KELAB PENYAYANG CUCMS JUARAI PIALA SUKARELAWAN



Kelab Penyayang Cyberjaya University College of Medical Sciences’ (CUCMS) telah dinobatkan sebagai pemenang keseluruhan bagi Piala Sukarelawan Menteri Pendidikan Malaysia 2018 di Majlis Kemuncak Kelab Penyayang pada 14 Oktober 2018 bertempat di RHR Hotel, UNITEN Bangi. 

Piala tersebut merupakan anjuran Yayasan Budi Penyayang dengan objektif untuk memupuk semangat kesukarelawanan dalam kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi di Malaysia.

Majlis penutup dirasmikan oleh Dato’ Kamel bin Mohammad, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Pendidikan (KPT) dihadapan lebih 20 universiti yang mengambil bahagian. Dato’ Kamel kemudiannya menyampaikan Anugerah Pemenang Keseluruhan kepada Prof. Dr Abdul Latiff Mohamed, Timbalan Presiden CUCMS (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dan ahli Kelab Penyayang CUCMS.

Pencapaian ini merupakan sesuatu yang penting bagi pihak universiti dan juga Kelab Penyayang. Prof. Dr Abdul Latiff Mohamed berkata di majlis tersebut, “Kami berbangga untuk melihat anak didik menggunakan ilmu dan kemahiran yang diperoleh bagi membantu komuniti, terutamanya di Pusat Jagaan Al-Fikrah, Kajang.”

Pemilihan pemenang dilakukan berdasarkan idea yang diutarakan dan mengambil kira aspek dicadangkan seperti inovatif, impak yang tinggi dan praktikal kepada komuniti. Pemenang membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM25,000 untuk menjalankan komuniti projek yang dicadangkan.

Puan Noriana Abdullah, Penasihat Kelab Penyayang menyampaikan kata penghargaan, berkata, “Terima kasih Yayasan Budi Penyayang untuk peluang yang diberikan dan sokongan pihak universiti yang penuh ditunjukkan dalam kesemua aktiviti-aktiviti kami. Saya sentiasa percaya bahawa sukarelawan adalah lebih daripada hanya membantu orang, ia memberi impak positif dalam diri kita dan semangat untuk membantu orang yang dalam kesusahan.”

Dato’ Kamel bin Mohammad, Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan, Kementerian Pendidikan (KPT) menyampaikan Anugerah Pemenang Keseluruhan kepada Prof. Dr Abdul Latiff Mohamed, Timbalan Presiden CUCMS (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) disertai ahli Kelab Penyayang.

Projek yang dinamakan sebagai ‘Tautan Kasih’ terdiri daripada lima aktiviti antaranya Klinik Statik, Pemeriksaan Kesihatan, 'Fikiran, Tubuh & Jiwa', Psikologi dan Fisioterapi. Pelajar fokus untuk memberikan pemeriksaan kesihatan kepada warga emas di Klinik Statik dan mengumpul maklumat mengenai kebolehan fizikal dan keadaan mental. Aktiviti ketiga, iaitu ‘Fikiran, Tubuh & Jiwa’ merupakan aktiviti bagi membantu mereka untuk mengawal emosi dan membantu menurunkan tahap tekanan. Akhir sekali, rawatan fisioterapi yang membantu menguatkan gerakan fizikal dan sebahagian daripada pelajar menumpukan kepada warga emas yang terlantar di Pusat Jagaan Al-Fikrah.

“Kami meluangkan masa dan memberikan komitmen untuk memperoleh kejayaan ini. Ia bukan sahaja memberikan kami peluang untuk berkhidmat dan membantu warga emas di Pusat Jagaan Al-Fikrah tetapi untuk belajar dari mereka. Kami percaya ia merupakan komunikasi dua hala yang kedua-dua pihak dapat memperolehi kebaikan daripada program ini.” Kata, Muhammad Aiman bin Saadun, Ketua Projek dan Pelajar Tahun 2 Sarjana Muda Psikologi CUCMS.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING