BARBEQUE NATION - PILIHAN UTAMA PENGGEMAR BARBEKU



BARBEQUE NATION kini telah membuka pintunya di Aras 9, Pavilion Elite, Kuala Lumpur. Rangkaian Barbeque Nation mempunyai lebih 100 buah restoran di serata dunia termasuk di lokasi seperti Dubai, Aby Dhabi, Ras Al Khaima, Mumbai, New Delhi dan Bangalore. 

Barbeque Nation menampilkan konsep DIY yang membolehkan pelanggan memilih makanan kegemaran mereka untuk dibakar di atas gril yang terletak di atas meja.


Suasana restoran adalah bersih, luas dan selesa. Lokasi yang strategik di pusat membeli-belah Pavilion Elite juga mudah untuk dikunjungi apabila perut berkeroncong selepas puas bershopping.


Makanan yang dihidangkan bukan sahaja berteraskan barbeku tetapi ada juga ruangan bufet yang menawarkan pelbagai masakan antarabangsa, vegetarian dan bukan-vegetarian. Terdapat juga live food station di mana masakan dimasak di depan anda dan chef akan memasak mengikut citarasa anda. 


Konsep restoran ini berbeza sedikit dengan restoran barbeku lain. Makanan separa-masak untuk dipanggang akan dibawa ke meja anda oleh pelayan. Sementara, menunggu makanan siap dipanggang anda bolehlah bersembang-sembang.     


Makanan untuk dibarbeku telah disiap dicucuk menggunakan skewer besi. Sebenarnya makanan ini adalah separa-masak, dan bukannya mentah. Jadi anda tidak perlu menunggu lama untuk menikmati hidangan lazat seperti ayam, ikan, udang, daging, kambing dan sayur-sayuran seperti cendawan, jagung dan sebagainya. 


Anda boleh makan sepuas-puasnya. Kalau tak cukup, anda boleh panggil pelayan untuk menambahkan makanan untuk dipanggang.


Pelayan akan menambah makanan untuk dibarbeku selagi anda tidak menegakkan bendera ini. Kalau dah kenyang, naikkan bendera  "I've Had My Fill" ini.


Sementara menunggu makanan barbeku siap dipanggang, anda bolehlah menjengah ke sudut bufet untuk mendapatkan makanan sampingan yang disediakan.  Anda boleh mulakan di sudut salad/ pembuka selera. 


Anda pasti tidak akan keluar dari restoran ini merasa lapar. Memang banyak makanan-makanan yang disediakan di sudut bufet, termasuk pelbagai lauk-pauk antarabangsa, nasi Briyani ayam dan kambing dan pemanis mulut.





Salah satu makanan yang perlu anda cuba di Barbeque Nation adalah Dahi Puri. Ia dibuat "fresh" di depan mata anda.


Makanan yang berasal dari India ini terdiri dari "cengkerang" yang rangup di luar dan berintikan sayur-sayuran di dalam. Cara makannya, anda tuangkan sedikit sos pudina ke dalam dan masukkan ke dalam mulut. Apabila mengunyah anda akan rasakan letusan citarasa yang mengujakan di dalam mulut anda! 


Yang gemarkan manisan, cubalah Oreo goreng di Dessert Station. 


Biskut Oreo disaluti dengan tepung sebelum digoreng garing. Lebih sedap kalau dihidangkan bersama aiskrim dan sos cokelat. 


Ruangan dessert menampilkan pelbagai pilihan manisan seperti kek, puding dan juga buah-buahan segar.


Barbeque Nation juga menawarkan pelbagai minuman yang menyegarkan. Yang harus dicuba adalah pelbagai moktail yang bukan sahaja sedap tapi cantik untuk diInstagramkan. 


Secara keseluruhannya, Barbeque Nation adalah satu restoran yang memberika nilai yang lebih kepada wang anda. Kualiti makanan dan suasana restoran yang ceria pastinya akan membuatkan anda datang kembali bersama rakan-rakan atau keluarga anda. Makanlah sehingga puasa sebelum menaikkan "bendera" anda.

Barbeque Nation 
Alamat: Lot 9.102.00, Level 9, Pavilion Elite, Kuala Lumpur
Nombor Telefon: +603-2110 4311
Waktu Perniagaan: 10pagi-10malam

Harga
Makan Tengahari
Isnin – Jumaat – RM49
Sabtu – Ahad – RM59.

Makan Malam
Isnin – Khanis – RM59
Jumaat – Ahad – RM69

Kanak-kanak – RM29 sepanjang hari, setiap hari.

Facebook: https://www.facebook.com/BBQNMalaysia/

Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

MULAKAN PAGI ANDA DENGAN PENUH BERTENAGA: ACARA IKONIK MILO® MALAYSIA BREAKFAST DAY KEMBALI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-75 MILO® DI MALAYSIA

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA