NESCAFÉ RAIKAN ULANG TAHUN KE-80 DI MALAYSIA



Sempena Hari Kopi Sedunia pada Oktober 1, jenama kopi kegemaran dunia, NESCAFÉ, meraikan ulang tahun ke-80 sebagai minuman kegemaran peminum kopi di Malaysia dengan memulakan kempen ‘Jom Sama-Sama Raikan Hari Kopi Sedunia dengan NESCAFÉ’.

Bagi menyambut ulang tahunnya yang ke-80, NESCAFÉ meraikan Bulan Kopi Sedunia dengan memulakan “roadshow” pertama di Sunway Pyramid. Roadshow ini dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan. Para pengguna mendapat peluang untuk mengambil bahagian dalam permainan seperti Cabaran Puisi Laju, Putar & Menang dan lain-lain, di samping pelbagai sampel produk minuman NESCAFÉ.

Untuk berkongsi kegembiraan merayakan ulang tahunnya bersama rakyat Malaysia di seluruh negara, NESCAFÉ juga akan mengadakan roadshow di Queensbay Mall, Pulau Pinang dari Oktober 4-7 dan Tebrau City, Johor Bahru dari Oktober 25-28.

Menurut Othman Chraibi, Pegawai Eksekutif Perniagaan NESCAFÉ, “Setelah sekian lama berjaya menawan hati dan menambat selera generasi-generasi rakyat Malaysia yang gemar minum kopi, kami menganjurkan kempen ini dengan matlamat untuk merayakan dan memperingati saat-saat indah bersama NESCAFÉ. Sejak NESCAFÉ mula-mulanya dicipta di Switzerland, kami telah berusaha membina jenama kopi yang terbesar di dunia, terutama sekali di Malaysia. Kami amat berbangga dengan hakikat bahawa selama 80 tahun, NESCAFÉ sentiasa mencipta inovasi untuk menghidangkan secawan kopi terbaik kepada semua rakyat Malaysia, dalam cara yang paling digemari mereka.”

NESCAFÉ telah mempelopori pengalaman minum kopi yang inovatif sejak tahun 1938, apabila Nestlé ditugaskan mencari cara untuk memproses biji-biji kopi yang tidak tahan lama di Brazil. Setelah menjalankan penyelidikan dengan penuh dedikasi, Nestlé berjaya membuat serbuk yang dapat mengekalkan perisa kopi. Kini, NESCAFÉ terus komited untuk menawarkan saat-saat dan pengalaman indah minum kopi setiap hari, setiap kali, di mana-mana jua. 

Othman menjelaskan, “Dipacu oleh kesungguhan, kami sentiasa mencipta inovasi, perubahan dan pengubahsuaian untuk kekal relevan kepada keperluan dan gaya hidup pengguna kami yang sentiasa berubah, dengan cara yang lestari. Baik NESCAFÉ Classic yang asli dan terus popular mahupun NESCAFÉ DOLCE GUSTO yang inovatif, ataupun pek sedia untuk diminum dan sudah tentulah segelas kopi NESCAFÉ kegemaran anda di gerai mamak atau kedai kopi, produk NESCAFÉ kami digemari oleh semua di seluruh negara.”

“Oleh itu, ulang tahun ke-80 kami adalah satu perayaan warisan sejarah NESCAFÉ’ bersama rakyat Malaysia sejak sekian lama. Sama ada di rumah, di tempat kerja atau dalam perjalanan, bersendirian atau bersama keluarga dan kawan-kawan, NESCAFÉ telah menjadi sinonim dengan pengalaman minum kopi yang menakjubkan. Bulan Kopi Sedunia adalah untuk memperingati hubungan dan detik-detik indah bersama, tidak kira tua atau muda,” kata Othman.

Jangan terlepas peluang untuk meraikan ulang tahun ke-80 NESCAFÉ di roadshow bersama dengan orang tersayang anda! Dengan pembelian produk NESCAFÉ bernilai RM100 dan ke atas, anda berpeluang untuk memenangi baucar RM300 AEON dalam cabutan bertuah.

Anda juga akan dapat menikmati persembahan-persembahan, hadiah premium NESCAFÉ dan harga promosi istimewa bagi semua produk NESCAFÉ semasa roadshow ini.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

BUKAN SEKADAR HIBURAN, FILEM "MEREKA YANG TERTEWAS' MENGAJAK PENONTON MERENUNG MAKNA KEHIDUPAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.