DAHMAKAN CAPAI 1,000,000 PENGHANTARAN MAKANANNYA
dahmakan, sebuah syarikat permulaan penghantaran sajian bertaraf chef yang diasaskan di Malaysia, telah menghantarkan pesanan kesejuta sejak ia dilancarkan pada tahun 2015.
"Hari ini, kami meraikan pesanan kesejuta dan kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami yang telah mempercayai kami untuk menghantarkan makanan kepada mereka dan yang tersayang," kata Jonathan Weins, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama dahmakan.
Misi dahmakan adalah untuk membawa pengalaman penghantaran makanan harian yang murah dan mudah kepada individu-individu yang sibuk di Kuala Lumpur. Di dahmakan, kombinasi chef tempatan terkenal, sistem logistik berkuasa teknologi dan pengalaman tempahan mudah telah memudahkan proses mendapatkan hidangan yang lazat berbanding dengan sebelum ini.
Sarah, pelanggan ke-1,000,000
Sarah, iaitu pelanggan kesejuta, adalah seorang wanita berusia 31 tahun dari Petaling Jaya yang bekerja di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Pesanan pertamanya dengan dahmakan telah dibuat pada tahun 2016 dan merupakan Strawberry Sambal Nasi Lemak dahmakan yang terkenal. Untuk meraikan peristiwa ini, dahmakan bertemu dengan beliau dan menghidangkannya Salted Egg Buttered Chicken dari dahmakan yang lazimnya habis terjual.
"Saya suka dahmakan, mereka menyajikan masakan klasik Malaysia yang sangat lazat dengan satu kelainan. Ia mengingatkan saya kepada sajian masakan nenek saya ketika saya membesar. Pada hari yang penuh tekanan dan sibuk, mengetahui sajian dahmakan saya sedang dalam perjalanan sememangnya melegakan."
"Ketika kami mula, saya memasak dan menghantarkan makanan bersama dengan para pengasas saya. Hari ini, saya sangat berterima kasih kerana dapat bekerja bersama beberapa chef yang paling berbakat di Malaysia. Saya sememangnya sangat teruja tentang masa depan dahmakan. Kami sedang mengusahakan beberapa projek yang sangat menarik untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan pada masa akan datang," kata Jonathan.
"Kami bangga dengan kepercayaan yang diberikan oleh para pelanggan kami, hari demi hari dan sajian demi sajian. Kami sentiasa memperkenalkan inovasi dalam menu kami dan bekerja keras untuk melangkaui jangkaan pelanggan kami. Terima kasih kerana telah membantu membentuk kejayaan kami hari ini dan kami berjanji akan terus menceriakan serta menyajikan lebih hidangan pada masa akan datang," tambah Jonathan.
Bagi menikmati sajian dahmakan hari ini, layari https://dahmakan.com/menu.
Comments
Post a Comment