DIFITNAH PRODUK TIMBANG KILO, TATI SKINCARE MENANG SAMAN


Pengasas Tati Skincare, Tanti Rahayu Abdul Halim, Maradina Najib, Norhayati Hasyima Muhammad dan Norasyikin Muhammad telah mengadakan satu sidang media untuk mengumumkan kemenangan saman fitnah ke atas seorang penulis blog di Flora Terrace pada 29hb November 2018. 

Turut hadir adalah peguam mereka, Md Faiez Md Suhaimi dan Pengurus Operasi Tati Skincare, Shaiful Rizal. 

Menurut Puan Norasyikin Muhamad selaku salah seorang pengasas Tati Skincare, tujuan sidang media itu diadakan juga bagi memberi penjelasan atas fitnah berkaitan dengan produk Tati Skincare yang telah tular di media sosial dan sekali gus membersihkan nama mereka serta mengembalikan keyakinan penguna terhadap produk keluaran mereka.



Menurut peguam syarikat Tati Skincare, En. Md Faiez Md Suhaimi turut memberitahu media tindakan saman tersebut diambil oleh pihak anak guamnya setelah penulis blog di www.lekatlekit.com secara berterusan telah mengeluarkan artikel-artikel berunsurkan fitnah terhadap produk keluaran Tati Skincare.

Penulis blog tersebut telah mendakwa Tati Skincare adalah “produk timbang kilo” dan Pengasas Tati Skincare, Puan Norhayati Hasyima Muhammad telah pergi menunaikan umrah dengan sumber hasil jualan produk kosmetik yang merosakkan penguna. Dakwaan-dakwaan tersebut telah dibuktikan tidak benar di dalam perbicaraan penuh di Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada 22 November 2018.



Susulan kemenangan saman fitnah tersebut, pengasas produk kecantikan Tati Skincare berharap para penguna produk Tati Skincare tidak perlu takut atau sangsi tentang aspek keselamatan produk ini.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

PARKSON PAVILION BUKIT JALIL LANCAR KEMPEN "THINK GREEN ACT GREEN"