SEPUTAR HARI HAIWAN SEDUNIA DI SUNWAY LAGOON

Sean Choo, General Manager, Sunway Lagoon menyaksikan demonstrasi buluh sumpitan dalam persembahan pembukaan sambutan Hari Haiwan Sedunia.


Diraikan pada tanggal 4 Oktober setiap tahun, Hari Haiwan Sedunia adalah platform kepada pencinta dan mereka yang membela hak haiwan untuk mengetengahkan isu-isu berkenanan haiwan dan meningkatkan tahap kebajikan mereka di seluruh dunia.

Sempena Hari Haiwan Sedunia, Taman Hidupan Liar, Sunway Lagoon (Wildlife Park) menganjurkan sebuah kempen untuk meningkatkan kelestarian alam semulajadi. Wildlife Park adalah sebuah zoo pendidikan yang interaktif dan menampilkan lebih 150 spesies haiwan eksotik, burung, ikan, reptilia dan mamalia dari seluruh dunia.

Penghuni terbaru Wildlife Park - seekor anak Beruang Madu berusia 3 bulan.

Turut diumumkan dalam sambutan Hari Haiwan Sedunia di Sunway Lagoon adalah ketibaan seekor penghuni Wildlife Park iaitu seekor anak beruang madu (sun bear). Sunway Lagoon turut mempersembahkan pengalaman santapan yang unik bersama haiwan-haiwan liar seperti singa putih, harimau kumbang, dan ungka tangan putih.

Jom kita lihat, gambar-gambar yang sempat dirakamkan di majlis sambutan Hari haiwan Sedunia di Wlidlife Park, Sunway Lagoon.

Dinding ikrar untuk orang ramai menyertai gerakan anti membeli barangan terlarang yang diperbuat daripada haiwan.

Pelbagai aktiviti-aktiviti interaktif berunsur pendidikan untuk kanak-kanak dan dewasa yang terdapat di Wildlife Park, Sunway Lagoon.




Beruang Madu

Unggas 

Singa Putih


Untuk maklumat lanjut tentang Wildlife Park di Sunway Lagoon, sila hubungi talian 603 5639 0000, layari www.sunwaylagoon.com atau ikuti  www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING