SINOPSIS DRAMA TV3 "BUDAK USIN", SPIN-OFF "BUDAK IJAT"



Drama genre komedi keluarga ini merupakan ‘spin-off’ kepada drama Budak Ijat. Mengisahkan sebuah keluarga yang harus berdepan dengan pelbagai isu berkaitan buli, persepsi serta diskriminasi oleh orang lain selepas berpindah dari kampung ke sebuah bandar besar.

Usin (adik Akhbar Latefi) ialah seorang budak yang petah bercakap, comel dan berpewatakan menarik. Walaupun dia terpaksa menempuhi pelbagai cabaran hidup, tetapi dia tidak pernah mengalah atau tewas dibuli oleh seorang pelajar nakal bernama Syafik. Sebaliknya, Usin sentiasa perjuangkan apa yang betul dan salah, seakan-akan dia ialah seorang hero.


Di rumah, Usin harus melayan karenah keluarganya pula. Bapanya Rahim (Shamsul Ghau Ghau), berubah menjadi seorang yang kedekut dan berkira setelah ditipu pelanggan. Abangnya yang bernama Hud (Zalif Sidek) pula bercita-cita untuk menjadi seorang jurulatih zumbah terkenal, manakala kakaknya Najwa (Njua P. Ramlee) sedang mengejar impian untuk menjadi pelakon terkenal.



Ibu kepada Usin iaitu Imah (Syanie) pula sentiasa dicemburui oleh jiran sebelah rumahnya, Naquyah (Mak Ude), yang pantang melihat Imah lebih daripadanya. Naquyah akan lakukan apa saja untuk buat Imah dibenci jiran tetangga. Persoalannya, bagaimanakah Usin dan keluarganya terus cekal dan hidup bahagia di samping dikelilingi oleh orang-orang yang dengki terhadap mereka?



Iris: Budak Usin
Tarikh Siaran : Setiap Isnin – Khamis, bermula sejak 16 Oktober 2018
Masa Siaran : 6.30 petang – 7.00 malam
Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Produksi : Radius One Sdn. Bhd.
Pelakon : Adik Akhbar Latefi, Shamsul Ghau Ghau, Syanie, Zalif Sidek, Syafiq Kyle, Nik Adam Mika

Saksikan drama-drama hebat TV3 ini! Setiap drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com.my. Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.xtra.com.my. Ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, YouTube, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysia, dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.


Comments

Popular posts from this blog

LAGU 'BEGHAOK RAYA' MEMERIAHKAN LAGI SUASANA HARI RAYA TAHUN INI