ANUGERAH PENJUAL SHOPEE IKTIRAF PENIAGA CEMERLANG
Shopee, platform e-dagang terulung di Asia Tenggara dan Taiwan telah memberi penghargaan kepada komuniti penjualnya yang semakin bertambah di majlis penyampaian Anugerah Penjual Shopee 2018 (Shopee Seller Awards 2018). Acara gilang-gemilang tersebut dihadiri oleh YB Datuk Muez bin Abd Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Kepenggunaan dan Pengurusan, Dato Azlan Shahrim, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Pos Laju, dan juga selebriti seperti Nora Danish dan Zoey Rahman.
Jenama-jenama utama termasuk Nestlé, Honor, dan Digi telah berkongsi pentas bersama selebriti sambil meraikan kejayaan tahun yang cemerlang bagi Shopee.
“Sejak dibuka pada 2015, kami telah mengatasi jangkaan yang kami tetapkan
sendiri dan 2018 merupakan satu lagi tahun yang mencatatkan mercu jaya penting,
termasuk Shopee 11.11 Big Sale
(Jualan Besar-Besaran11.11 Shopee) yang menerima 11 juta pesanan di seluruh
rantau pada 11 November sahaja. Kami juga memperkenalkan BLACKPINK sebagai duta
jenama serantau pertama sempena Shopee
12.12 Birthday Sale (Jualan Ulang Tahun 12.12 Shopee), lantas mengukuhkan lagi
kedudukan kami sebagai platform e-dagang yang terulung di rantau ini. Sempena
sambutan ulang tahun ini, kami menganjurkan Anugerah Penjual Shopee 2018 sebagai
tanda penghargaan kepada penjual, jenama dan rakan niaga yang menjadi tunggak
kejayaan besar kami setakat ini. Kami terhutang budi kepada mereka atas sokongan
berterusan mereka dan malam istimewa ini ditujukan khas buat mereka,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Peniaga Cemerlang dan
Penjual Terbaik Tahun ini
Sejumlah 14 anugerah telah disampaikan di Anugerah Penjual Shopee 2018 sebagai
penghormatan kepada penjual terbaik
meliputi pelbagai kategori dagangan, termasuk Gaya Hidup, Telekomunikasi,
Fesyen dan Elektronik. Anugerah utama yang disampaikan ialah Penjual Terbaik Tahun 2018 bagi Shopee Mall dan Marketplace. Untuk menjadikan acara lebih menarik, pengguna boleh
mengundi untuk menentukan penerima Anugerah Selebriti Pilihan Ramai di aplikasi
Shopee.
Nestlé dan Mono Digital dinobatkan sebagai pemenang utama pada malam
tersebut, masing-masing membawa pulang Penjual Terbaik Tahun 2018 bagi Shopee
Mall dan Marketplace. Di samping itu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza memenangi
Anugerah Selebriti Pilihan Ramai, berasaskan undian pengguna Shopee untuk
gedung rasminya SimplySiti di Shopee Celebrity Squad (Skuad Selebriti
Shopee).
Chew Soi Ping, Pengarah
Eksekutif Jualan, Nestlé Malaysia Berhad berkata, "Kami berbesar hati untuk memenangi
Anugerah Penjual Terbaik Tahun 2018 daripada Shopee. Seiring dengan
perkembangan e-dagang di Malaysia, kami berbangga untuk memanfaatkan
pertumbuhan ini bersama Shopee. Kami yakin anugerah ini akan mengukuhkan lagi
kedudukan kami sebagai syarikat FMCG utama di Malaysia dan membulatkan tekad
kami untuk terus membekalkan makanan sihat kepada rakyat Malaysia demi
meningkatkan kualiti kehidupan. Nestlé memberi tumpuan terhadap matlamat kami
untuk meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia dan membantu mewujudkan
masa depan yang lebih sihat."
Dato Seri Siti Nurhaliza Tarudin menambah, “Semasa kami baru memulakan perniagaan SimplySiti pada 2010, kami
mendapati wujud keperluan dan pasaran bagi jenama kecantikan mewah tempatan
yang mampu bersaing di peringkat tempatan dan antarabangsa. Analisis kami
ternyata tepat kerana SimplySiti telah
berkembang maju untuk menjadi salah satu daripada jenama yang paling terkenal di
dalam negara dan peringkat antarabangsa. Apabila kami membuat keputusan untuk
menyertai Shopee pada November 2016, kami sudah membangunkan ciri e-dagang di
laman web kami tetapi melihat potensi dan nilai yang boleh dibawa oleh Shopee kepada
jenama kami. Pada hari ini, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Shopee atas
semua pencapaiannya dan kami berbangga untuk menerima anugerah ini sebagai
pengiktirafan daripada pelanggan dan Shopee, dan sememangnya SimplySiti merupakan pilihan sebenar pengguna.”
"Kami berbangga untuk menerima
anugerah Penjual Terbaik Shopee Tahun 2018 bagi kategori Marketplace. Kami mengucapkan terima kasih kepada Shopee dan para peminat
kami atas pengiktirafan dan sokongan luar biasa yang diberikan. Kami akan
meneruskan usaha gigih kami untuk menawarkan nilai lebih hebat bagi barangan
elektronik pengguna dengan harapan untuk menang sekali lagi!" tambah Gary Lum, Pengasas Mono Digital.
Shopee capai tahun
cemerlang dengan pertumbuhan pengguna 150%
Shopee catatkan pertumbuhan mantap pada suku ketiga 2018, dengan
peningkatan Pesanan Kasar dan Nilai Pembarangan Kasar (GMV) masing-masing
sebanyak 24.0% dan 21.1% berbanding suku kedua. Shopee juga mengukuhkan
kedudukan sebagai destinasi beli-belah dalam talian pilihan di rantau ini
dengan pertambahan bilangan pengguna sebanyak 150% sepanjang tempoh setahun. Tahun
ini sememangnya hebat bagi Shopee
Malaysia, dengan pencapaian penting berikut:
● Kira-kira 16 juta muat turun setakat ini;
● Kira-kira 600 jenama dan rakan niaga
runcit di Shopee Mall, termasuk jenama utama seperti Watsons, MR DIY dan VOIR;
● Hampir 400,000 penjual aktif;
● Dan kira-kira 450 kakitangan yang
berkhidmat kepada penjual dan pembeli kita.
Timbalan Ketua Setiausaha Kepenggunaan dan Pengurusan daripada Kementrian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, YB Datuk Muez bin Abd Aziz berkata, “Kami gembira untuk melihat platform e-dagang seperti Shopee berkembang maju dan pesat dalam tempoh hanya tiga tahun. Shopee memberi pelbagai peluang kepada rakyat Malaysia untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan dengan hanya menekan satu butang. Kerajaan berharap peluang seperti ini menjadi insentif dan galakan kepada PKS untuk berjaya. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Shopee atas segala kejayaannya dan berharap ia terus berkembang dan mencetus pertumbuhan ekonomi digital Malaysia.”
Shopee 12.12 Birthday Sale: Shopee raikan ulang tahun bersama jenama utama
Bermula pada 26 November, Shopee
12.12 Birthday Sale menawarkan promosi harian selama hampir 3 minggu
sehingga kemuncak acara pada 12 Disember untuk mengakhiri tahun yang hebat. Pengguna boleh menikmati penghantaran percuma
dengan pembelian serendah RM12, pulangan tunai 120% setiap hari, dan tawaran
harian serendah RM12 daripada Shopee Mall sepanjang tempoh promosi.
Jenama terkenal seperti Philips,
Fossil, MR DIY, Tefal, PETPET, L’Oreal Group, Watsons dan banyak lagi juga akan
menyertai perayaan ulang tahun Shopee dengan diskaun sehingga 90%, Shocking Sales, dan hadiah eksklusif.
Rakan Shopee dalam industri,
termasuk FPX, BInfinite, Krispy Kreme, dan Traveloka akan juga memberi ganjaran
kepada pengguna sepanjang Shopee 12.12
Birthday Sale. Sebagai contoh, Krispy Kreme akan melancarkan donut Shopee
edisi terhad untuk merayakan ulang tahun Shopee di kesemua 17 kedainya di
seluruh Malaysia, manakala semua pengguna boleh mendapat 3 donut ‘original
glazed’ percuma dengan setiap pembelian setengah dozen donut dari 1 hingga 20
Disember.
Ho merumuskan, “Segala yang kami lakukan, baik acara
seperti Shopee 12.12 Birthday Sale mahupun
inisiatif Anugerah Penjual Shopee menjadi wadah untuk kami menunjukkan
penghargaan kami kepada semua pengguna setia kami di Malaysia. Menjelang
penghujung tahun 2018, kami dengan tulus ikhlas ingin mengucapkan terima kasih
kepada semua rakyat Malaysia atas sokongan tidak berbelah bagi anda sepanjang
tahun. Kami menjemput semua rakyat Malaysia untuk menyertai Shopee 12.12 Birthday Sale sambil kami meraikan
satu lagi tahun cemerlang dalam pengembaraan Shopee.”
Untuk maklumat lanjut tentang Shopee 12.12 Birthday Sale, sila ke link mulai 22 November.
Muat turun aplikasi Shopee secara percuma di Apple App Store atau Google Play Store.
Kunjungi Kedai Rasmi YG di Shopee Malaysia di sini dari 26 November.
Comments
Post a Comment