SIRI ORIGINAL HBO ASIA “GRISSE” AKAN DISIARKAN 4 NOVEMBER INI
Siri drama asal sejarah
terbaru dari HBO Asia, GRISSE (#GRISSE @HBOAsia), adalah siri panjang lapan
episod berdurasi sejam yang berlatarkan pertengahan tahun 1800 sewaktu tempoh
penjajahan India Belanda Timur.
Siri berbahasa Inggeris ini mengisahkan sekumpulan individu yang tidak berkepentingan mengetuai pemberontakan menentang seorang gabenor kejam dan secara tidak langsung mendapati diri mereka memimpin dan melindungi sebuah bandar Belanda bernama Grisse. Kisah ini berkisar beberapa watak yang unik, masing-masing dari pelbagai latar belakang dan kepercayaan yang menyatukan peluang untuk menamatkan kekejaman dan menulis takdir hidup mereka sendiri.
Tayangan perdana GRISSE akan dilangsungkan pada hari Ahad, 4 November pukul 9 malam secara eksklusif di HBO (Astro Ch 411/431 HD). Setiap episod baru akan disiarkan pada masa yang sama setiap hari Ahad. Siri ini juga boleh didapati di HBO On Demand (melalui Astro Go).

Dihasil dan
diterbitkan oleh HBO Asia bersama-sama dengan Infinite Studios yang
berpangkalan di Singapura, GRISSE menampilkan gabungan pelakon-pelakon hebat
dari Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Eropah, Australia dan Amerika
Syarikat. Mereka termasuk Adinia Wirasti (HBO Asia “Halfworlds Musim 1”),
Marthino Lio (“Sayang You Can Dance”), Michael Wahr (“City Homocide”), Edward
Akbar (“Air Terjun Pengantin”), Jamie Aditya (“Sync or Swim”), Toshiji
Takeshima (HBO “True Blood”), Joanne Kam (“Kopitiam”), Zack Lee (“The Raid 2”),
Tom Dejong (“Medisch Centrum West”), Ully Triani (“Stay With Me”), Rick Paul
Van Mulligen (“A’dam E.V.A.”), Alexandra Gottardo (“Tanah Air”), Hossan Leong
(“The Forbidden City”) and Jimmy T (“Robocop 3”). Pencipta dan showrunner GRISSE adalah Mike Wiluan
(“Buffalo Boys”) yang mengarah di samping Tony Tilse (HBO Asia “Serangoon
Road”, “Miss Fisher’s Murder Mysteries”) dan Ler Jiyuan (“Gone Case”, “The Love
Machine”).
HBO juga baru-baru ini mengumumkan
lebih banyak produksi asal HBO Asia akan tersedia untuk penonton di wilayah
A.S., Eropah dan Nordik melalui perkhidmatan HBO di sana. Antara siri asal HBO
Asia termasuk siri drama sejarah, GRISSE;
siri antologi seram, FOLKLORE; siri
drama Jepun, MISS SHERLOCK; dan dua
siri pertama antologi seni mempertahankan diri berbahasa Cina, MASTER OF DRUNKEN FIST: BEGGAR SO dan MASTER OF SHADOWLESS KICK: WONG KEI-YING akan
tersedia di wilayah-wilayah seperti Andorra, Angola, Bosnia-Herzegovina,
Bulgaria , Cape Verde, Croatia, Republik Czech, Denmark, Finland, Guinea,
Hungary, Kosovo, Macedonia, Moldova, Montenegro, Norway, Poland, Portugal,
Romania, Serbia, Republik Slovak, Slovenia, Sepanyol dan Sweden. GRISSE juga
boleh didapati pada HBO Amerika Syarikat di seluruh platform saluran, termasuk
HBO GO®, HBO NOW®, HBO On Demand®, dan platform rakan kongsi televisyen dan
penstriman.
"Dengan kekayaan
budaya dan sejarah, Asia mewarisi kepelbagaian jalan cerita menarik yang tiada
hadnya dan kami cukup teruja untuk menghidupkannya agar ia dapat ditontoni oleh
penonton-penonton di rantau ini dan seterusnya," kata Jonathan Spink,
Ketua Pegawai Eksekutif HBO Asia. Beliau kemudian menambah, "Dengan lima
lagi produksi HBO Asia yang tersedia di wilayah HBO Amerika Syarikat dan Eropah,
kami berbangga dan gembira dapat berkongsi sebahagian daripada apa yang Asia
tawarkan dengan seluruh dunia menerusi rangkaian global kami. "
HBO Asia telah mula menghasilkan
produksi-produksi asalnya pada 2012 dan sejak itu telah mengembangkan rangkaian
produk asal Asia termasuk siri drama, filem dan dokumentari. GRISSE menandakan
siri asal Asia ke tiga belas rangkaian ini, dengan lebih banyak lagi tontonan
perdana akan diadakan pada tahun-tahun akan datang bagi memperkukuhkan lagi
komitmen dalam menghasilkan lebih banyak kandungan tempatan menarik dan relevan
untuk penonton Asia dan global.
Comments
Post a Comment