OHMOSTWANTED COSMECEUTICLAS KINI DI WATSONS MALAYSIA



OhMostWanted Cosmeceuticals telah meluaskan jenamanya di rangkaian farmasi terkenal Watsons seluruh Malaysia. Jenama kosmetik ini telah mengadakan majlis pelancarannya bersama Watsons Malaysia yang bertempat di Selfie Museum, Kuala Lumpur hari ini.


Nora Danish yang merupakan salah seorang pengasas OhMostWanted dan juga selebriti tanahair turut hadir di majlis pelancaran bersama 3 rakan kongsi perniagaan yang lain. 


Pengarah Pengurusan Watsons iaitu Caryn Loh juga hadir untuk membantu menjayakan majlis pelancaran ini. 

"Nora sangat berbangga kerana produk OhMostWanted kini boleh didapati di rangkaian farmasi No. 1 negara. Watsons telah lama bertapak dan telah manjadi jenama yang dipercayai di kalangan rakyat Malaysia. Oleh itu, ia memudahkan pengguna untuk mendapatkan produk OhMostWanted di mana-mana Watsons seluruh Malaysia. Kolaborasi ini juga secara tidak langsung dapat meningkatkan jenama OhMostWanted", tambah Nora lagi. 


Produk OhMostWanted cosmeceuticals kini boleh didapati di lebih 30 outlet Watsons yang terpilih di seluruh Malaysia seperti Watsons KLCC dan Watsons Pavilion. 


Tambahan lagi, pengguna juga boleh mendapatkan produk OhMostWanted secara atas talian di laman web Watsons Malaysia. Keunikan produk OhMostWanted terletak pada formulasi dan kandungannya yang dirumus khas oleh salah seorang pengarahnya yang merupakan doktor aesthetik. 


Produk OhMostWanted terkenal dengan gabungan kosmetik dan farmaseutikal yang akhirnya menjadikannya kosmeseutikal. 


OhMostWanted Cosmeceuticals menawarkan produk untuk muka dan bibir serta alatan kecantikan antaranya termasuk Magic Foundation yang sangat ringan dan dilengkapi dengan pelindung matahari SPFSO, Pout-fect Lips gincu dalam bentuk cecair yang kaya dengan Vitamin E yang terdapat dalam 6 pilihan warna, Magic Sponge alat kecantikan yang direka untuk memudahkan solekan serta Make-up Poofer yang dapat menanggalkan solekan serta membersihkan muka secara efektif. 


Produk OhMostWanted Cosmeceuticals dihasilkan untuk wanita yang sibuk dengan tugas harian kerana ia sangat memudahkan. Magic Foundation, bedak asas merupakan produk yang paling laris dan menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia kerana ianya ringan dan tidak melekit. 


OhMostWanted Cosmeceuticals telah merancang untuk megeluarkan beberapa lagi produk baru seperti bedak kompak, gincu, "eye shadow pallete" dan rangkaian produk penjagaan muka yang bakal berada di pasaran sekitar suku tahun pertama 2019. OhMostWanted Cosmeceuticals juga bakal berkolaborasi dengan beberapa jenama terkenal dalam & luar negara pada 2019. 

Untuk keterangan lanjut sila layari www.ohmostwanted.com

Anda juga boleh mengikuti perkembangan OhMostWanted Cosmeceuticals menerusi Facebook page (search: OhMostWanted) dan Instagram di www.instagram.com/ohmostwantedlook

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!