JUALAN BUKU TERBESAR DI DUNIA KEMBALI DISEMBER INI



Jualan Buku Big Bad Wolf, yang terkenal sebagai jualan buku terbesar di dunia, akan membuat kemunculan sekali lagi pada tahun ini di Kuala Lumpur. Jualan buku tahunan ini akan dianjurkan selama 11 hari, bermula dari 7 hingga 17 Disember 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan. Pintu akan dibuka selama 24 jam dan masuk adalah percuma.

Terdapat lebih daripada 4.5 juta naskhah buku dengan potongan harga 75% - 95% dari harga runcit. Pengunjung juga boleh mendapatkan pilihan buku dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan Bahasa Cina daripada pelbagai kategori seperti buku jualan terlaris, novel remaja, buku kanak-kanak, novel romantis, sains, jenayah, seram, buku perniagaan, seni dan reka bentuk, buku masakan, dan banyak lagi.

Jualan Buku Big Bad Wolf yang ke-10 ini telah berkembang pesat sejak penubuhannya pada tahun 2009. Meskipun perniagaan semakin maju, matlamat mereka tetap sama, - untuk memudahkan akses bahan bacaan untuk setiap lapisan masyarakat.

“Walaupun sudah bertahun-tahun menguruskan Jualan Buku Big Bad Wolf, komitmen kami masih kekal. Kami ingin terus memupuk budaya minat membaca dan berharap dapat  meningkatkan tahap celik huruf dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Pada pendapat saya, membaca adalah jambatan ilmu. Dengan adanya ilmu, ia dapat mendorong kita untuk melakukan apa sahaja”, Andrew Yap, Pengasas Big Bad Wolf Books.

Bagi golongan pelajar sekolah, pelbagai jenis buku pembelajaran boleh didapati daripada penerbit buku tempatan yang terkenal seperti Kualiti, Sasbadi, Nusamas, Cemerlang dan Pelangi. Selain itu, penerbit daripada Karangkraf, PTS, Pakeer dan Pustaka Azhar juga turut menyediakan novel kontemporari Malaysia di jualan tersebut.

Untuk keterangan lebih lanjut, sila kunjungi www.bigbadwolfbooks.com.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?