SAMBUTAN TAHUN 2019 YANG EPIK DI SUNWAY VELOCITY MALL
Get link
Facebook
X
Pinterest
Email
Other Apps
-
Konsert New Year's Eve Countdown di Sunway Velocity Mall dihoskan oleh Azura dan Dennis Yin.
Pesta Pengiraan Detik Ambang 2019 telah dilangsungkan dengan meriahnya di Sunway Velocity Mall, Cheras walaupun dalam keadaan hujan sebelum mulanya konsert. Pengunjung-pengunjung mula membanjiri tapak konsert yang terletak di Jalan Peel, bersebelahan dengan pusat membeli-belah tersebut setelah hujan mula reda.
Acara gilang-gemilang ini adalah yang terbesar di kawasan selatan Kuala Lumpur dan menampilkan carnival, bazaar dan food truck seawal jam 12.00 tengah hari.
Acara kemuncak pesta adalah sebuah konsert yang membariskan penyanyi-penyanyi pujaan tempatan seperti Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Paperplane Pursuit, Khai Bahar, Alvin Chong, Jenn Chia, Juztin Lan, Rejuvenate Dance Crew, dan Dennis Yin & Crew.
Tidak ketinggalan, pertunjukan bunga api yang dipersembahan pada detik jam 12:00 tengah malam menjadikan pengalaman menyambut tahun baru di sini pasti sukar dilupakan.
Jom kita lihat gambar-gambar yang sempat kami rakamkan di acara penuh epik ini di Sunway Velocity Mall.
Sunway Velocity Mall menganjurkan Pesta Sambutan Tahun Baru buat pertama kali di premisnya.
Para jemputan kehormat yang hadir dan juga pengunjung-pengunjung yang memperolehi Pas Platinum VIP mendapat tempat duduk eksklusif di hadapan pentas.
Suasana karnival di Jalan Peel telah bermula seawal 12 tengahari.
Pelbagai food truck menyediakan aneka makanan dan minuman di tapak pesta.
Persembahan pentas dimulakan pada jam 9 malam.
Khai Bahar
Juztin Lan
Justin Lan mendekati para peminatnya sambil mendendangkan lagu hit.
Persembahan bertenaga dari kumpulan Paperplane Pursuit yang menyanyikan lagu original mereka sendiri.
Persembahan tarian rancak dari kumpulan krew Dennis Yin
Dennis Yin menggalas dua tugas di konsert ini - sebagai hos dan juga penari.
Alvin Chong
Suasana meriah penonton-penonton yang memasangkan lampu telefon bimbit ketika persembahan Alvin Chong.
Personaliti media sosial, Jenn turut mempersembahkan lagu viral "Ch Ch Cheek Pop".
Ratu R&B, Dayang Nurfaizah mempersembahkan dua lagu - Dayang Sayang Kamu dan Lelaki Teragung.
Faizal Tahir menggemuruhkan suasana denga lagu "Gemuruh"
Tidak ketinggalan, Faizal Tahir turut mempersembahkan lagu hit Ragaman.
Para tetamu VIP dan selebriti bersedia untuk acara pengiraan detik ke Tahun Baru 2019.
Japan National Tourism Organization (JNTO) dan All Nippon Airways (ANA), syarikat penerbangan terbesar di Jepun, telah melancarkan kempen “Beyond #MissingJapan” berikutan berita bahawa Jepun bercadang untuk membuka semula sempadan negara kepada pelancong antarabangsa.
Penantian penuh debaran kini berakhir! Bersiap sedia untuk hiburan yang tak terhingga, penuh aksi dan bakat luar biasa apabila Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) bakal menggegarkan skrin anda pada Ahad, 22 Disember, jam 9:00 malam di TV3. Pencarian bakat paling epik negara ini kembali dengan skala yang lebih besar, lebih hebat, dan lebih bertenaga yang menjanjikan perjalanan penuh kejutan, persaingan sengit, serta persembahan yang tidak akan dilupakan!
Health Summit Asia (HSA) akan kembali berlangsung pada 5 hingga 7 Mei 2027 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, dengan tema “One Ecosystem. One Pulse. Shaping the Future of Health Economy”. Penganjuran ini bertepatan dengan perkembangan pasaran kesihatan Asia yang diunjurkan mencecah US$5 trilion (RM20 trilion) menjelang 2030, seiring dengan keperluan populasi yang semakin menua.
Citrawarna Speed Festival 2026 secara rasminya bermula pada hari ini, menampilkan kelainan dengan menggabungkan kekayaan seni budaya Malaysia bersama kemeriahan sukan permotoran. Berlangsung selama 12 hari bermula 23 September hingga 4 Oktober 2026, festival ini berpusat di tiga lokasi utama iaitu IOI City Mall Putrajaya, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Hotel Sama-Sama KLIA.
Viu, perkhidmatan penstriman video terkemuka PCCW, memperkenalkan siri seram original pertama mereka berjudul The Hidden Hand (Dia Perempuan Sialan). Siri ini akan ditayangkan secara eksklusif di Viu bermula 22 September 2026, setiap Selasa dan Rabu. Bersempena sambutan Hari Malaysia, episod pertama telah pun ditayangkan secara eksklusif pada 18 September lalu.
Comments
Post a Comment