YEOP - TRIBUT KEPADA SENIMAN NEGARA DATO’ SYED ALWI



Projek Teater YEOP “Tribut Syed Alwi” merupakan sebuah persembahan yang bertujuan memperingati jasa dan mengenang sumbangan seniman Negara ke 5 (2002) Allahyarham Dato’ Syed Alwi Syed Hassan terhadap perkembangan seni drama Malaysia. Persembahan adalah dibawah arahan Dr. Rosdeen Suboh dengan pengurusan Tampakdara dan The Actors Studio Seni Teater Rakyat. Ia akan berlangsung dari 27 hingga 30 Disember di Pentas 2, klpac.

Persembahan akan mengangkat tiga (3) naskah terpilih karya. Ia adalah drama Alang Retak Seribu (1973), Tok Perak (1974) dan Going North (1980) dan akan dipentaskan dengan konsep forum teater. akan mempersembahkan Teater YEOP: Suatu Tribut kepada Dato' Syed Alwi.


Konsep teater forum adalah bersifat interaktif antara pelakon, watak dan penonton dalam semasa persembahan berlangsung. Ia bertujuan bagi menagani isu-isu yang diutarakan berdasarkan tiga naskah iaitu Menuju utara, Alang Rentak Seribu dan Tok Perak. Semasa persembahan, teknik Forum teater akan dibuat bagi mendapat cadangan, pandangan dan cerita sebenar terhadap persoalan yang ada dalam tiga naskah ini dan dikaitkan dengan persoalan yang berlaku di dunia sebenar.

Juga akan diutarakan isu seniman Negara dan karya-karyanya termasuk perjalanan hidup Dato’ Syed Alwi sehingga saat kematiannya. Gabungan isu dari tiga naskah ini dengan teknik forum teater akan membawakan satu revolusi baru dalam struktur persembahan dan suntikan baru kepada isu-isu yang diutarakan dalam karya Dato’ Syed Alwi.



Alang Rentak Seribu: Satu rombongan Filem Negara akan mengadakan penggambaran filem dokumentari mengenai kehidupan masyarakat kampung di kampong. Alang dilantik menjadi penolong pengarah, namun pelbagai masalah timbul ketika pengambaran filem dijalankan.

Going North: Pada tahun 1949, zaman kebangkitan komunis di Tanah Melayu seorang graduan yang di dalam perjalanan pulang ke kampungnya. Ketika menunggu kedatangan kereta api, dia bersua dengan seorang lelaki tua. perbualan di antara graduan dengan lelaki tua itu berkisarkan realiti akan perbedaan pemikiran di antara dua generasi.

Tok Perak: Tok Perak Seorang penjual ubat, muncul semula selepas 34 tahun hilang. Dia membuka langkah baru menjaja hikmat dan nikmat zahir batin kepada manusia abad 21. Seperti biasanya, Tok Perak berjaja dari tempat ke tempat di seluruh negara, dan dari tempat ke tempat dia menemui berbagai perkara dan bermacam kisah yang menghalang kegiatannya, menentang tingkah lakunya, membantah kata-katanya hingga dia ditangkap dan dihukum.

Pengurus Produksi: Aris Othman
Pengarah: Dr. Rosdeen Suboh
Sinografi: Yusman Mokhtar
Teknikal: Mohd Nurul Hazirin
Stage Manager: Khai Sabri
Pelakon: Dr. Norzizi Zulkifli, Amar Asyraf, Yusmar Yusof, Nadia Aqilah, Naque Ariffin & Taiyuddin Bakar
Penerbit Eksekutif: Dato’ Dr. Faridah Merican
Pengarah Artistik: Joe Hasham OAM



Presenters: TAMPAKDARA ENTERPRISE & The Actors Studio Seni Teater Rakyat supported by klpac

Date & Time: 27 – 29 Dec 2018 (Thu – Sat) @ 8.30pm; 30 Dec 2018 (Sun) @ 3.00pm

Venue: Pentas 2, klpac

Ticket Price: RM60 / RM50 (students, disabled, senior citizens & TAS Card member)

Promotion: Buy 10 and get 1 free for school booking only with student concession price of RM50

Beli tiket anda di https://www.klpac.org/whats-on/teater-yoep-tribute-to-dato-syed-alwi/




Comments

Popular posts from this blog

CARIAN TAHUN 2024: INILAH PERKARA YANG DICARI, DISAMBUT, DAN DIINGATI OLEH RAKYAT MALAYSIA

‘REAL MEN MALAYSIA: WIRA MERAH’- 8 SELEBRITI JALANI KEHIDUPAN SEBENAR JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

SEBARKAN KASIH SAYANG DAN KEBAIKAN DENGAN VOLUNTOURISM