami dapat menawarkan pelbagai produk penapis air 3M kepada pengguna melalui saluran pengedaran mereka, skim pembayaran mudah yang baharu dan penyelesaian penapis air 3M yang inovatif,” ujar  En. Parameswaran Nair, Pengarah Urusan 3M Malaysia.

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan Alpha Home Appliances sebagai pengedar bertauliah kami. Kami percaya bahawa produk kami yang digandingkan dengan keupayaannya akan dapat memenuhi permintaan pelanggan-pelanggan kami di seluruh Malaysia. Usaha sama yang dijalinkan dengan Alpha Home Appliances ini juga akan membuka tawaran pelan ansuran bagi produk-produk penapis air 3M serta akses yang mudah kepada penapis air 3M di seluruh Malaysia dengan menyediakan kaedah mudah untuk pembelian produk-produk penapis air 3M ini melalui platform seperti kedai atas talian, premis kedai yang tradisional dan saluran omni. Dengan ini, kami yakin bahawa mereka akan dapat memenuhi keperluan pasaran Malaysia,” tambah beliau.

“Syarikat kami berasa teruja dengan kerjasama ini bersama 3M Malaysia dan kami berharap untuk berganding bahu dengan mereka untuk menawarkan produk-produk yang berkualiti tinggi kepada para pengguna. Dengan 1,000 pengedar Alpha di seluruh negara, kami yakin bahawa kami boleh menambah nilai bagi perniagaan tersebut di seluruh Malaysia dan kami dapat mengekalkan tahap kualiti dan prestasi yang 3M Malaysia telah bangunkan dalam produk-produknya. Tambahan pula, Alpha Home Appliances akan menjadi penyelesaian pusat sehenti untuk para pengguna kerana kami mempunyai pasukan berdedikasi yang juga akan menawarkan perkhidmatan selepas jualan seperti pemasangan, penyelenggaraan dan pembaikan bagi pelanggan-pelanggan kami yang dihargai,” ujar En. Alan Yeo, Ketua Pegawai Eksekutif Alpha Home Appliances.

Memperkenalkan 3M™ Quick Change Whole House Water Filter (Mini POE)
‘Point-of-entry’, atau penapis POE dipasang pada satu lokasi yang akan menerima bekalan air utama. Ia merupakan kaedah yang mudah untuk merawat air yang digunakan di seluruh kediaman pengguna dengan menyingkirkan sedimen dan kotoran. Jenis sistem penapis air ini biasanya bersaiz besar dan perlu diletakkan di luar rumah. Walau bagaimanapun, 3M™ Quick Change Whole House Water Filter disanjung atas reka bentuknya yang kompak dan moden tanpa mengkompromikan kapasiti penapisan air ekoran kebolehan penapis air tersebut untuk dipasang dan diselindung dengan mudah dalam ruangan yang kecil. Ia menjadikannya pilihan yang lebih ideal bagi mereka yang menghuni di kondominium atau mereka mempunyai kekangan dari segi ruang. Selain itu, ia juga dapat memberikan air yang bersih dan selamat bagi seluruh kediaman termasuk bagi kegunaan pemanasan air, dapur dan mesin basuh.

Di samping itu, produk 3M™ Quick Change Whole House Water Filter juga dilengkapi dengan ciri anti-penskalaan yang unik dari 3M, ia membantu melindungi peralatan seperti pemanas air, mesin kopi serta cerek dan pada masa yang sama, memaksimumkan prestasi fungsi pemanasan alat-alat elektrik ini. Tambahan lagi, penapis air ini juga mempunyai fungsi ‘no-backwash’ yang sesuai untuk keperluan penghuni kondominium memandangkan kebanyakan pihak pengurusan kediaman seperti ini tidak membenarkan proses ‘backwash’ kerana ia boleh menyebabkan penakungan air di kawasan yang umum.

Bukan itu sahaja, penapis air terbaharu keluaran 3M Malaysia juga menyingkirkan sedimen seperti pasir dan karat yang bersaiz sekecil 5 mikron; iaitu 10 kali lebih kecil berbanding sehelai rambut manusia dan ia membantu mengurangkan kesan kotoran pada pakaian, singki dan kelengkapan yang lain untuk membekalkan air yang lebih bersih bermula dari titik permulaan yang pertama bagi kegunaan seluruh kediaman. Dengan produk 3M™ Quick Change Whole House Water Filter, anda juga boleh menukar kartrijnya dalam masa kurang daripada 10 saat.

Memperkenalkan 3M™ Countertop Drinking Water System CTM-01 SE
Dengan Teknologi Penapisan Blok Karbon 3M, produk 3M™ Countertop Drinking Water System CTM-01 SE yang terbaharu ini membekalkan air minuman yang selamat dan dipercayai ekoran daripada kebolehannya untuk mengurangkan sedimen, rasa klorin serta bau kotor, plumbum, benzena, diklorobenzena dan toksafena, serta 99.95% sista protozoa sekecil 0.5 mikron. Ini bermakna anda boleh minum air yang ditapis secara terus tanpa mendidihkannya terlebih dahulu, asalkan 3M™ Countertop Drinking Water System CTM-01 SE ini disambung pada bekalan air yang telah dirawat.

Sama seperti 3M™ Quick Change Whole House Water Filter, produk 3M™ Countertop Drinking Water System CTM-01 SE juga dilengkapi dengan fungsi anti-penskalaan. Tersedia dalam warna perak gelap serba metalik dan dengan reka bentuk yang langsing dan trendy, produk edisi istimewa daripada 3M Malaysia ini didatangkan dengan injap diverter yang mempunyai reka bentuk baharu dan tampak bergaya serta dilengkapi dengan saluran air diverter tiga tetapan – pancuran, normal dan air minuman, lantas menempatkan penapis ini di aras yang berbeza daripada produk-produk yang lain.

Kedua-dua penapis air 3M™ Quick Change Whole House Water Filter dan 3M™ Countertop Drinking Water System CTM-01 SE yang baharu ini diedarkan oleh Alpha Home Appliances dan masing-masing dijual pada harga RM759.00 dan RM449.00. Di samping produk-produk penapis air yang baharu ini, Alpha Home Appliances juga mengedarkan varian yang lengkap merangkumi pelbagai produk penapisan air 3M seperti 3M™ Drinking Water System CTM-01, 3M™ Drinking Water System CTM-02, 3M™ Wholehouse Water Filtration System AP902, 3M™ Filtered Water Dispenser HCD-2, 3M™ Filtered Water Dispenser HCD-1A, 3M™ Drinking Water Filter System DWS2500T-CN, 3M™ Drinking Water Filter System AP Easy Complete dan 3M™ Food Preparation Water Filter System AP Easy Cyst FF.

Bermula dari 1 hb. hingga 4 hb. November, Alpha akan menawarkan diskaun-diskaun yang menarik bagi pelbagai produk penapis air 3M di HOMEDEC (Bahagian ke-2), KLCC, Dewan 1, Nombor Booth: 1D107. Kunjungi booth mereka untuk menikmati diskaun sehingga 50%.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.3M.com.my/water.  

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?