MESTI CUBA: CENDOL LATTE & DIRTY LATTE @ SEVENFRIDAY SPACE



Budaya "cafe-hopping" kini sedang menular di kalangan penggemar kopi di Malaysia di mana kafe-kafe baru yang dibuka seperti cendawan selepas hujan.

Kepada penggemar kopi premium, pastinya anda akan merasa teruja dengan cafe Sevenfriday Space by Red Army Watches yang baru dibuka.

Konsep unik kedai-kafe ini memberikan pengalaman yang unik kepada pengunjungnya, di mana mereka boleh mendapatkan jam tangan bergaya jenama Sevenfriday sambil menikmati kopi premium dan kek yang lazat.


Sevenfriday Space yang terletak di dalam pusat membeli-belah Robinsons, Shoppes @ Four Seasons Place memang strategik sebagai tempat berjumpa dan bersantai sambil menghilangkan lelah ketika membeli-belah.

Antara jam tangan dan aksesori yang dijual di Sevenfriday Space

Bracelet Sevenfriday yang bergaya 

Untuk membawa pengalaman kopi yang baru, Sevenfriday Space menampilkan dua minuman signatur, Cendol Latte dan Dirty Latte (Latte Kotor) serta Burnt Cheesecake with Sorbet (Kek Keju Bakar dengan Manisan Beku) yang boleh didapati dalam masa yang terhad.

Cendol Latte (RM17)

Cendol Latte diilhamkan daripada manisan yang digemari ramai di Malaysia iaitu cendol. Ia diperbuat daripada campuran kopi double espresso, susu segar, gula melaka, cendol dan dicelup dengan aiskrim potong berperisa kacang merah.


Kelazatan kopi espresso diimbangi dengan rasa manis gula melaka. Aiskrim potong boleh digunakan untuk mengacau minuman anda atau dimakan begitu sahaja sambil menikmati Cendol Latte.

Dirty Latte (RM12)

Satu lagi minuman kopi yang mesti dicuba di Sevenfriday Space adalah Dirty Latte. Minuman ini mendapat namanya dari rupa campuran kopi double espresso dan susu sejuk yang tampak “berkeladak" atau “kotor”.


Apa yang untuk tentang Dirty Latte adalah setiap hirupan mempunyai rasanya yang tersendiri kerana campuran ramuannya yang tidak sebati, malah ia dihidangkan tanpa sudu dan anda tidak digalakkan untuk mengacau kopi ini sebelum diminum. Memang unik dan harum sekali citarasa kopi ini.


Burnt Cheesecake with Sorbet adalah satu sajian yang sangat bagus untuk dinikmati bersama kopi. Kek yang lembut dan kaya dengan perisa keju berkrim dan karamel yang hangus terbakar di lapisan luarannya amat popular.

Dirty Latte (RM12) & Burnt Cheesecake with Sorbet (RM18)

Ia dihidangkan dengan sorbet atau manisan beku yang diperbuat daripada buah feijoa dan pear. Dihiasi dengan kuntuman bunga yang boleh dimakan, sajian kek ini bukan sahaja sedap tetapi tampak cantik di laman Instagram anda!


Sevenfriday Space menawarkan pelbagai jenis kopi premium yang diimport dari serata dunia termasuk Simple Kaffa, Padre dan Fuglen. Ia juga menampilkan pelbagai kopi tempatan seperti Artisan Roast, Seraph Awaken dan juga Supernormal Coffee Roasters.

Dengan itu, penggemar kopi boleh “mengembara” keliling dunia dengan hanya menggunakan deria rasa dan bau mereka di Sevenfriday Space.


Jom mengopi di Savenfriday Space.

Pembaca-pembaca FEMAGONLINE boleh mendapatkan diskaun 15% untuk pesanan makanan dan minuman di Sevenfriday Space dengan menunjukkan artikel ini kepada barista. Tawaran sah sehingga 31 Oktober 2018.

Sevenfriday Space by Red Army Watches
Alamat: L2-01, Shoppes @ Four Seasons Place,
Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur

Laman Facebook: https://www.facebook.com/sevenfridayspacekualalumpur/

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM