SELEBRITI MERIAHKAN AKTIVITI AMAL 8TV “CNY SO HAPPY”
Bersempena dengan kempen Tahun Baharu Cina edisi 2019 iaitu "CNY So Happy" yang sedang giat berlangsung, 8TV mengambil kesempatan ini untuk melakukan aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sambil menyambut ulang tahunnya yang ke-15 dengan menghimpunkan barisan selebriti popular di rumah kebajikan terpilih.
Berlangsung di En Yuan Old Folk Home dan Yayasan
Sunbeams Home semalam (8 Januari), aktiviti
penuh bermakna ini dihadiri oleh selebriti-selebriti yang sering menjadi wajah
kepada 8TV seperti Emily Chan, Orange
Tan, Henley Hii, Haoren, Pauline Tan, Rickman Chia, Natalie Ng, Gary Yap,
Chrystina Ng, Lynn Lim, Ley Teng, Jan Chin, Wind Lee, Desmond Tey, Baki Zainal,
Joey Leong, Ziah Zhang, Happy Gan, dan
Wee Ping untuk menceriakan suasana serta beramah mesra dengan para
penghuni.
Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media
Prima Berhad, “Jutaan terima kasih diucapkan kepada para
penonton 8TV yang tidak pernah henti memberi sokongan kepada kami sehingga
kini. Sokongan anda semua akan kami jadikan dorongan untuk sentiasa memastikan
bahawa setiap kandungan yang disiarkan di 8TV adalah yang paling bagus dan
berkualiti. Selain itu, kami juga berharap untuk mengadakan pelbagai aktiviti
yang boleh mendekatkan lagi para penonton dengan 8TV pada masa akan datang.”
“Bertepatan
dengan tema Tahun Baharu Cina bagi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad kali
ini iaitu CNY So Happy yang berkongsi erti keikhlasan dan memberi daripada
hati, kami mahu orang ramai lebih rasa disayangi dan dihargai menjelang
perayaan yang bakal tiba Februari nanti. Keikhlasan amat penting, mahal atau
murah sesuatu pemberian itu, ianya bukanlah ukuran. Paling utama, kita perlu
sentiasa ingat untuk mendoakan agar insan tersayang akan hidup sejahtera dan
bahagia sepanjang tahun.” ujar
Encik Johan lagi.
Membawakan tema "memberi",
kempen CNY So Happy ingin
menyampaikan mesej agar orang ramai sentiasa ingat untuk memberi sesuatu dengan
hati yang ikhlas. Tidak kira murah atau mahal, harga sesuatu barangan yang
ingin diberi bukanlah ukuran tahap keikhlasan seseorang. Apa yang penting
adalah kita harus sentiasa ingat untuk mendoakan agar insan tersayang akan
hidup sejahtera dan bahagia sepanjang tahun.
Bahang Tahun Baharu Cina semakin dirasai, rancakkan lagi perbualan mengenai CNY So Happy di laman sosial media anda dengan #cnysohappy!
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.xtra.com.my/cnysohappy dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram 8TV iaitu @8TVchinese.
Comments
Post a Comment