GUAVAPASS RAI ULANG TAHUN PERTAMA DI KUALA LUMPUR
Sempena ulang tahun pertamanya di Malaysia, GuavaPass bakal mengadakan satu Cabaran 6 minggu ‘Be Like Victoria’ dan menawarkan diskaun kepada ahli-ahlinya!
Perkhidmatan berasaskan langganan ini memberikan akses dengan satu keahlian untuk lebih 100,000 kelas premium setiap hari, di lebih 2,000 studio kecergasan, yang merangkumi senaman seperti HIIT, Boxing, Pilates, Yoga dan banyak lagi.
Cabaran ‘Be Like Victoria’ adalah sesuatu yang belum pernah diketengahkan oleh mana-mana syarikat kecergasan. Mereka menampilkan ahli mereka sendiri dan bukannya selebriti atau atlet terkemuka bagi menjadi wajah kepada Cabaran ‘Be Like Victoria’, sebuah cabaran transformasi keseluruhan badan yang bakal berlangsung selama 6 minggu.
Victoria Ngow telah dipilih kerana dedikasinya dalam menggunakan keahlian GuavaPass untuk menyertai lebih 170 kelas dalam tahun lepas.
GuavaPass ingin menggalakkan semua ahli di Kuala Lumpur untuk mencontohi Victoria. Cabaran ini akan membawa ahli-ahli mengikuti kelas kecergasan selama 6 minggu bermula 15 Oktober hingga 26 November. Ia terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira tahap kecergasan mereka. Orang ramai yang berminat untuk menyertai cabaran ini hanya perlu mendaftar sebagai ahli GuavaPass.
Ahli-ahli yang menyertai tiga kelas seminggu akan menerima ganjaran pada setiap minggu daripada rakan penaja seperti Zalora, Grab dan PurelyB, termasuk juga ganjaran daripada GuavaPass. Pengguna Guavapass yang paling kerap berpeluang untuk memenangi hadiah utama berupa kredit GuavaPass bernilai USD50 dan ganjaran menarik lain!
Acara sambutan ulang tahun juga akan diteruskan dengan majlis keraian ulang tahun pertama secara besar-besaran pada 27 Oktober di YTL Land’s Sentul Depot. Festival 12 jam itu merangkumi sebilangan sesi kecergasan dan kesihatan, vendor-vendor F&B, kejutan daripada Buro 24/7, lululemon, persembahan Calvin Klein Performance, gerai-gerai foto, gerai penata gaya dan banyak lagi.
Orang ramai dijemput untuk menghadiri acara tersebut. GuavaPass juga menawarkan potongan 50 peratus untuk bulan pertama bagi pelan tanpa had 3 bulan, potongan 30 peratus bagi pakej 20 kelas dan potongan 25 peratus bagi pakej 10 kelas.
Ditubuhkan pada tahun 2015 di Singapura oleh Jeffrey Liu dan Rob Patcher, GuavaPass telah merevolusikan landskap kecergasan dan kesihatan di rantau ini,
Di Kuala Lumpur, rakan-rakan studio utama termasuk: Activ Studio, KOA Fitness, Omology Yoga, REV, Union Strength dan Urban Spring Pilates.
Untuk maklumat lanjut, lawat www.guavapass.com atau muat turun app.
Comments
Post a Comment