KHIDMAT BAS PERANTARA PERCUMA BAGI KONSERT IKON & WINNER
Dalam tempoh seminggu dari sekarang, dua kumpulan idol KPop yang bernaung di bawah pengurusan YG Entertainment, iKON dan WINNER akan berada di Malaysia.
Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR dan WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR, anjuran MacpiePro itu akan menggegarkan Stadium Malawati, Shah Alam pada 13 Oktober (Sabtu) dan 14 Oktober (Ahad), pada pukul 6 petang.
Kuala Lumpur menjadi pilihan destinasi pertama dua kumpulan idol itu untuk menjayakan konsert bergerak mereka di Asia Tenggara. Tidak dinafikan peminat kumpulan iKON dan WINNER yang digelar iKONIC dan INNER CIRCLE pasti teruja untuk menonton persembahan artis kesayangan mereka secara langsung selepas melihat foto-foto menarik konsert idol kesayangan masing-masing sewaktu di Seoul dan Taipei.
Untuk memudahkan peminat pergi ke konsert, penganjur telah menyediakan bas shuttle percuma antara Stesen KTM Batu Tiga dan Stadium Malawati yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 9.30 malam pada kedua-dua hari konsert berlangsung. Caranya mudah, bas-bas berkenaan akan menunggu peminat di hadapan pintu masuk Stesen KTM Batu Tiga sebelum bergerak ke destinasi, Stadium Malawati.
Barangan rasmi iKON dan WINNER akan turut dijual di kios yang disediakan sepanjang tempoh konsert berlangsung bagi membolehkan peminat memiliki cenderamata kenanganan kumpulan idol masing-masing.
Macpie Pro Sdn Bhd (Co Reg 1247371-T) Suite V 03-05-15 & 17, Designer Office, Lingkaran SV Sunway Velocity, 55100 Kuala Lumpur.
Selain itu, iKONICS dan INNER CIRCLE juga berpeluang menonton persembahan terkini kumpulan kesayangan masing-masing dan menyanyi bersama-sama menerusi lagu hit mereka. iKON, yang baru meraikan ulang tahun ketiga penubuhan kumpulan tersebut, membuat penampilan kedua di Malaysia, manakala WINNER pula baru pertama kali mengadakan konsert di sini.
Tiket berharga RM373 (Zon Hijau) dan RM273 (Zon Biru) telah HABIS dijual, sementara tiket yang masih boleh dibeli adalah pada harga RM693 (Zon iKONIC/ Zon INNER CIRCLE), RM673 (Zon Merah), RM573 (Zon Kuning) dan RM483 (Zon Ungu).
Dapatkan tiket anda di www.ticketcharge.com.my.
Setiap pembelian tiket akan mendapat poster rasmi sebagai tanda penghargaan. Konsert K-Pop yang diadakan dua hari berturut-turut di Malaysia membuktikan pihak MacpiePro sentiasa berusaha memenuhi kehendak penonton untuk menikmati MUZIK TANPA TEKANAN dengan menawarkan harga tiket berpatutan kepada peminat yang berumur bawah 18 tahun.
Kumpulan iKON dan WINNER masing-masing mempunyai keunikan tersendiri. iKON dianggotai oleh tujuh ahli iaitu, B.I, Jay, Bobby, Song, Ju-ne, DK dan Chan. Huruf "C" dalam "ICON" digantikan dengan "K" bagi membayangkan bahawa anggota kumpulan tersebut mampu menjadi ikon Korea. Sementara itu, kumpulan WINNER pula dianggotai oleh empat pemuda, Yoon, Jinu, Hoony dan Mino.
Pastikan anda mengikuti @MacpiePro di Facebook dan laman web rasmi www.macpiepro.com untuk perkembangan terkini
Comments
Post a Comment