AGODA UMUM DESTINASI POPULAR UNTUK CUTI TAHUN BARU CINA
Berdasarkan data daripada Agoda, salah satu platform perjalanan digital yang paling pesat berkembang, Bangkok, Tokyo dan Taipei adalah tiga destinasi paling popular bagi pelancong Asia Pasifik untuk tempoh Tahun Baru Cina 2019. Tahun ini, Osaka tergelincir dari tempat ketiga pada tahun 2018 ke tempat keenam, manakala Taiwan telah menyusul tiga daripada senarai sepuluh destinasi utama dengan Taipei di tempat ketiga, dan Kaohsiung dan Taichung masing-masing di tempat kelima dan ketujuh. Secara keseluruhannya, negara Jepun, Taiwan dan Thailand akan mendapat manfaat dengan kehadiran pelancong pada Tahun Baru Cina.
Percutian pada musim
perayaan Tahun Baru Cina lazimnya digunakan untuk merapatkan lagi hubungan
sesama ahli keluarga sambil menikmati makanan bersama-sama dan melakukan
aktiviti-aktiviti santai yang boleh disertai oleh seisi keluarga. Oleh itu,
tidak menghairankan bahawa kebanyakan pelancong di rantau ini memilih syurga
makanan dan membeli-belah di Bangkok, Tokyo, Taipei, Kuala Lumpur dan Singapura
di antara sepuluh destinasi utama mereka.
10 destinasi utama bagi
pelancong Asia pada tahun 2019
2017
|
2018
|
2019
|
1. Bangkok, Thailand
|
1. Tokyo, Jepun
|
1. Bangkok, Thailand
|
2. Tokyo, Jepun
|
2. Bangkok, Thailand
|
2. Tokyo, Jepun
|
3. Kuala Lumpur, Malaysia
|
3. Osaka, Jepun
|
3. Taipei, Taiwan
|
4. Taipei, Taiwan
|
4. Taipei, Taiwan
|
4. Hong Kong
|
5. Hong Kong
|
5. Seoul, Korea Selatan
|
5. Kaohsiung, Taiwan
|
6. Seoul, Korea Selatan
|
6. Hong Kong
|
6. Osaka, Jepun
|
7. Osaka, Jepun
|
7. Kuala Lumpur, Malaysia
|
7. Taichung, Taiwan
|
8. Singapura
|
8. Singapura
|
8. Sapporo, Jepun
|
9. Chiang Mai, Thailand
|
9. Kyoto, Japan
|
9. Kuala Lumpur, Malaysia
|
10.Pattaya, Thailand
|
10.Phuket, Thailand
|
10.Singapura
|
Malaysia
Rakyat Malaysia terus
memihak kepada perjalanan dalam negara bagi meraikan Tahun Baru Cina. Bagi
tahun 2019, destinasi domestik menduduki lapan daripada sepuluh destinasi
pilihan rakyat Malaysia. Thailand kekal sebagai satu-satunya destinasi luar
negara yang menjadi pilihan pelancong Malaysia dalam tempoh tersebut.
2017
|
2018
|
2019
|
1. Kuala Lumpur, Malaysia
|
1. Kuala Lumpur, Malaysia
|
1. Hat Yai, Thailand
|
2. Melaka, Malaysia
|
2. Melaka, Malaysia
|
2. Bangkok, Thailand
|
3. Pulau Pinang, Malaysia
|
3. Pulau Pinang, Malaysia
|
3. Melaka, Malaysia
|
4. Johor Bahru, Malaysia
|
4. Bangkok, Thailand
|
4. Pulau Pinang, Malaysia
|
5. Bangkok, Thailand
|
5. Hat Yai, Thailand
|
5. Kuala Lumpur, Malaysia
|
6. Ipoh, Malaysia
|
6. Langkawi, Malaysia
|
6. Ipoh, Malaysia
|
7. Langkawi, Malaysia
|
7. Ipoh, Malaysia
|
7. Langkawi, Malaysia
|
8. Port Dickson, Malaysia
|
8. Port Dickson, Malaysia
|
8. Port Dickson, Malaysia
|
9. Cameron Highlands, Malaysia
|
9. Cameron Highlands, Malaysia
|
9. Kota Kinabalu, Malaysia
|
10. Kota Kinabalu, Malaysia
|
10. Johor Bahru, Malaysia
|
10. Johor Bahru, Malaysia
|
Tempat-tempat untuk Dikunjungi:
Bercuti dengan seisi keluarga
Jalan-jalan cari makan
Melarikan diri daripada kesibukan kota…
Jika anda inginkan suatu pengembaraan …
Tahun Baru Cina adalah satu peluang keemasan untuk permulaan baru. Sama ada anda ingin menyatukan keluarga yang jarang ditemui dengan suatu perhimpunan di luar negara atau melarikan diri daripada sanak-saudara yang penyibuk dengan mengembara secara solo, Agoda mempunyai lima cadangan percutian yang unik untuk anda memulakan Tahun Baru Cina dengan rahmat yang melimpah:
Bercuti dengan seisi keluarga
Amanpuri in Phuket adalah sebuah destinasi holistik yang dilihamkan daripada Ayutthaya, bekas ibu negara Thailand. Sesuai untuk kumpulan yang besar, pusat peranginan ini menawarkan Vila Laut yang mempunyai sembilan bilik tidur. Ibu bapa dan anak-anak kecil boleh berehat dan menikmati perkhidmatan spa atau bersantai di kolam renang tepi pantai yang hanya dibuka untuk orang dewasa kerana khidmat penjagaan kanak-kanak boleh disediakan atas permintaan.
![]() |
Amanpuri, Phuket |
Jalan-jalan cari makan
Di Singapura, anda wajib mencuba "lo hei" (lambungan membawa tuah). Kaum keluarga dan rakan taulan berkumpul semeja untuk “melambung” salad ikan mentah ala-Kantonis sambil mengucapkan kata-kata simbolik yang membawa tuah. Kaum Cina percaya, lebih tinggi lambungannya, maka lebih banyak tuah yang akan diperolehi untuk tahun baru. Mereka yang ingin mengambil hati ahli keluarga boleh mempertimbangkan restoran Jade di The Fullerton Hotel atau Carlton Hotel Singapore yang menawarkan versi istimewa hidangan tersebut yang menggunakan ketam Alaska di Restoran Kantonis Wah Lok.
![]() |
The Fullerton Hotel, Singapore |
![]() |
Carlton Hotel, Singapore |
Melarikan diri daripada kesibukan kota…
Kepada pelancong solo yang inginkan menjauhkan diri daripada tempat awam yang sesak dan meluangkan masa bersendirian, kunjungilah negara Taiwan. Manjakan diri dengan penginapan mewah di Fleur De Chine Hotel dan nikmati keindahan pemandangan Tasik Sun Moon yang memukau. Isikan hari anda dengan melawati tempat-tempat indah seperti Pulau Lalu, Kuil Wenwu, Dermaga Chaowu, Laluan Denai Songbolun, Pagoda Cien dan banyak lagi. Sebagai alternatif, anda juga boleh menginap di Radium Kagaya International Hotel, sebuah tempat istirehat yang tidak jauh dari tarikan pelancong seperti Mata Air Panas Beitou.
![]() |
Fleur De Chine Hotel, Taiwan |
![]() |
Radium Kagaya International Hotel, Taiwan |
Jika anda inginkan suatu pengembaraan …
Bandar Pokhara di Nepal adalah destinasi yang sesuai untuk pencinta alam dan pengembaraan. Pendaki baharu atau yang berpengalaman boleh mencuba trekking di Ghorepani Poon. Kepada yang gemarkan sesuatu yang mengujakan, anda harus mencuba aktiviti hang-gliding di sini.
Raniban Retreat adalah sebuah hotel butik yang terletak di tanah tinggi yang terpencil di Raniban Hill Forest, Pokhara. Pengunjung harus mendaki 522 anak tangga terlebih dahulu untuk sampai ke hotel tersebut yang terkenal dengan pemandangan indah yang tiada tolok bandingnya. Para tetamu di sini berpeluang untuk menikmati pemandangan banjaran Himalaya, Tasik Fewa, kota Pokhara dan Pagoda World Peace dengan berlatarbelakangkan keindahan matahari terbit atau matahari terbenam.
![]() |
Raniban Retreat, Nepal |
Comments
Post a Comment