NESPRESSO LANCAR KEMPEN TAHUN BARU CINA "LET LOVE PROSPER"

CNY Recipe - Longan Coffee

Masyarakat Cina tidak asing dengan tradisi turun-temurun, yang mana sifat memberi semasa musim perayaan merupakan bukti ketaatan dan rasa penghargaan antara keluarga dan sahabat handai. Tahun ini, Nespresso berusaha untuk menyemarakkan rasa kasih sayang dengan suntikan elemen moden, melalui tawaran eksklusif berupa sajian kopi yang sempurna.

CNY Recipe - Osmanthus Coffee

Promosi Nespresso Let Love Prosper memaparkan rangkaian meluas mesin dan kopi Nespresso yang dipilih khas sempena perayaan Tahun Baru Cina dan Hari Valentine, untuk menyuntik erti baharu dalam setiap cawan kopi.

Kepelbagaian varian mesin dan kopi Nespresso membenarkan pelanggan untuk melakar memori indah bersama insan tersayang mereka pada sambutan kedua-dua keraian berkenaan menerusi bru pilihan mereka, kini lebih mudah melalui promosi-promosi berkenaan:

  • Lattissima One pada harga RM1,111 (diskaun RM288) dan raih Kredit Kopi bernilai RM88
  • Inissia pada harga RM511 (diskaun RM88) dan raih Kredit Kopi bernilai RM88
  • Essenza Mini pada harga RM511 (diskaun RM88) bersama Kredit Kopi bernilai RM88
  • Set Inissia pada harga RM711 (diskaun RM188) untuk menerima Kredit Kopi bernilai RM88
  • Set Mini Essenza pada harga RM711 (diskaun RM188) untuk Kredit Kopi bernilai RM88

Menggandakan keseronokan musim perayaan ini, Nespresso juga menyediakan paket-paket Ang Pow secara percuma bagi sebarang pembelian produk Nespresso termasuk 8-Sleeve Special CNY Assortment Pack – The Intense Pack baharu, khusus untuk mereka yang menggemari kekuatan rasa kopi dan Balance Pack bagi individu yang menginginkan kedua-dua rasa kopi yang kuat dan seimbang.

  
Kempen Tahun Baru Cina Nespresso Let Love Prosper akan berakhir pada 18 Februari 2019 dan boleh didapati di Butik Nespresso Gardens Mall (Aras 1); pusat jualan pop-up Nespresso di 1 Utama Shopping Centre (Old Wing Centre Court); Sunway Pyramid dan Gurney Paragon Mall (Aras Bawah). Tempahan juga boleh dibuat di Pusat Hubungan Pelanggan Nespresso di talian 1800 80 7001 dan menerusi laman web www.nespresso.com.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?