HELMI GIMMICK KINI DOKTOR, INGIN BUKA SEKOLAH PENGHIBUR



Pertama kali melihat persembahanya pastinya anda akan terpegun dengan bakat serba-boleh yang dimiliki oleh beliau selaku penyanyi, pelakon, motivator, “impersonator” dan pastinya anda meyakini bahawa beliau di antara penghibur persembahan pentas yang terbaik.

Meskipun beberapa tahun kebelakangan ini agak jarang tampil di media massa, Helmi sebenarnya amat aktif dengan pelbagai jemputan mengacara dan menghibur terutamanya di pelbagai majlis keramaian serta amat popular di kalangan syarikat korporat yang sering mengundang beliau menghibur. 


Kini sesudah hampir 30 tahun mengharungi onak duri dalam bidang seni, beliau telah menerima kejutan apabila dianugerahkan Doktor Kehormat Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Sabi yang berpengkalan di Perancis. 

"Saya merasa amat teruja dan dihargai apabila diberi pengiktirafan sebegini. Sangat rasa berbaloi dengan penglibatan saya di dalam bidang seni selama ini" 

Anugerah yang diterima oleh beliau telah membawa gelaran Doktor Terhomat ini adalah didasari oleh reputasi yang dimiliki didalam bidang seni dan juga keterlibatan beliau yang sememangnya aktif menjadi speaker di dalam bidang perniagaan jualan langsung. Beliau juga pernah menjadi fasilitator Komunikasi Awam (Public Speaking) di beberapa universiti tempatan seperti UIAM, dan sering kalinya diundang menjadi motivator di pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta. 


Helmi Gimmick atau nama sebenarnya Helmi Harun yang kini mencecah umur 58 tahun juga telah membuktikan kepada umum bahawa walau bidang apapun diceburi, sekiranya dilakukan secara bersungguh-sungguh pastinya akan menempa jaya suatu ketika nanti. 

"Saya pada asalnya bermula sebagai penghibur di hotel-hotel sahaja, namun setelah mencari dan mengasah potensi diri di dalam bidang ini, saya beroleh kepelbagaian kemahiran sampingan dan ia menjana pendapatan yang amat memberangsangkan" ujar beliau lagi. 


"Setelah puluhan tahun berada di dalam bidang ini, khususnya persembahan pentas, saya sering menemui pelbagai bakat seni yang amat berpotensi, namun adakalanya mempunyai sedikit kelemahan dari segi komunikasi dan kebijaksanaan menghibur dengan penonton. Sesetengahnya suara dan penampilan sudah A++ namun ia sering menjadi "tawar" apabila gagal berhubung dengan baik dengan para hadirin " 

"Berdasarkan dari keadaan ini saya amat-amatlah teringin untuk membuka "School of Entertainer" bagi membantu bakat-bakat ini mencungkil segala potensi dan mewujudkan lebih banyak Faktor X di dalam diri, seterusnya bukan sahaja pandai menyanyi' malah bijak menghibur," ujar beliau setelah ditanya rancangan masa depannya. 


"Penonton kini dan inginkan sesuatu yang mengembirakan atau setidak-tidaknya membuat mereka tersenyum menyaksikan persembahan kita, selain dari suara yang menjadi halwa telinga. Bila di cantumkan kesemua elemen ini, ia akan menjadi satu pakej hiburan yang baik" 

"Kemahiran menghibur ini bukan bermakna anda perlu menjadi pelawak sebenarnya, sebaliknya ianya adalah satu pembinaan karekter yang membuatkan khalayak lebih tenang dan positif apabila kita berucap dan ia juga boleh digunakan bukan sahaja untuk penyanyi atau pelakon, malah dalam kehidupan seharian serta apa-apa bidang sekalipun. "Buat semua orang suka dengan kita, Insyaallah hidup berkat, rezeki pun murah " ujar beliau menutup bicara. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari
http://www.helmigimmick.com/
http://annkang.com/

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!