PANDUAN MEMADANKAN TEH DENGAN MAKANAN KEGEMARAN



Konsep terbaru memadankan teh dengan hidangan makanan yang tertentu semakin mendapat sambutan sejak ia mula diperkenalkan lebih sedekad yang lalu. Terbukti amalan itu mampu menyaingi amalan memadankan wain dengan hidangan gourmet yang serba mewah. 

Pada 2007, para pencinta teh di Dilmah Tea telah memperkenalkan konsep memadankan teh dengan hidangan makanan bagi meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan teh sebagai salah satu daripada ramuan. Selepas berkunjung ke 14 negara, Dilmah Tea telah kembali semula ke Dubai bagi memperkenalkan satu lagi konsep minum petang yang revolusioner iaitu “Afternoon tea for the 21st century” (Minum petang untuk abad ke-21) pada Oktober hingga November 2018. Acara itu menekankan tentang kepentingan teh sebagai ramuan serta hidangan yang sesuai untuk dipadankan dengannya dari sudut gastronomi (seni dalam penyediaan makanan). Acara Minum Petang Abad ke-21 itu masih sedang berlangsung (Sila baca di sini). 

Seperti wain, teh memberikan beraneka aroma serta rasa yang berbeza kepada para peminumnya. Lebih daripada itu, para pencinta teh turut dapat menikmati pengalaman yang luar biasa setiap kali mereka memadankan beraneka jenis teh dengan hidangan yang berbeza! 

Di Malaysia, kita biasanya meminum teh ketika sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam dan makan lewat malam. Teh tarik dan teh ais sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada rakyat Malaysia! Tetapi malangnya, perihal berkaitan pemadanan teh dengan hidangan makanan masih belum diterokai sepenuhnya. 

Anda bagaimanapun bernasib baik, kerana kami telah menjalankan kajian yang menyeluruh dan berjaya menyenaraikan jenis-jenis teh keluaran Dilmah yang sesuai untuk dipadankan dengan hidangan kegemaran rakyat Malaysia:

1. Teh Hijau
Terdapat pelbagai jenis teh hijau yang mana teh-teh tersebut memberikan rasa dan perasaan yang berbeza setiap kali dinikmati. Rasa seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan smoky merupakan antara rasa yang biasa dihasilkan oleh teh hijau. Tiga jenis teh hijau Dilmah yang menjadi pilihan utama ialah teh hijau jasmine (teh hijau melur), teh hijau sencha dan teh hijau pudina Morocco.

● Teh Hijau Jasmine (Teh Hijau Melur)
Teh ini menghasilkan aroma buah-buahan yang harum dan enak dihidangkan bersama ikan kukus ala Malaysia dengan hirisan bawang serta cili burung.

● Teh Hijau Sencha
Juga dikenali sebagai teh hijau Jepun, ia menghasilkan rasa vegetatif yang unik dan sangat sesuai disajikan dengan sashimi serta salad halus hijau dan berkrim.

● Teh Hijau Pudina Morocco 
Jika anda mencari rasa yang lebih segar dan lebih ringan, teh hijau pudina Morocco Dilmah pastinya merupakan pilihan yang tepat. Teh hijau pudina Morocco lebih enak disajikan bersama pencuci mulut berperisa coklat. Selesai menjamu selera, nikmatilah teh dengan rasa pudina dan minyak pooh yang membangkitkan deria rasa. Selain teh hijau pudina Morocco, teh dengan rasa pudina juga sesuai dinikmati bersama pencuci mulut berperisa coklat.

2. Teh Hitam
Rangkaian Teh Hitam Dilmah terbahagi kepada teh hitam premium dan ‘English breakfast tea’ (teh sarapan Inggeris). Rangkaian teh hitam premium memiliki rasa yang seimbang, beraneka rasa, dan aroma yang kuat.

● English Breakfast Tea (Teh Sarapan Inggeris) 
Seperti namanya, English Breakfast Tea sememangnya sesuai dinikmati ketika sarapan dan teh ini memiliki kombinasi yang unik, kuat dan menyelerakan untuk disajikan bersama Nasi Lemak, sarapan pilihan ramai!

3. Teh Hitam Berperisa 
Teh hitam berperisa biasanya mengandungi empat rasa yang berbeza – earl grey, lemon, pic dan halia dengan teh berperisa madu. Kebanyakan teh hitam diperasakan dengan rempah-ratus, bunga-bungaan dan buah-buahan. 

● Teh Earl Grey 
Teh Earl Grey merupakan kombinasi Ceylon Single Origin Tea dengan rasa Bergamot, sejenis buah sitrus yang asli dari Calabria, Itali. Teh Earl Grey mempunyai campuran rasa sitrus dan sesuai dipadankan bersama popiah sayur, kari hijau Thai, karipap malah hidangan ayam Szechuan. Keserasian rasa Teh Earl Grey dapat dirasai dengan rasa Bergamot yang menjadikan teh lebih enak dan unik rasanya.

● Teh Lemon
Teh berperisa lemon merupakan antara minuman teh yang paling biasa diminum terutamanya di Malaysia, dan pastinya teh o ais limau menjadi pilihan ramai! Teh berperisa lemon memiliki rasa buah-buahan, bunga-bungaan dan aroma harum dan sesuai dengan deria rasa. Dengan rasa yang sedikit masam, teh ini sesuai disajikan bersama ayam tandoori mamak. Selain teh lemon, teh dengan rasa bunga Kamomil juga boleh dipadankan dengan ayam tandoori mamak atau sajian panggang lain seperti nasi itik panggang.

● Teh Pic
Selain teh lemon, teh hitam berperisa pic turut menjadi pilihan ramai. Keseimbangan rasanya begitu menyegarkan, dengan rasa manis dan sedikit masam. Teh pic paling sesuai dinikmati bersama kek manis atau pastri kurang manis semasa minum petang.

● Teh Hitam Halia dan Madu
Tidak seperti kebiasaannya, teh ini bukan sahaja sesuai untuk melegakan sakit tekak. Lembut, manis dengan sedikit rasa berempah daripada halia, teh ini sesuai dinikmati bersama ayam masam manis dengan sepinggan nasi putih yang panas.

4. Teh Putih
Terkenal dengan rasanya yang lembut dan segar, teh putih merupakan pilihan terbaik untuk digandingkan bersama makanan yang diperasakan seperti salad timun. Sesuai sebagai sajian pembuka selera sebelum anda menikmati nasi daun pisang untuk makan tengah hari.

Anda boleh mencuba beraneka jenis teh yang sesuai untuk dipadankan dengan setiap hidangan berbeza sepertimana yang telah kami senaraikan bagi membantu meningkatkan lagi selera serta kehidupan anda. Sebagai pengeluar teh Ceylon yang terbaik di Sri Lanka, Dilmah Tea hanya menghasilkan varian teh yang terbaik menggunakan daun teh yang berkualiti tinggi. 

Keunikannya terletak pada jenamanya yang berasaskan komitmen terhadap kualiti serta ketulenan di dalam proses pembuatan dan pengeluaran teh. Falsafah yang sama turut diterapkan di dalam setiap urus niaga dengan menekankan perniagaan sebagai khidmat masyarakat. Jenama serta syarikat berkenaan sentiasa berusaha untuk menjadikan hidangan teh anda lebih ceria! 

Untuk mengetahui lebih lanjut atau membeli produk keluaran kami, sila layari Dilmah Tea.

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

PESTA SEMBILAN MAHARAJA DEWA DAN AMALAN VEGETARIAN

LOSYEN DAILY MOISTURIZING ENERGIZING AVEENO® – STANDARD BAHARU DALAM PENGHIDRATAN KULIT DAN PENYEGARAN DERIA!