ALIF DAN SONAONE LANCAR ALBUM KOLABORASI "DETAIL"



Alif dan SonaOne secara rasminya melancarkan album sulung mereka berjudul DETAIL hari ini. Album yang menyaksikan keajaiban kolaborasi antara dua bintang rap dan penerbit yang telah merangkul pelbagai anugerah itu menampilkan 15 buah lagu yang boleh dianggap sebagai sebuah mahakarya sonik. 

Percayalah: DETAIL sarat dengan lagu-lagu hit yang hebat dan pasti menjadi halwa telinga para pendengar. Anda sudahpun mendengar lagu pertama mereka berjudul “Obvious” dan ini diikuti dengan persembahan sepenuhnya dalam Bahasa Melayu lewat “Pun Boleh”yang penuh bertenaga. Kedua buah lagu ini mempamerkan sekelumit sahaja kehebatan DETAIL yang lebih besar: Yang diadun oleh Jimmy Cash–– yang pernah menjadi jurutera bunyi buat mahakarya Travis Scott pada tahun 2018 iaitu Astroworld–– dan mendapat sentuhan ‘mastering’ oleh Chris Athens, yang pernah bekerjasama dengan Drake, Nicki Minaj, Justin Timberlake serta David Guetta. Setiap lagu di dalam album akan membawa pendengar ke dalam satu pengembaraan muzik yang disaluti ajnas warna dan irama menarik yang diselang-selikan dengan unsur pop, hip-hop, R&B serta soul. 


Tapi ia tidak terhenti di situ: Alif dan SonaOne juga mengumumkan single ketiga DETAIL iaitu “Look Around”. Dengan rentak serta kata-kata yang sarat kehebatan, anda juga dapat mendengar duo ini mencabar anda untuk menamakan jika ada yang lebih hebat lewat kata-kata – “Don’t believe me / Look around!” Seperti lagu sebelumnya, “Look Around” merupakan sebuah lagu yang bakal menjadi siulan dan boleh dimainkan di pesta atau kelab serta dalam bilik anda sendiri. Berapa banyak lagu yang sudah selengkap ini dan siap dimainkan di sebuah keramaian atau kelab penuh bertenaga. 

Dalam video muzik “Look Around”, yang diterajui Zulamran Hilmi, yang juga pengarah video muzik lagu ‘Sampai Jadi’ oleh ketua Kartel Joe Flizzow”, Alif dan SonaOne menikmati hasil karya mereka bersama saudara Kartel dari Singapura, iaitu Yung Raja serta Fariz Jabba. 


Anda mahukan hit? Di sini ada 15, semua hebat dan bukan sekadar memenuhi ruang album – Itu janji DETAIL. 

DETAIL kini boleh distrim/muat turun di semua platform digital. Pautan: https://lnk.to/DETAIL

Comments

Popular posts from this blog

ASTRO MENAMPILKAN DRAMA ‘TERNYATA SEBUAH BAHAGIA’, MEMAPARKAN KISAH KETABAHAN SUAMI DAN ISTERI.

ASTRO ORIGINALS ‘PROJECT; EXIT’ MENGUPAS ISU KESIHATAN MENTAL & KONFLIK KELUARGA MENERUSI KISAH PERSAHABATAN YANG PENUH EMOSI

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

IQIYI SAJIKAN DRAMA BERSIRI ‘SATU HARI NANTI’ GANDINGAN BELLA ASTILLAH, EZAIDI AZIZ & EYKA FARHANA