BENGKEL BENTO MILO UHT BEKALKAN KHASIAT & TENAGA BAGI SI JUARA



MILO® telah menghulurkan sokongan kepada ibu bapa yang menyambut sesi persekolahan baharu anak-anak mereka baru-baru ini melalui bengkel ‘Pack in the Energy for Champions: Bento Box Workshop’. Acara yang kini memasuki tahun ketiga penganjuran itu memberikan tunjuk ajar kepada ibu bapa tentang cara-cara menyediakan bekal makanan yang seimbang dan bertenaga untuk anak-anak mereka yang di bangku sekolah rendah. 

Bengkel merupakan sebahagian daripada program aktivasi MILO® UHT yang berlangsung selama tiga hari di 1Utama, Bandar Utama sempena tahun persekolahan baharu. 

“Matlamat kami adalah untuk membantu ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat khasiat penting bukan sahaja dari segi perkembangan mental dan fizikal malahan keperluan tenaga mereka. Penyediaan bekal makanan yang seimbang di rumah akan membantu anakanak membuat pilihan makanan yang lebih sihat semasa berada di luar, di samping memupuk tabiat pemakanan lebih sihat,” kata Angeline Lim, Pengurus Pemasaran Pengguna – MILO®, Unit Perniagaan Nestlé Ready-to-Drink, Nestlé (Malaysia) Berhad. 

Dalam bengkel tersebut, MILO® juga mengambil peluang untuk berkongsi satu fakta yang kurang diketahui oleh ibu bapa – iaitu kanak-kanak setiap hari memerlukan lebih banyak tenaga daripada yang disangkakan yang turut memberikan kesan terhadap pengambilan pemakanan mereka. Sebagai contoh, ramai ibu bapa tidak sedar bahawa seorang kanak-kanak sekolah rendah menggunakan sehingga 1,500kcal tenaga dalam sehari – bersamaan dengan tenaga yang diperlukan untuk menghabiskan larian separuh maraton atau berenang 50 pusingan di kolam renang! 

“Kehidupan harian kanak-kanak adalah lebih mencabar daripada yang disangkakan. Kajian menunjukkan badan manusia kehilangan kira-kira 80 peratus tenaga simpanan semasa tidur. Ini menunjukkan betapa pentingnya ibu bapa membantu anak-anak memulakan hari mereka dengan cara yang betul untuk kekal cergas di sekolah. Selaku peneraju pemakanan sihat, kami berkongsi dengan ibu bapa tentang kepentingan penyediaan bekal makanan yang seimbang di rumah bagi membantu menggantikan semula tenaga dan khasiat anak-anak mereka, supaya mereka mampu mengatasi cabaran hari persekolahan,” tambah beliau. 

Bengkel ini menyajikan penampilan Georgen Thye, pakar pemakanan serta pengasas Georgen Cooking yang menjelaskan keperluan nutrien seseorang kanak-kanak yang sedang membesar. Beliau juga berkongsi petua penyediaan bekal makanan di rumah berpandukan Pinggan Sihat Malaysia atau “Suku-Suku-Separuh” yang membahagikan suku hidangan pertama kepada protein, suku kedua karbohidrat dan separuh lagi sayur-sayuran serta buah-buahan. Beliau menegaskan mudarat mengabaikan sarapan yang dapat menyebabkan kanak-kanak mengalami kehausan tenaga. 

“Sebagai hidangan pertama dalam sehari, kepentingan sarapan memang tidak dapat dipertikaikan. Satu pertiga kanak-kanak didapati mempunyai tahap aktiviti fizikal yang rendah apabila mereka tidak mengambil sarapan. Untuk membantu kanak-kanak mengekalkan tumpuan dalam kelas serta aktiviti kokurikulum, ibu bapa haruslah menyediakan sarapan yang sihat lagi seimbang. Bekal makanan yang disediakan di rumah, lebih-lebih lagi yang sarat dengan bahan-bahan berkhasiat seperti bijirin penuh, sayur-sayuran, buah-buahan, daging tidak berlemak, kekacang, kacang dan biji-bijian dapat membantu memenuhi jurang tenaga tersebut,” jelas Thye. 

Beliau disertai Lee Samantha, artis makanan yang terkenal dengan hasil ciptaannya yang luar biasa, berwarna-warni dan unik dalam sesi demonstrasi bersama beberapa resipi bekal makanan yang mudah dan cepat untuk dibawa ke sekolah. Dengan hanya berbekalkan alatan seharian, bahan-bahan yang segar lagi sihat serta daya imaginasi yang tinggi, Lee berkongsi beberapa tip menarik mengenai hiasan makanan yang mudah dengan pelbagai bentuk potongan untuk menceriakan bekal bento supaya kanakkanak teruja untuk menikmati makanan mereka. 

“Penyediaan bekal makanan merupakan satu cara menyeronokkan dan bermakna bagi merapatkan hubungan ibu bapa dengan anak-anak, di samping mendidik mereka mengenai makanan dan khasiat. Selain itu, fikiran ibu bapa juga lebih tenang apabila mengetahui anakanak mereka membawa bekal makanan seimbang yang disediakan di rumah bagi membantu meningkatkan prestasi mereka di sekolah. Sebagai seorang ibu, rekaan makanan saya menitikberatkan aspek khasiat, keseimbangan dan keseronokan supaya dua anak perempuan saya dapat menikmati makanan mereka. Malahan, itu juga cara yang berkesan untuk mengelakkan pembaziran kerana saya akan menggunakan sebanyak bahagian yang mungkin bahan dalam hiasan saya,” kata beliau. 

MILO® UHT mudah untuk dipadankan dengan bekal makanan yang sihat dan seimbang bagi membantu ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat tenaga yang mencukupi untuk memenuhi keperluan seharian mereka. MILO® UHT mengandungi ACTIV-GO®, iaitu kombinasi unik PROTOMALT™, pelbagai mineral serta vitamin yang penting untuk membantu membebaskan tenaga secara efisien daripada makanan. Minuman berkhasiat ini juga mengandungi kalsium dan Vitamin D untuk membantu mengekalkan kekuatan tulang dan gigi. 

Kanak-kanak yang mengambil minuman malt mempunyai pengambilan mikronutrien yang lebih tinggi, dan lebih cenderung memenuhi Saranan Pengambilan Nutrien (RNI) untuk kalsium, fosforus dan vitamin B3 . MILO® UHT didatangkan dalam pek sekali hidang 125ml dan 200ml serta pek pelbagai hidang 1L yang boleh didapati di kedai-kedai serbaneka, pasar raya mini, pasar raya biasa dan pasar raya hiper. 

Untuk maklumat lanjut, layari www.milo.com.my. Bekalkan MILO® UHT dalam beg sekolah anak-anak anda supaya mereka dapat memenuhi keperluan tenaga harian mereka.

Comments

Popular posts from this blog

FOODPANDA MALAYSIA LANCAR INISIATIF RAMADAN BERSAMA COCA-COLA MALAYSIA DAN VIU MELALUI KEMPEN ‘BAKUL MAKANAN’ DI SELURUH NEGARA