EPSON LANCAR BARISAN PROJEKTOR 4K PRO-UHD

(Dari kiri) Jennifer Low (Product Manager), Daisuke Hori (Managing Director), Mr Danny Lee (Director – Sales & Marketing Division), Chew Bee Yen (Product Manager) of Epson Malaysia Sdn Bhd di majlis pelancaran projektor Epson terbaharu - EH-TW7400 dan EH-TW9400. 

Epson telah memperkenalkan barisan projektor pawagam rumah yang baharu, iaitu projektor EH-TW7400 dan EH-TW9400 yang dikuasakan oleh teknologi 4K PRO-UHD yang terkini. Barisan projektor ini menampilkan keupayaan teknologi pemindahan piksel, pemerkayaan resolusi yang membawakan pengalaman 4K serba imersif dan menakjubkan bagi para penggemar filem.

Dengan teknologi pemerkayaan 4K, projektor pawagam rumah terbaharu ini boleh menyampaikan kualiti imej yang luar biasa dengan penampilan pelbagai ciri seperti kecerahan, ketepatan warna dan perincian imej untuk pengalaman 4K PRO-UHD yang terbaik. Projektor-projektor PRO-UHD ini menawarkan nisbah kontras berdinamik tinggi sebanyak 1,200,000:1, gamut warna yang luas untuk memaparkan keseluruhan ruang warna DCI-P3, dan dengan kecerahan pelbagai warna termasuk warna putih secara saksamanya berupaya dipaparkan pada tahap setinggi 2,600 lumen.

Tambahan lagi, projektor ini juga sesuai dengan kandungan ‘High Dynamic Range’ (HDR) yang mampu menyampaikan julat warna yang besar serta butiran dalam adegan-adegan yang kelihatan cerah serta gelap sambil membawakan warna-warna yang diperkayakan dan tampak natural.

Dari segi prestasi imej, projektor ini menampilkan cip pemprosesan digital 12-bit dengan ‘Frame Interpolation’ dan ‘Advanced Motion Control’ untuk mewujudkan transisi antara babak yang dijadikan lebih lancar, serta mengelakkan imej daripada kesan pelangi yang boleh menganggu penonton.

Projektor-projektor ini mudah untuk digunakan dan lengkap dengan lensanya yang berkuasa. Untuk tujuan fleksibiliti pemasangan, ia didatangkan dengan julat penetapan lensa yang luas, iaitu sebanyak ±96 peratus secara vertikal dan ±47 peratus secara mendatar.

“Model-model projektor pawagam rumah 4K PRO-UHD kami yang terbaharu ini membawakan pengalaman 4K dalam kediaman rumah anda dan berupaya untuk menghidupkan setiap butiran, walaupun sekecil manapun untuk tontonan anda. Dengan menggunakan teknologi pemerkayaan resolusi yang proprietari, bersama dengan pemprosesan HDR yang canggih, projektor-projektor baharu ini dapat menghasilkan kecerahan, ketepatan warna serta butiran imej untuk pengalaman 4K yang terunggul pada harga berpatutan,” ujar Danny Lee, Pengarah-Jualan & Pemasaran Epson Malaysia.

Barisan projektor 4K PRO-UHD ini membolehkan penonton melihat setiap imej yang kaya dan vibran serta pelbagai ciri-ciri yang mantap untuk pengalaman hiburan kediaman yang tiada tandingannya.

Projektor Epson 4K PRO-UHD bermodel EH-TW7400 (ditawarkan pada harga RM9,800) dan EH-TW9400 (ditawarkan pada harga RM14,919) kini boleh didapati di pasaran pertengahan bulan April daripada pengedar-pengedar yang sah.

Comments

Popular posts from this blog

WESTLIFE BAKAL KEMBALI KE MALAYSIA UNTUK KONSERT WESTLIFE THE HITS TOUR 2024 DI RESORTS WORLD GENTING