FUJIFILM PERKENAL KAMERA FUJIFILM X-T30

Pengarah Urusan Fujifilm Sdn Bhd, Hiroyuki Matsuura (Tengah) bersama para pempengaruh fotografi

Syarikat FUJIFILM telah mengumumkan pelancaran kamera digital tanpa cermin (mirrorless) FUJIFILM X-T30 (X-T30) di Malaysia pada 16 Mac 2019. X-T30 adalah kamera terbaru dalam X Series, koleksi yang diperkenalkan untuk penghasilan imej yang berkualiti, warna yang padu dan pengendalian berasas dail.

X-T30 dilengkapi dengan beberapa fungsi baru yang pasti berguna untuk si pengguna. Kamera ini menggunakan sensor imej generasi ke-empat, pemproses yang menghasilkan gambar berresolusi 26.1 megapiksel dan AF (Auto Focus) yang cekap dan berkualiti. 


Seluruh bingkai kamera X-T30 mempunyai pengesan fasa piksel (pixel phase detection) untuk mendapat kontras terbaik. Ia juga menampilkan Focus Lever yang boleh ubahkan titik focus dengan mudah, skrin sesentuh yang memiliki respons lebih intuitif dan akhirnya rekacipta badan kamera yang memberikan lebih kestabilan dan keselesaan tatkala menggunakan lensa yang besar.

Algoritma AF yang digunakan telah ditambahbaik daripada versi lama, FUJIFILM X-T3 untuk memberi prestasi AF-tracking yang  lebih baik. Ini meningkatkan ketepatan bagi pengesanan muka/ mata dan fungsi baru Face Select yang mengutamakan subjek dengan AF.


Evolusi prestasi AF boleh digunakan untuk pengambilan imej ataupun video. Kestabilan pendedahan telah diperbaiki untuk muka / mata semasa AF dan AF-C (Auto Focus Berterusan) untuk keselesaan pengguna. Prestasi bagi video juga dipertingkatkan dengan rakaman audio beresolusi tinggi dan penggambaran video 4K/30P.

Dengan adanya ciri-ciri di atas, kamera ini dapat memenuhi permintaan demografik lebih luas yang terdiri daripada profesional dan amatur, dengan kebolehan X-T30 untuk mencapai imej kualiti yang terbaik. 


Ciri-ciri Utama X-T30

1. Kamera padat dan ringan mirrorless dengan pengendalian yang mudah. 
  • Kamera ringan dan kecil ini seberat 383g sahaja dan direka untuk mempertingkatkan kestabilan semasa penggunaan kamera. Focus Lever yang menggantikan Selector Buttons adalah untuk melebihi ruangan untuk cengkaman yang lebih selesa.
  • Skrin LCD belakang lebih nipis sebanyak 1.3mm dan memberi respons yang lebih baik. Skrin ini berfungsi selari dengan Focus Lever bagi mencapai operasi kamera yang lebih kuat dan intuitif.
  • X-T30 boleh didapati dalam warna hitam, perak, dan warna baru iaitu Charcoal Silver. Warna Charcoal Silver hanya boleh didapati pada awal suku tahun ketiga (Q3) 2019.
2. X-T30 mempunyai sensor imej generasi ke-empat, X Trans CMOS 4, dan enjin imej X Processor 4, bagi menyampaikan prestasi imej bersamaan dengan FUJIFILM X-T3.
  • Walaupun X-T30 merupakan kamera kecil yang bersaiz padat, ia mempunyai resolusi 26.1 megapiksel iaitu kadar yang tertinggi antara kamera digital APS-C sensor, dengan prestasi audio yang terbaik dan pencapaian warna yang menakjubkan.
  • Sensitiviti yang paling rendah adalah ISO 160, yang sebelum ini hanya boleh didapati pada ISO berlanjutan sahaja tetapi sekarang boleh didapati semasa mengambil gambar dalam format RAW.
  • Film Simulations eksklusif FUJIFILM sekarang termasuk mod ETERNA. Kamera ini menggabungkan beberapa fungsi yang memberi lebih banyak pilihan untuk mengubah suai imej anda, seperti monochrome adjustments yang boleh didapati untuk ACROS dan Monochrome, dan fungsi Color Chrome yang menghasilkan warna dan penggredan yang lebih terperinci.
3. Sistem AF baru yang berfungsi dengan baik dalam keadaan gelap dan sewaktu menjejaki subjek yang bergerak dengan pantas.
  • Imej sensor X-Trans CMOS 4 sekarang mempunyai piksel phase detection sebanyak 2.16 juta, yang merupakan empat kali ganda lebih daripada model X-Trans CMOS 3. On-sensor phase detection AF sekarang merangkumi seluruh bingkai kamera (kira-kira 100%), ini telah meningkatkan kelajuan dan ketepatan bagi fokus kepada subjek.
  • Had untuk phase detection AF dalam keadaan gelap telah ditingkatkan daripada +0.5EV ke -3EV, dan ini membolehkan AF dalam keadaan gelap atau kurang cahaya seperti waktu malam.
  • Digabungkan dengan X-T3, X-T30 mempunyai prestasi dan fungsi AF yang terbaik antara kamera X Series dengan penggabungan pemprosesan imej yang pantas, enjin X-Processor 4 dan algoritma AF untuk mempertingkatkan prestasi ketepatan pengesanan muka / mata. Pengenalan fungsi Face Select mengutamakan ciri AF untuk seseorang apabila beberapa orang dikesan dalam bingkai.
  • Prestasi bagi Advanced SR Auto mode telah dipertingkatkan selari dengan prestasi AF. Bagi mod ini, X-T30 akan memilih daripada 58 pratetap secara automatik untuk menghasilkan penggambaran yang terbaik, supaya anda boleh mencapai imej yang berkualiti tanpa memilih fungsi secara manual.
4. Fungsi video dipertingkatkan
  • X-T30 memiliki fungsi penggambaran video 4K/30P dengan kebolehan untuk merakam resolusi audio tinggi tanpa mengguna peralatan lain ataupun fungsi pengesanan mata.
  • X-T30 merakam dalam resolusi 6K (6240x3510) untuk menghasilkan video 4K (3810x2160) yang menakjubkan. Kamera ini juga menyokong format DCI (17:9) yang memberi video anda kualiti yang lebih sinematik.
  • Mod Film Simulation boleh digunakan sewaktu mengambil gambar dan merakam video, termasuk dengan “ETERNA” motion picture emulator.
  • Video 4K/30P boleh dirakam secara 4:2:0 8bit pada SD card. Perakaman F-log dan 4:2:2 10bit secara HDMI membolehkan kamera merakam video untuk juru video profesional.


Harga Runcit Yang Disyorkan
X-T30 Body (RRP: RM 3,888)
X-T30 Kit with XF 18-55mm F2.8-4 R (RRP: RM 5,488)

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://fujifilm.my/product/x-t30/ 

Comments

Popular posts from this blog

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

COMBAT BAZE MEMBAWA PENGALAMAN REKREASI PENUH AKSI DI MALAYSIA