MENU ISTIMEWA MI TARIK DARI CHINA DI SHANG PALACE
Shang Palace, Hotel Shangri-la adalah antara restoran Cina halal yang digemari ramai di Kuala Lumpur.
Bermula 25 September sehingga 3 October 2018, chef undangan, Chef Wang Quan dari Shangri-La Hotel, Xi’an akan membawakan menu eksklusif La Mian atau Mi Tarik kepada para tetamu hotel dan orang ramai yang mengunjungi Shang Palace.
Resipi yang ditampilkan adalah berasal dari daerah Shaanxi, negara China. Menu La Mian yang ditawarkan terdiri daripada lapan hidangan dari Xi’an, termasuk 牛肉拉面 Hand-Pulled Noodles with Braised Beef Soup (RM 160), 香辣鸡块面Spicy Chicken Noodles Soup (RM 38), 卤肉刀削面Sliced Noodles with Braised Lamb Gravy (RM 160), 油泼面 Spicy BiangBiang Noodles (RM 38), 西红柿鸡蛋拌面 Dry Noodles with Tomato and Eggs (RM 38), 陕西臊子面Shaanxi Style hand-made Noodles with Beef and Chili Oil (RM 78), 酸汤龙虾面Lobster Sour Noodle Soup (RM 252) and 什锦海鲜面Assorted Seafood Noodle Soup (RM 68).
Hand-Pulled Noodles with Braised Beef Soup (RM 160) - Mi Tarik buatan tangan dengan sup rebusan daging lembu yang penuh perisa. |
Dry Noodles with Tomato and Eggs (RM 38) - Mi kering dengan tomato dan telur. |
Spicy Chicken Noodles Soup (RM 38) - Mi Sup Ayam Berempah |
Spicy BiangBiang Noodles (RM 38) - Mi Pedas Biangbiang, sesuai untuk sesiapa yang suka makanan pedas. Semakin pedas, semakin sedap! |
Selain daripada menu La Mien yang ditawarkan, para pengunjung boleh menikmati dim sum dan pelbagai lagi hidangan ala-Cina yang bukan sahaja lazat tetapi halal.
Shang Palace dibuka untuk makan tengahari mulai jam 12 tengahari sehingga 2:30 petang pada hari Isnin - Sabtu. Makan tengahari pada hari Ahad dan cuti awam pula bermula jam 10.30 pagi – 2.30 petang. Makan malam bermula setiap hari dari jam 6.30 petang – 10.30 malam.
Untuk tempahan, sila hubungi talian 03-2074 3900, atau emel restaurantreservations.slkl@shangri-la.com. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.shangri-la-specials.com.
Comments
Post a Comment