DIGI & AXA FLEXIDRIVE LANCAR INISIATIF KESELAMATAN JALAN RAYA



Digi Telecommunications Sdn Bhd (Digi) hari ini memperkenalkan ‘Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive', satu inisiatif untuk menggalakkan rakyat Malaysia agar sentiasa mengutamakan keselamatan di jalan raya dan memberi ganjaran kepada mereka yang mengamalkan tabiat pemanduan berhemah. Produk yang merupakan pertama seumpamanya di Malaysia ini bertujuan membantu pemandu kenderaan yang telah diinsuranskan untuk belajar dan memahami dengan lebih baik akan tabiat pemanduan mereka menerusi pemasangan peranti keselamatan telematik dan aplikasi mudah alih AXA FlexiDrive.

Ketua Pegawai Digital Digi, Praveen Rajan berkata bahawa inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha yang diambil untuk mengukuhkan pembabitan Digi dalam teknologi IoT (Internet of Things) menerusi strategi Kenderaan Terhubung yang komprehensif. "'Kereta Terhubung bersama AXA FlexiDrive' merupakan sebahagian daripada strategi kami dalam menawarkan pelbagai solusi buat kenderaan persendirian dan syarikat insurans. Hal ini adalah selaras dengan matlamat kami untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa mendapat maklumat penting di mana dalam hal ini adalah bagi memastikan keselamatan mereka dan orang tersayang semasa di jalan raya terjaga,” katanya.

AXA FlexiDrive adalah insurans motor telematik pertama di Malaysia yang menawarkan diskaun bagi pemanduan selamat untuk menggalakkan pemandu agar sentiasa peka dan mengutamakan keselamatan semasa di jalan raya dengan memantau tabiat pemanduan mereka.

Praveen turut menyatakan kesediaan Digi untuk menjalin kerjasama dan meneroka pelbagai jenis produk berasaskan inovasi baharu yang memberi manfaat kepada pelanggan serta semua rakyat Malaysia. "Usahasama bersama AXA Affin General Insurance yang diperkukuhkan dengan rangkaian hebat Digi memberi peluang kepada kami untuk memperluaskan capaian pelanggan dengan menawarkan solusi digital yang memberi lebih nilai kepada mereka," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AXA Affin General Insurance, Emmanuel Nivet berkata, "Keselamatan jalan raya adalah perkara yang serius dan kami komited dalam memastikan keselamatan semua orang dilindungi. Produk AXA FlexiDrive dihasilkan dengan mengambil kira akan keperluan rakyat Malaysia. Oleh itu, kami berharap dapat menjangkau lebih ramai rakyat Malaysia dan menggalakkan mereka menjadi pengguna jalan raya yang bijak dengan pelbagai insentif yang diberikan.”

Insurans motor AXA FlexiDrive dilancarkan pada tahun 2017 bersama dengan rakan kongsi telematik rasmi AXA, kumpulan CSE (Communications & Security Electronics) yang merupakan sebuah pusat penyelidikan, pembangunan dan pembuatan tempatan yang telah menempa nama dalam bidang telematik sejak tahun 2002. Produk ini telah meraih anugerah Produk Insurans Baharu Terbaik-Malaysia di Anugerah Perbankan Kewangan dan Insurans Asia 2018.

Menerusi 'Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive', pemilik kenderaan berpeluang mendapatkan diskaun sehingga 20% bagi pemanduan selamat. Tawaran ini bergantung pada penilaian terhadap tabiat pemanduan pemandu seperti daripada segi kelajuan, jarak perjalanan kenderaan dan cara memandu. Selain itu, manfaat lain yang ditawarkan adalah notis kemalangan automatik beserta bantuan, perlindungan kenderaan 24 jam dan bantuan mendapatkan kembali kenderaan sekiranya berlaku kecurian, tanpa sebarang caj tambahan.

Pemilik kenderaan persendirian boleh mendaftar dan mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk 'Kereta Terhubung Digi bersama AXA FlexiDrive' di mana-mana Digi Store di seluruh negara bermula pada hari ini.

Sejurus selepas selesai pendaftaran, pelanggan akan dihubungi bagi mengatur pertemuan untuk pemasangan produk pada kereta. Pemasangan adalah percuma dan pelanggan hanya akan dikenakan bayaran deposit sebanyak RM70. Pelanggan juga mempunyai pilihan untuk mengaktifkan CSE Smart Track Security yang bernilai hanya RM240 setahun. Ciri pilihan ini menawarkan sistem penggera kereta yang boleh dikawal dari telefon pintar, catatan maklumat semasa, ulasan perjalanan dan pampasan kemalangan sehingga RM2,000.

Untuk maklumat lanjut mengenai 'Kereta Terhubung bersama AXA FlexiDrive', sila berkunjung ke Digi Store berhampiran https://new.digi.com.my/support/digi-store.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

KECUT PERUT, PECAH PERUT DENGAN ‘DON DUKUN’: ZUL ARIFFIN TIDAK PERNAH MENGHAMPAKAN

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

TOURISM SELANGOR MENGADAKAN SELANGOR TRAVEL FAIR SEMPENA TAHUN MELAWAT SELANGOR 2025