OH MY FAMILY! DILANJUTKAN KE MUSIM KEDUA



Kembali untuk siaran musim kedua, Oh My Family! menampilkan lima buah keluarga selebriti yang baharu iaitu keluarga Nabil Ahmad, Black Hanifah, Shuib Sepahtu, Sharifah Shahirah dan pelakon sinetron popular Indonesia, Ussy Sulistiawaty. 
Gelagat mereka membantu anak-anak menyelesaikan tugasan yang diberi dapat disaksikan menerusi program sebanyak lapan episod ini di Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123) dan Astro Ceria (saluran 611) pada setiap Rabu bermula 10 Oktober 2018, jam 9 malam.

Untuk tontonan di platform digital, Oh My Family! musim kedua boleh dinikmati menerusi on demand, aplikasi Astro GO bagi penonton di Malaysia dan Tribe bagi penonton di Indonesia. 

Oh My Family! merupakan sebuah rancangan realiti kekeluargaan berbentuk hiburan berpendidikan yang menampilkan barisan selebriti popular bersama anak-anak mereka dalam menyelesaikan beberapa tugasan yang diberi. 

Mula diperkenalkan pada April 2018, Oh My Family! musim pertama berjaya mencatatkan rating tertinggi sebanyak 2.2 juta dan jumlah jangkauan sebanyak 6 juta. 

Anak-anak selebriti yang terlibat terdiri daripada Naera Mikayla dan Leyla Medyna (anak Nabil Ahmad), Khaleef Dayyan (anak Black Hanifah), Uwais Alqarni dan Dzahira Talita (anak Shuib Sepahtu), Airra dan Audrra (anak Sharifah Shahirah) serta Shakeerla Eleanor Ameera (anak Ussy Sulistiawaty). 

Istimewanya, Oh My Family! musim ini akan turut diceriakan oleh pelakon, penyanyi dan juga pengacara dari Indonesia, Ussy Sulistiawaty dan suaminya Andhika Pratama. Dengan jumlah pengikut seramai 9.2 juta di Instagram Ussy dan 6.5 juta di Instagram Andhika, mereka berdua merupakan antara pasangan selebriti yang berpengaruh di negara jiran tersebut. 

Bagi musim kedua, tugasan yang diberikan kepada setiap anak selebriti tertumpu pada skill kemahiran hidup yang dilakukan menerusi aktiviti-aktiviti luar seperti menanam dan menampi padi, berkhemah di hutan, memproses ikan masin, menangkap ikan, menyumpit, meredah hutan dan banyak lagi. 

Gelagat kelima-lima keluarga selebriti ini dapat ditonton dalam “Oh My Family!” musim kedua pada setiap hari Rabu, mulai 10 Oktober 2018 jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104), Ria HD (saluran 123) dan Astro Ceria (saluran 611). Program ini turut boleh dinikmati melalui platform digital Astro GO, Tribe dan ‘on demand’.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA