SOROTAN PROGRAM NOVEMBER SALURAN KIX HD (ASTRO CH729)



Asian Combat Sports
Setiap Malam Isnin @ 10PM

Saksikan perlawanan MMA terbaik di Asia seperti Kunlun Fight, Road FC dan TopKing Siri Dunia pada setiap Isnin pukul 10 malam!

Kunlun Fight 2018 Ep 23- 25 
Siaran Perdana: Isnin, 12, 19 & 26 Nov @ 10PM

Saksikan perlawanan tinju dan MMA China yang semakin popular di seluruh dunia! Sejak diperkenalkan pada Januari 2014, Kunlun Fight mula mendapat sambutan di luar negara. Ramai petinju-petinju hebat MMA bertaraf antarabangsa yang telah menyertai perlawanan yang dianjurkan. 

Road FC 050 Express dari Korea
Siaran Perdana: Isnin, 5 Nov @ 10PM
ROAD FC akan mengadakan perlawanan ke-50 di Daejeon, Korea Selatan. Acara bersejarah ini bakal menyaksikan pertembungan hebat di antara Choi Mu-Gyeom yang sudah memenangi empat kejuaraan dan Lee Jeong-Yeong yang tidak kurang hebatnya. 



Haunted Hospitals
Siaran Perdana: Khamis, 1 Nov @ 11PM
Episode Baharu: Khamis @ 11PM
Express dari Korea
Siang Dan Malam

Haunted Hospitals menceritakan tentang kejadian seram yang pernah berlaku di hospital, rumah penjagaan, rumah mayat dan pusat perubatan. Saksikan kisah-kisah aneh tentang kemunculan pesakit-pesakit yang telah meninggal dunia serta roh jururawat yang masih menjaga wad mereka. 

Setiap kejadian adalah benar dan diceritakan sendiri oleh doktor, jururawat dan pesakit. Mereka akan menceritakan dengan lebih lanjut tentang setiap kejadian misteri yang berlaku ketika mereka bekerja di tempat-tempat tersebut. Saksikan sendiri kisah sebenar di sebalik gangguan-gangguan yang sering kita dengar di hospital dan pusat penjagaan.

Action Movie Saturday
Setiap Sabtu @ 9PM


The Covenant with Dragons 
Julung Kali di Saluran KIX HD
Siaran Perdana: Sabtu, 3 Nov @ 9PM
Pengarah: Li Yadong
Pelakon: Danson Tang, Calvin Chen,

Yuzhe bersama rakannya pergi ke sebuah perkampungan nelayan untuk mencari bapanya yang sudah lama tidak ditemui. Ketika dalam perjalanan, mereka ternampak sebuah upacara pemujaan untuk melepaskan roh jahat berusia 4000 tahun. Akibatnya, mereka perlu menyelamatkan kampung itu daripada diserang. 


Wong Fei Hung: Return of the King
Julung Kali di Saluran KIX HD
Siaran Perdana: Sabtu 10 Nov @ 9PM
Pengarah: Guo Yu-Long
Pelakon: Xu Jing-Chuan, Lynne Lim

Pada tahun 1882, Dewan Perdagangan telah mengadakan pertandingan seni mempertahankan diri di Guangzhou. Liang Kuan memberanikan diri untuk masuk bertanding namun telah dibelasah teruk oleh lawannya, Gui Jiaoqi. Nasibnya baik kerana berjaya diselamatkan oleh Wong Fei-Hung. Kebenaran akhirnya terbongkar apabila mereka mengetahui tentang dalang di sebalik perlawanan itu. 


The Vault 
Siaran Perdana: Sabtu, 3 Nov @ 9PM
Pengarah: Dan Bush
Pelakon: James Franco, Scott Haze, Taryn Manning
Julung Kali di Saluran KIX HD

Dua beradik perempuan yang terpisah merancang untuk merompak sebuah bank demi untuk menyelamatkan adik mereka. Rancangan mereka bermula dengan baik namun segalanya berubah apabila pengurus bank tersebut membawa mereka ke bilik kebal bawah tanah.


Deepavali Special 
Jackie Chan
Siaran Perdana: Selasa, 6 Nov @ 3PM


Bersambung Di November 



Lucha Underground S3 
Episode Baharu: Isnin@ 9:30PM
Julung Kali di Saluran KIX HD

Dario Cueto yang baharu keluar dari penjara kembali ke Temple. Kali ini, Dario yakin adiknya, juara bertahan LU, mampu melunaskan rancangan mereka dan menewaskan puak Aztec. Seluruh puak perlu berganding bahu bagi memastikan mereka terus dilindungi dan seterusnya menyelamatkan dunia. 


Extreme Ends 
Pengeluaran asal KIX Julung Kali di Saluran KIX HD
Episode Baharu: Rabu@ 9:30PM

Extreme Ends merupakan sebuah rancangan reality pengembaraan “ekstrem” yang menampilkan empat selebriti dan tetamu jemputan mereka menjelajahi pelbagai tempat unik di bandar Hong Kong! Rancangan bersiri terbitan asal ini akan memaparkan hubungan di antara selebriti dan tetamu jemputan mereka. 

Pada masa yang sama, penonton akan melihat tempat-tempat menarik di Hong Kong yang jarang dilawati pengunjung. Setiap episod akan membawakan tema-tema yang bertentangan sepert “cepat lwn. lambat” atau “tinggi lwn. rendah”. Perbezaan-perbezaan bertentangan ini menggambarkan ciri-ciri bandar Hong Kong yang penuh dengan kejutan.

Comments

Popular posts from this blog

ANTA MALAYSIA MELANCARKAN KEMPEN SUMBANGAN KASUT SEMPENA RAMADAN

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA