BERJAYA SOMPO BERI TUMPUAN KEPADA PRODUK INOVATIF



Berjaya Sompo Insurance Berhad (‘Berjaya Sompo’), penyedia insurans am yang terkenal di Malaysia membentangkan rancangannya untuk menjadi salah satu daripada lima penyedia insurans am terbaik di Malaysia. Matlamat jenama itu bakal dicapai menerusi pembangunan agenda pengembangan yang terperinci dengan memberi tumpuan kepada bidang-bidang utama yang telah dikenal pasti.

Berjaya Sompo yang mempunyai rangkaian 20 pejabat dan 2,800 ejen yang semakin berkembang di seluruh negara, komited untuk menjadi syarikat insurans pilihan utama dengan menyediakan penyelesaian berkualiti serta perkhidmatan bertaraf antarabangsa demi kepentingan para pelanggannya.

Berteraskan Pelanggan
Berjaya Sompo sentiasa mengutamakan para pelanggan dan pendekatannya terhadap pengalaman pelanggan merupakan komponen terpenting bagi mengangkat kedudukan jenama itu ke satu tahap yang lebih tinggi di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sompo, Encik Tan Sek Kee berkata, “Maklum balas pelanggan merupakan kunci kepada inovasi produk dan ianya membolehkan kami untuk menggabungkan penyelesaian ke dalam produk yang dikehendaki dan dihargai oleh para pelanggan. Kami melakukan semua ini dengan mendengar suara pelanggan dan mengumpul data semasa menerusi tinjauan pengguna dan penyelidikan pasaran. Apa yang penting ialah, Berjaya Sompo sentiasa berusaha untuk menambah baik keseluruhan pengalaman serta proses semua pelanggan di segenap titik sentuh yang berbeza.”

Berjaya Sompo ingin menjadikan insurans lebih mudah difahami oleh pengguna biasa. Bagi mencapai matlamat itu, inisiatif-inisiatif berikut telah pun dimulakan:

Kempen Jenama Bertema: Silent Guardians
Kempen jenama bertema ‘Silent Guardians’ yang terbaharu oleh Berjaya Sompo memaparkan keunikan matlamat Berjaya Sompo untuk menjalin hubungan yang lebih rapat dengan semua pihak yang berkepentingan, dengan memanfaatkan warisan serta sejarah jenama yang berasal dari Jepun itu. Ia turut memaparkan perjalanan syarikat itu yang bermula dari Jepun ke seluruh dunia sejak 1888.

Menerusi ‘Silent Guardians’, Berjaya Sompo berjaya membentuk sekumpulan wira melalui penggunaan pahlawan-pahlawan Jepun seperti ninja, samurai, ahli gusti sumo, karate serta kendo bagi melindungi rakyat Malaysia setiap hari, tanpa disedari oleh mereka. Kempen jenama itu menyelitkan unsur-unsur komedi yang unik bagi menekankan kepentingan memiliki insuran supaya rakyat Malaysia bebas untuk meneruskan aktiviti harian tanpa kerisauan.

Sompony: Maskot Berjaya Sompo yang Comel
Baru-baru ini, Berjaya Sompo telah memperkenalkan Sompony, maskotnya yang terbaharu serta comel. Sompony, yang diilhamkan oleh syarikat induk Berjaya Sompo iaitu Sompo Holding (Asia) Pte. Ltd (‘SOMPO’), merupakan watak wira, pembantu, serta rakan yang boleh dipercayai dan diharapkan oleh rakyat Malaysia untuk membimbing mereka ketika menerokai produk dan perkhidmatan Berjaya Sompo.   

Digunakan di dalam setiap pasarannya di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura, Sompony telah dicipta bagi membentuk semula bagaimana jenama itu berhubung dengan para pelanggan melalui cara yang lebih santai, ceria dan mudah difahami. Sompony memberi nilai tambah kepada SOMPO dengan kejayaan pembinaan karakter. Ia membantu pihak berkepentingan dalaman serta ejen dalam penceritaan mereka bagi mendidik dan memberi penerangan kepada para pelanggan mengenai keunikan produk serta perkhidmatan yang ditawarkan oleh Sompo.

Inovasi Produk: SOMPO Motor
Memahami keperluan pengguna yang sentiasa berubah mengikut masa, serta sempena perkembangan terkini mengenai liberalisasi tarif insurans kenderaan di Malaysia, Berjaya Sompo telah melakukan perubahan yang sepatutnya dan sentiasa mencari penyelesaian bagi memenuhi keperluan pengguna masa kini. Salah satu contohnya ialah SOMPO Motor yang serba baharu.

SOMPO Motor ialah insurans kenderaan yang komprehensif untuk pemilik kenderaan yang dapat mengurangkan keseluruhan kos tambahan tanpa perlu melalui proses rumit untuk memilih perlindungan tambahan. Malah lebih daripada itu, ia turut dilengkapi dengan perlindungan tambahan bagi memberikan ketenangan minda kepada pemandu termasuklah perlindungan yang lebih baik untuk kenderaan lama dan perlindungan penuh terhadap bencana alam.

Berikut ialah faedah asas baharu yang disertakan di dalam SOMPO Motor:
  1. Perlindungan khas kemalangan, di mana jumlah tuntutan tidak melebihi RM10,000 atau 20% daripada jumlah yang diinsuranskan, yang mana lebih rendah,
  2. Perlindungan untuk semua pemandu,
  3. Waranti baik pulih selama 12 bulan,
  4. Kos menarik kenderaan kecemasan RM300 akibat kemalangan.

“SOMPO Motor telah memudahkan pengguna untuk memilih perlindungan tambahan yang kebiasaannya disediakan bagi insurans kenderaan peribadi yang komprehensif dengan memasukkannya ke dalam faedah asas. Perlindungan tambahan baharu juga termasuk perlindungan yang lebih baik untuk kenderaan lama serta perlindungan penuh terhadap bencana alam. Kami amat mengalu-alukan pelaksanaan liberalisasi tarif insurans kenderaan kerana ia membolehkan Berjaya Sompo bersaing secara sama rata, mengetengahkan wira sejati: SOMPO Motor. Dengan adanya produk ini, tumpuan utama kami ialah untuk meningkatkan tahap ciri-ciri serta perkhidmatan asas. Kami mahu memastikan bahawa kami mempunyai produk yang amat berguna dan berfaedah untuk para pelanggan kami,” kata Ketua Pegawai Pengedaran Berjaya Sompo, Encik Stuart Chua.

Para pengguna juga boleh memilih untuk mendapatkan perlindungan tambahan seperti perlindungan penuh khas kemalangan, kos menarik kenderaan tanpa had di dalam Malaysia, dan pengecualian caj penambahbaikan untuk kenderaan sehingga 15 tahun. Satu lagi ciri baharu SOMPO Motor ialah ia menawarkan pilihan kepada pengguna untuk memilih Voluntary Excess bagi sesebuah polisi berkenaan, antara 0% hingga 3% daripada jumlah yang diinsuranskan. Voluntary Excess  bagi sesebuah polisi itu memberikan pilihan kepada pengguna untuk membuat pembayaran menggunakan duit sendiri sehingga 3% bagi setiap tuntutan untuk mengurangkan bayaran premium insurans setiap bulan.

Sebagai tambahan, Berjaya Sompo turut menjalinkan kerjasama dengan jenama kenderaan terkenal seperti Honda Malaysia, Mazda Malaysia dan Nissan Malaysia bagi menyediakan pakej insurans secara bundle yang disesuaikan mengikut keperluan para pemilik kenderaan.

Pendigitalan Berjaya Sompo
Di dalam dunia yang serba digital pada hari ini, kami perlu sentiasa melakukan inovasi untuk kekal di hadapan kerana para pengguna kini sentiasa mengharapkan serta berupaya memproses maklumat dengan lebih cepat berbanding dahulu.

Memahami hakikat itu, Berjaya Sompo telah mengambil langkah besar dalam melaksanakan pendigitalan di segenap peringkat syarikat melalui beberapa inisiatif utama seperti: inovasi produk dalam talian, penambahan saluran pengedaran digital, memperkenalkan saluran B2C baharu serta memperkukuhkan lagi infrastruktur digitalnya.

Encik Tan menjelaskan, “Berjaya Sompo membuat pelaburan besar dalam pendigitalan sebagai salah satu bidang tumpuan utama untuk jenama itu bergerak maju ke hadapan. Salah satu contohnya ialah inovasi digital, di mana kami membangunkan saluran B2C baharu untuk para pelanggan mudah alih, pada masa yang sama kami juga mempermudahkan produk dalam talian kami merentasi Insurans Motor, Pelancongan, Kecurian dan Rumah bagi membolehkan rakyat Malaysia membeli produk kami dengan mudah dan cepat. Dalam tempoh terdekat, kami akan mengukuhkan lagi keupayaan memproses dan menterjemah data bagi membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan kami.”

Dari segi kemudahan fizikalnya pula, Berjaya Sompo telah membuka sebuah cawangan baharu di Petaling Jaya pada 2017 dan satu lagi di Seremban pada September 2018. Selepas ini, Berjaya Sompo tidak mempunyai rancangan untuk menambah rangkaian cawangannya bersesuaian dengan pendekatan digital syarikat itu.

“Kami yakin dengan proses pendigitalan, kami boleh menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan kami dari mana-mana lokasi kami sekarang, tanpa mengira jarak. Tambahan pula, kami menganggarkan lebih banyak lagi pelanggan akan menggunakan perkhidmatan dalam talian untuk membeli, memperbaharui dan membuat tuntutan insurans pada masa yang akan datang, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap kedai fizikal,” tambah Encik Tan lagi.

Strategi Pemantapan Sumber Manusia
Bagi Berjaya Sompo, tumpuan utama patut diberikan kepada usaha untuk membangunkan keupayaan sumber manusia. Ianya akan memastikan semua warga kerja di dalam syarikat itu sentiasa bermotivasi dan berusaha ke arah mengutamakan pengalaman pengguna untuk menjadi syarikat insurans pilihan, bekerja ke arah mencapai kecemerlangan pelanggan.

“Secara dalamannya, kami telah menyusun pelbagai program pembangunan yang memberikan latihan serta kemahiran praktikal kepada semua kakitangan kami di setiap peringkat. Latihan berkenaan bukan sahaja berkaitan dengan tugas, malah ia turut membangunkan kemahiran intrinsik demi kemajuan kerjaya mereka dalam jangka panjang,” kata Encik Tan.

Dengan adanya rancangan-rancangan berkenaan, Berjaya Sompo komited untuk terus berkembang di Malaysia bersama-sama dengan seluruh rakyatnya, terutamanya di dalam era bersejarah Malaysia Baru. Sementara jenama itu berusaha ke arah bukan sahaja memenuhi tetapi sebaliknya mengatasi jangkaan pihak berkepentingan, jenama itu turut yakin bahawa ia hampir memenuhi aspirasinya untuk menjadi antara lima syarikat insurans am terbaik di Malaysia, sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia dan memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia di seluruh negara.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai insurans SOMPO Motor yang terbaharu dan produk-produk Berjaya Sompo yang lain, sila kunjungi:

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Silent Guardians, sila kunjungi:
www.berjayasompo.com.my/silentguardians


Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA