AZLAN LANCAR SINGLE KUKUH & MINUMAN TENAGA TURBO3

 

Penyanyi terkenal Azlan (Typewriter) melancarkan single terbaharunya ciptaannya sendiri berjudul Kukuh dalam sebuah majlis yang diadakan di WOW KL baru-baru ini. Karya dengan inspirasi lirik ditulis oleh Mars ini bakal memberi nafas baharu pada pendengar muzik tanah air Menurut Azlan, ia mengisahkan tentang kehidupan masyarakat yang dilanda perasaan cinta dan sayang kepada pasangan masing-masing. 

Dengan bantuan susunan muzik komposer Manusia Putih, lagu ini dijangka dapat diterima mudah setiap lapisan masyarakat. Sementara itu, dalam masa yang sama, Azlan yang melancarkan produk pertamanya iaitu air minuman Turbo 3 ini juga melancarkan muzik video single tersebut. 

Menariknya, muzik video ini mengisahkan tentang usahawan muda yang sentiasa dibelenggu tekanan dan buntu mencari idea baharu. “Penglibatan team Turbo3 dan PATMANA berjaya menghasilkan projek yang mengisahkan pahit getir dilalui usahawan muda masa kini. “Selain itu, penglibatan King Lhota (warganegara Senegal) bakal menarik perhatian penonton dengan nyanyiannya dalam bahasa Malaysia,” ujarnya.

Menurut Azlan, tujuan utama muzik video ini adalah untuk mengeratkan lagi persahabatan negara Malaysia dengan negara-negara luar. Penggambaran dilakukan di kawasan kilang Maxfinity (Turbo3) sendiri. 

Turbo 3 merupakan sejenis minuman bertenaga yang dicipta khas untuk menyokong pembentukan tenaga dalaman individu dengan segera. la juga merupakan 100 peratus produk keluaran tempatan dan disahkan halal dan bersih. Air minuman ini juga menjalani proses penyelidikan dan pembangunan selama tiga tahun sebelum dikilangkan.

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM