PIZZA HUT LANCAR CHICKEN CHEESY BITES BARU
Pizza Hut Malaysia (“Pizza Hut”), rangkaian
piza No. 1 Malaysia hari ini kembali dengan piza kegemaran ramai, Chicken Cheesy Bites.
Bersama dengan letupan rasa yang tak dijangka, ia pasti menambah keseronokan semasa makan bersama keluarga dan rakan – rakan.
Tersembunyi di antara 18 cheesy bites adalah dua gigitan
limpahan keju berperisa cili yang pasti memberi letupan rasa kepada pemakannya!
Bertujuan menjadikan Chicken Cheesy Bites
sesuatu yang menyeronokkan, Pizza Hut akan menyediakan prop istimewa bagi
pelanggan yang bermain permainan “Siapa Kena the Spicy
Bites” bersama keluarga dan rakan – rakan seterusnya mengabadikan pengalaman
seronok ini di media sosial. Bukan itu sahaja, bagi kelainan rasa, Pizza Hut juga
bakal memperkenalkan dua letupan masam di antara 18 bites pada bulan hadapan.
Sebagai tambahan kepada 18 cheesy bites yang dipenuhi dengan
limpahan keju cheddar dan mozarella (dan dua gigitan cili pedas), Chicken
Cheesy Bites juga didatangkan dengan lapisan sos salsa tomato, ditabur dengan
isi ayam carik, bebola ayam serta keju.
Merrill Pereyra, Ketua Pegawai Eksekuti, Bahagian
Restoran QSR Brands (M) Holdings Bhd berkata, “Setelah hampir 36 tahun menyajikan
piza lazat kepada pelanggan, kami lihat mereka teruja apabila disajikan makanan
baru yang melangkaui bahan yang digunakan tetapi ditambah dengan pengalaman yang
menyeronokkan. Chicken Cheesy Bites
baru kami diinspirasikan daripada pengalaman kanak – kanak Malaysia yang
menjadikan gurauan sebagai cara berinteraksi dan berseronok dengan sesama lain.
“Kami mewujudkan semula keseronokan ini dengan
memberi pelanggan peluang untuk berseronok dengan sesama sendiri dan kena dengan
Chicken Cheesy Bites yang dipenuhi
rasa letupan mengejut, sekaligus mengeratkan hubungan persahabatan dan
berseronok dengan sesama lain. Apa lagi cara yang paling bagus sempena
pelancaran piza baru kami adalah bersama barisan pelakon GOL & GINCU Vol.2 –
sebuah filem yang sinonim dengan persahabatan!”
GOL
& GINCU Vol. 2: Membawa Persahabatan ke Realiti
Hadir di majlis pelancaran adalah krew GOL
& GINCU Vol.2 yang menampilkan Diana Danielle, Aedy Ashraf dan Jad Hidhir
yang bukan sahaja mendemonstrasikan cara menikmati Chicken Cheesy Bites baru, malah mereka bermain dan bergurau sesama
sendiri dengan gigitan cili di sambil
mempamerkan masa riang bersama.
Kerjasama Pizza Hut bersama GOL & GINCU
Vol.2 adalah bersempena pelancaran Chicken
Cheesy Bites baru serta penayangan filem ini pada 25 Oktober. Kolaborasi
ini akan turut melibatkan beberapa kempen serta aktiviti – aktiviti yang bakal
menambahkan keriangan dan menjadi platform bagi rakyat untuk menemui semula
ikatan hubungan menerusi pengalaman menyeronokkan.
Perkara
Akhir: Mari pastikan semua kena!
Bagi menjadikan pengalaman ini lebih luar
biasa, Pizza Hut ingin memastikan pelanggan bukan hanya ‘kena’ gigitan cili atau masam, tetapi juga ‘kena’ hadiah yang menakjubkan. Jaminan hadiah
sehingga RM 6 juta bakal diberikan kepada pelanggan dengan setiap pembelian Chicken Cheesy Bites sebagai sebahagian
dari peraduan “Siapa Kena”. Ia tertakluk kepada pelanggan yang makan di restoran,
bawa pulang dan bagi penghantaran pesanan.
Hadiah yang ditawarkan termasuklah:
●
35
hadiah wang tunai (5 x RM10,000 dan 30 x RM1,000)
●
Baucar
Pizza Hut (Spageti Creamy Carbonara, Spageti Meatball Bolognese, Deli Wings
(Kepak Ayam), Piza Pan, Minuman Ringan dan Roti Bawang Putih)
●
50
x Barangan Istimewa GOL & GINCU Vol. 2
Piza Chicken Chessy Bites baru kini boleh
didapati di semua cawangan Pizza Hut bagi pilihan makan di restoran,
penghantaran dan bawa pulang dari 1 Oktober sehingga Disember 2018. Untuk
merasai sendiri letupan Chilli Bites dan untuk menyertai peraduan “Siapa Kena”,
layari www.pizzahut.com.my/en/chickencheesybites.
Comments
Post a Comment