RAY ASRI PERTARUH ADIWIRA SEPI SEBAGAI SINGLE KEDUA

Dr. Irma Entertainment telah melancarkan secara digital video muzik terbaharu berjudul “Adiwira Sepi”, nyanyian Ray Asri baru-baru ini.
Video muzik berdurasi 4 minit 3
saat itu telah menjalani penggambaran selama sehari telah
mengabadikan beberapa lokasi indah di Bandaraya Melaka mendapat
sentuhan pengarah baharu, Izudin Sukarno. Lagu Adiwira Sepi yang
sedang rancak meraih populariti melalui platform digital Yonder Music,
Spotify, Joox, Itunes, Deezer dan Apple Music, kini boleh dihayati oleh
peminat-peminat muzik tanahair di laman Youtube saluran Dr. Irma
Entertainment.
Dicipta sepenuhnya oleh Dr. Irma Shida lagu Adiwira Sepi merupakan
single kedua Ray Asri selepas Antidot Lara. Menurut Dr. Irma, Ray Asri
pada asalnya merupakan penyanyi lagu demo bagi syarikat Dr Irma
Entertainment namun menyedari betapa besarnya bakat yang ada pada
Ray Asri, Dr. Irma nekad mahu menggilap dan membuka ruang bagi Ray
Asri dengan menjadikannya salah seorang artis di bawah Dr Irma
Entertainment.
Lagu Adiwira Sepi telah diinspirasikan daripada kisah ‘wira tidak
terdendang’ (unsung hero) atau daripada terjemahan intipati lirik
Adiwira Sepi, wira di belakang tabir yang berkorban demi insan
tersayang di dalam hidup. Menurut Dr. Irma, konteks lagu Adiwira Sepi
tidak terhad kepada hubungan antara pasangan kekasih, namun ia juga
merangkumi hubungan ibu ayah dan anak-anak, atau hubungan antara
sahabat karib yang sentiasa ada untuk satu sama lain kerana konsep
‘wira terpinggir’ ini adalah luas.
Sewaktu ditemubual ketika sesi
fotografi poster Adiwira Sepi, Dr Irma mengatakan Adiwira sepi diilhamkan daripada kisah dirinya yang mahu menjadi wira buat
anak-anaknya yang sentiasa berada di sisi mereka lebih-lebih lagi pada
saat mereka memerlukan.
Comments
Post a Comment