TEROKAI KESEJAHTERAAN DIGITAL BERSAMA AUDRA DAN 11STREET


Walaupun kehadiran internet telah memudahkan gaya hidup kita, namun ia turut membawa kepada peningkatan kadar ketagihan internet dalam kalangan rakyat Malaysia.

Malah, pada tahun lalu, Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa ketagihan internet telah mencecah kadar yang membimbangkan dengan 34.9% golongan remaja yang berusia 13 hingga 17 tahun didapati mengalami ketagihan terhadap teknologi tersebut.

11street (www.11street.my), salah satu pasaran atas talian terkemuka di Malaysia, kini menyediakan satu penyelesaian bagi isu ini melalui jalinan kerjasama dengan Audra, sebuah solusi keselamatan internet yang unik, membenarkan anda mengenakan peraturan tersendiri terhadap penggunaan internet di rumah dan pejabat. Usaha sama ini seterusnya meletakkan Malaysia sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang membolehkan Audra diakses oleh masyarakat umum.

Solusi keselamatan internet Audra menyediakan pengguna dengan kawalan sepenuhnya bagi tujuan meraih keseimbangan antara penggunaan teknologi dan kesejahteraan diri, pada masa yang sama mewujudkan suasana digital yang sejahtera. Audra menggabungkan perkhidmatan berasaskan awan dan sebuah peranti gerbang yang berada di antara sebuah modem dan penghala, berperanan sebagai lapisan tambahan kawalan dan perlindungan untuk mengawal selia penggunaan internet pengguna.

Melalui Audra, pengguna boleh memilih mod penetapan berdasarkan kegemaran dan keperluan persekitaran mereka, termasuk mengehadkan kandungan dan laman web, menetapkan had masa melayari internet dan mempertahankan keselamatan rangkaian daripada usaha memancing data, serangan virus dan sebagainya terhadap sistem.

En Mahbubul Matin, Pengerusi Dotlines Sdn. Bhd. berkata, “Seiring dengan usaha kita untuk menuju ke arah sebuah negara digital, terdapat keperluan penting terhadap ciri-ciri keselamatan siber yang selamat dan mesra pengguna bagi memastikan perlindungan untuk segenap usia pengguna. Kebanyakan aktiviti kita seperti perbankan dan membeli-belah disempurnakan melalui internet, yang seterusnya tidak hanya menyebabkan kita terdedah terhadap ancaman dalam talian tetapi juga mengurangkan kadar produktiviti dalam kehidupan.

“Matlamat kami adalah untuk membantu keluarga serta perniagaan untuk mencapai keseimbangan dalam penggunaan teknologi harian mereka, bagi membenarkan rakyat Malaysia mewujudkan garis panduan sihat terhadap aktiviti dalam talian mereka. Kami membayangkan sebuah dunia yang membolehkan kita semua merasai pengalaman kesejahteraan digital dalam kehidupan harian.

“Usaha sama dengan 11street merupakan saluran sempurna bagi kami menyediakan rakyat negara ini kawalan penuh terhadap penggunaan internet mereka, di samping perlindungan terhadap ancaman dalam talian,” katanya.

Sementara itu, Henry Ho, Pengurus Besar Pembangunan dan Perniagaan & Usaha Sama 11street menambah, “11street amat teruja kerana dapat menjalin kerjasama dengan Audra, sekali gus menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang menawarkan alat ini dalam pasaran dalam talian.

“Kami percaya, di sebalik revolusi digital yang melanda, adalah penting untuk mengekalkan hubungan insan dan mencari keseimbangan antara aspek teknologi dan bukan teknologi dalam kehidupan kita. Penambahan produk seperti Audra di 11street merupakan langkah penting ke arah mewujudkan sebuah persekitaran dalam talian yang selamat, dilindungi dan sihat bagi rakyat negara ini. Malah, ia merupakan satu keperluan penting bagi kedua-dua keluarga dan perniagaan. Di samping itu, Audra juga mudah dikendali oleh segenap usia!”

Melalui usaha sama dengan 11street, Audra akan menawarkan dua varian kepada rakyat Malaysia menerusi pasaran dalam talian tersebut: Audra Home dan Audra Business.

Audra Home merupakan sistem pemasangan plug-and-play ringkas dengan penghala dalaman yang mengoptimumkan kawalan ibu bapa dan menyediakan keselamatan internet yang teguh bagi menyediakan keluarga terlibat fleksibiliti untuk menetapkan kesimbangan sempurna dalam pertumbuhan dan keselamatan anak-anak mereka.

Selain itu, Audra Business memberikan pemilik perniagaan keupayaan untuk meletakkan peraturan bagi mencapai produktiviti kakitangan yang lebih baik menerusi kawalan rangkaian tanpa wayar pejabat secara masa sebenar menerusi Aplikasi Pengurusan Audra.

Audra Business merupakan sebuah peranti gerbang yang disambungkan pada penghala wifi sedia ada. Ia juga mempunyai keupayaan untuk menyenarai putih laman web, pada masa yang sama menyekat perisian hasad (malware) dan perisian pengiklanan (adware) yang ada.

Sehubungan itu, perniagaan boleh kekal dilindungi daripada sebarang bentuk ketirisan data dan ancaman digital menerusi pencegahan serangan Penafian Perkhidmatan Teragih (DDoS). Audra beroperasi pada antara muka grafik pengguna (GUI) mudah yang mesra ibu bapa dan pentadbir.

Orang ramai kini boleh mendapatkan Audra menerusi 11street dengan hanya beberapa klik. Kunjungi Gedung Rasmi Audra di 11street untuk langganan setahun pakej Audra Home, yang boleh digunakan sehingga 20 pengguna pada satu-satu masa, pada harga RM699 atau pakej Audra Business yang ditawarkan pada harga RM999 dan boleh diakses hingga 100 pengguna serentak.

Istimewa bagi pembelian yang dibuat pada tahun ini menerusi 11street, pelanggan yang mendapatkan solusi keselamatan internet Audra untuk tiga bulan pertama juga layak untuk menikmati pengecualian yuran langganan tahun kedua.

Layari https://www.11street.my/store/audra untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan tawaran terbaharu ini.

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI

PROGRAM BAHARU ‘THE HARDEST SINGING SHOW’ CABAR VOKAL DAN KREATIVITI PENYANYI HEBAT TEMPATAN DI ASTRO