PROGRAM WAJIB TONTON LAKONAN WANITA HEBAT DI NETFLIX




Siapakah lebih lebat? Pelakon lelaki atau wanita? Dalam satu analisa kutipan box office dan jumlah penonton sepanjang lima tahun lepas kendalian Creative Artists Agency dan syarikat tekno, Shift7 mendapati prestasi filem yang bintang utamanya terdiri diterajui pelakon wanita adalah lebih bagus daripada filem yang diterajui pelakon lelaki, meliputi filem terbitan indie hinggalah ke filem blockbuster berbajet besar.

Berikut adalah senarai program wajib tonton, lakonan pelakon-pelakon wanita yang hebat di Netflix untuk anda hiburan anda:

Cabel Girls

Cable Girls *(N) - Musim 1-3 Kini ditayang strim. Musim 4 akan ditayang perdana pada 2019.

Jika anda sangka menjadi wanita pada abad 21 ini sesuatu yang sukar, cuba tengok bagaimana wanita menjalani kehidupan ketika dekad 1920an!. Cable Girls menyorot tentang empat wanita yang bekerja sebagai operator papan suis, yang berjuang untuk menerus kehidupan, tetapi bertungkus lumus dengan satu perkara yang sama di minda: bebas daripada desakan kaum Adam dan tekanan masyarakat.

Santa Clarita Diet

Santa Clarita Diet *(N) - Musim 1-2 Kini ditayang strim. Musim 3 dijangka ditayang perdana pada 2019

Bayangkan anda SATU-SATUNYA dalam keluarga yang tiba-tiba jatuh sakit dan bertukar menjadi zombie yang kemaruk dengan daging manusia. Drew Barrymore sebagai Santa Clarita Diet, bergelumang dengan tabiat ini, dan menjalani kehidupan di tengah-tengah kumpulan insan tersayang yang daging mereka ditagih.

Glow

GLOW *(N) - Musim 1 & 2 Kini ditayang strim. Musim 3 dijangka dapat ditayang perdana pada Jun 2019.

Siapa sangka pertunjukan gusti wanita boleh menjadi sesuatu yang cukup menghiburkan. Saksikan kru gusti wanita yang berjaya menandingi cabaran demi cabaran!

Ali Wong: Hard Knock Wife 

Ali Wong: Hard Knock Wife *(N) – Ditayang strim sekarang

Si-beliau ini asyik hamil saban tahun, namun dia tetap hebat dengan gelagat kelakar yang membuat anda tidak kering gusi. Ali Wong kembali dengan rancangan komedi istimewa selepas dua tahun melahirkan anak, kini sebagai ibu yang bunting dengan baby #2 serta sarat dengan telatah lawak jenaka yang pasti membuat anda ketawa berdekah-dekah.


To the Bone

To the Bone *(N) – Ditayang strim sekarang

Filem ini membuat sorotan terhadap pelbagai isu yang sebati dengan wanita hari ini seperti gejala mengejek bentuk tubuh, kemurungan dan implikasi media sosial terhadap wanita yang ditunjukkan melalui pengkisahan perit tetapi kadangkala kelakar – dialami oleh wanita berusia 20 tahun yang bernama Ellen, yang mengharungi detik kehidupan sedangkan beliau mengidap anorexia nervosa.


Grace & Frankie

Grace & Frankie - Musim 1-4 ditayang strim sekarang. Musim 5 akan ditayang perdana pada Januari 2019.

Siri pencalonan anugerah Emmy ini adalah mengenai wanita berusia lebih daripada 50 tahun yang mengharungi kehidupan industri Hollywood, mengisahkan watak kemas Grace dan watak esentrik Frankie, membuktikan bahawa usia lanjut tidak menghalang seseorang itu untuk kekal bertenaga, bijak dan menggoda!


Stranger – Ditayang strim sekarang

Watak Doona Bae sangat ditagih untuk tontonan kerana ketangkasan dan kecekapan sebagai seorang penyiasat yang membantu seorang peguam pendakwaan yang telah hilang deria empati, iaitu tidak dapat menyelami perasaan orang lain, bagi mendakwa satu kes bunuh di tengah suasana penuh penyelewengan politik. Bagi anda yang ingin menjiwai watak Doona Bae dalam hidup ini, nantikan siri original Netflix selanjutnya dalam siri lakonan beliau - Kingdom – yang bakal menemui anda Januari 2019!


Bodyguard

Bodyguard *(N) - Musim 1 Ditayang strim sekarang

Keeley Hawes membintangi watak Setiausaha Dalam Negeri yang tegas, Julia Montague, dalam drama mengenai seorang lelaki veteran perang yang ditugaskan melindungi watak wanita utama ini, sedangkan wanita itu jugalah sebenarnya pendokong utama kepada konflik yang dihadapi.

Bird Box

Bird Box *(N), Ditayang perdana seluruh dunia menerusi Netflix mulai 21 Disember 2018.

Sandra Bullock berdepan dengan tanggapan masyarakat yang masih menganggap wanita adalah golongan yang lemah. Dalam filem ini, beliau membawa watak seorang ibu yang cekal dan bermati-matian untuk melindungi anak-anaknya daripada serangan makhluk yang tidak boleh dilihat.

Saksikan judul cerita hebat ini di Netflix dan jiwai watak wanita yang hebat belaka!

*(N) Siri Original Netflix

Comments

Popular posts from this blog

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

POWER ROOT TERUS MENYUMBANG KEPADA TABUNG KEMANUSIAAN PALESTIN MEDIA PRIMA

IQIYI TAMPILKAN DRAMA BERSIRI 'RESTU' LAKONAN REMI ISHAK, WANNA ALI, SITI ELIZAD, ELIZABETH TAN, DAN RAMAI LAGI