SET HADIAH EKSKLUSIF PERAYAAN OLEH GUARDIAN MALAYSIA

(Kedua dari kiri) Wong Vai Chi, Head of Marketing and Promotions Guardian Malaysia & Michelle Yeap, Brand Manager Health and Beauty Own Brand Malaysia and Brunei 

Guardian Malaysia, peneraju rantaian kesihatan dan kecantikan runcit di Malaysia, kini mencipta satu trend untuk sambutan musim perayaan ini dengan set-set hadiah eksklusif dan menakjubkan.


Produk-produk berkualiti ini, pada harga yang sangat berpatutan, telah diperkenalkan dalam satu majlis bersama media yang dianjurkan oleh Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran dan Promosi, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, hari ini.

Vai Chi berkata: “80 set hadiah yang cukup menarik, praktikal dan berguna telah dipilih daripada beberapa jenama antarabangsa eksklusif Guardian dan Jenama Sendiri (Own Brand) yang melambangkan nilai hebat untuk wang.

“Terdiri daripada barangan kosmetik, beg, penjagaan kulit, penjagaan bibir, penjagaan tangan, set mandian, wangian, set berus dan banyak lagi, kami pasti anda akan menemui hadiah yang tepat untuk orang yang tersayang, keluarga, dan sahabat handai, tidak kira umur dan gaya hidup mereka,” tambah beliau.

Vai Chi menjelaskan bahawa Guardian telah membina reputasi selama bertahun-tahun dalam memenuhi keperluan pelanggan untuk produk kesihatan dan kecantikan yang berkualiti pada harga yang berpatutan.

“Kami percaya para pelanggan akan gembira dengan pilihan, kualiti serta harga yang kami tawarkan,” jelas beliau.

“Kami telah berkembang dan kini merupakan peruncit utama dalam bidang kesihatan dan kecantikan. Selaku pakar dalam kesihatan kecantikan, kami berbangga dapat menawarkan produk-produk eksklusif dan berjenama kepada pelanggan. Set-set hadiah ini, yang merupakan siri kedua kami, adalah sejajar dengan polisi kami untuk memenuhi keperluan pelanggan tanpa mengira apa jua musim!

Vai Chi turut berkongsi bahawa bagi meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah pelanggan apabila berkunjung ke stor, ‘Your Personal Guardian’ diwujudkan untuk membantu pelanggan memilih hadiah yang ideal untuk orang yang mereka sayang.
 
“Mulai 10 Disember 2018, dapatkan khidmat ‘Your Personal Guardian’ yang boleh dikenal pasti dengan mudah dengan lencana yang mereka pakai. Jika anda buntu apa yang patut dihadiahkan untuk ibu saudara atau adik perempuan remaja anda, sila dapatkan cadangan hadiah daripada ‘Your Personal Guardian’. Setiap pelanggan yang membeli hadiah yang disyorkan oleh ‘Your Personal Guardian’ akan menerima beg membeli-belah percuma daripada Guardian.

Promosi ‘Lovely Gifts, Merry Deals’ Guardian Malaysia bermula pada 29 November 2018 di seluruh 430 stornya dan bakal berakhir pada 31 Disember 2018.

Dan untuk kekal relevan dengan pelanggan dalam arus zaman yang sentiasa berubah, Guardian Malaysia akan melancarkan ‘Your Personal Guardian’ di Facebook Messenger pada bulan Disember. Ia bertujuan membantu  dan memberi inspirasi kepada pengguna untuk mendapatkan hadiah yang sesuai untuk orang tersayang melalui kuasa chat.

Botaneco Garden Chia Seed and Honey Hair Care Set

Hello Kitty Lip Balm Set

Kiss Hop Lip Balm Set

Make Me Up Nude Set

Millie Bath Gift Set

Red Stone Bag Set

Red Stone Bag Set

Red Stone Essential Brush Set

Wild Flowers & Charcoal Bath Set

Wild Flowers & Charcoal Hand Care Set

Untuk maklumat lanjut tentang Guardian Malaysia, sila layari www.facebook.com/GuardianMalaysia

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.