CJ WOW SHOP BAWA LEBIH ONG UNTUK TAHUN BARU CINA
Sambut Tahun Baru Cina anda dengan
lebih ONG dan keterujaan! Rangkaian beli-belah di rumah yang inovatif di
Malaysia, CJ WOW SHOP bakal memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina anda dengan
peraduan ‘WOW Your Home’. Melalui peraduan
hebat ini, peminat berpeluang memenangi satu ‘makeover’ rumah bernilai RM8,888,
dan pelanggan yang membuat pembelian tertinggi dalam tempoh 14 hingga 25
Januari 2019 akan dinobatkan sebagai pemenang.
Di hujung
peraduan ini, CJ WOW SHOP akan memberi wajah baharu kepada rumah pemenang
dengan menggunakan pelbagai produk inovatif yang bermutu tinggi, termasuk produk
rumah dan gaya hidup serta kelengkapan dapur. Melalui gandingan dengan Master Feng
Shui ternama, Kenny Hoo, CJ WOW SHOP akan melakukan ‘makeover’ ini mengikut
prinsip feng shui untuk membawa tuah pada tahun ini!
Encik Kim Yang Hyun, Ketua Pegawai Eksekutif MP CJ ENM Sdn Bhd berkata, “Di CJ WOW SHOP, kami faham rumah adalah tempat yang cukup istimewa dalam hati rakyat Malaysia, terutamanya semasa Tahun Baru Cina, kerana semua ahli keluarga dan sahabat handai akan berkumpul bersama-sama untuk mencipta memori indah. Melalui ganjaran ‘makeover’ rumah ini, kami ingin menjadi sebahagian daripada memori gembira mereka, di samping menawarkan pelbagai hadiah dan tawaran menarik bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina mereka.”
Peraduan
ini dilancarkan seiring dengan perluasan program bahasa Mandarin CJ WOW SHOP di
saluran NTV7, saluran
yang pasti ditonton untuk program Bahasa Mandarin CJ WOW SHOP. Dengan
menyediakan lebih banyak slot program, pelanggan mempunyai peluang lebih tinggi
untuk membeli-belah dan memenangi ganjaran
.
.
Dari kaca
TV ke dunia realiti
Lebih
mengujakan lagi, pelanggan berpeluang bertemu dengan barisan pengacara bahasa
Mandarin CJ WOW SHOP kegemaran
mereka seperti; Gary
Yap, Pauline, Desmond, Shin Kong, Chai Zi, Emerson, Kah Chee dan Yin Yin yang
bakal mengembara seluruh Malaysia untuk berinteraksi
dengan peminat dalam tempoh kempen ini. Selain dijemput untuk menyertai
sambutan ini, pelanggan juga dapat menyaksikan pengacara-pengacara ini membuat
demonstrasi produk secara langsung. Malah, mereka juga berpeluang mendapatkan
pelbagai hadiah dan ganjaran musim perayaan yang istimewa melalui aktiviti-aktiviti
menyeronokkan!
Penonton boleh menikmati aksi pengacara-pengacara ini melalui
program siaran langsung Tahun Baru Cina Istimewa pada hujung minggu, yang
memaparkan pelbagai produk hebat di saluran NTV7 dari Jumaat hingga Ahad, pukul 9 pagi serta 8TV pada Sabtu, pukul 1 petang pada
tarikh-tarikh berikut:
- 18 hingga 20 Januari
- 25 hingga 27 Januari
- 1 hingga 3 Januari
Pelanggan boleh membeli
produk-produk yang terpapar di kaca televisyen dengan membuat panggilan ke
talian bebas tol 1-800-18-0808 atau melayari laman sesawang beli-belah dalam
talian, http://www.cjwowshop.com.my
atau melalui pilihan aplikasi mudah-alih CJ WOW SHOP yang boleh dimuat turun
melalui Android atau iOS.
Comments
Post a Comment