ASHLEY FURNITURE HOMESTORE BUKA GALERI TERBESAR DI KL
Jenama perabot yang paling laris di dunia, Ashley Furniture HomeStore, membuka galeri terbesarnya di pusat beli-belah Quill City Mall baru-baru ini.
Dimiliki dan dikendalikan oleh HAUSLIFE Furniture Sdn Bhd (HAUSLIFE), pemegang lesen tunggal dan operator Ashley Furniture di Semenanjung Malaysia, Ashley Furniture HomeStore Quill City Mall merupakan galeri keempat syarikat perabot berkenaan di Malaysia.
Rekaan dalaman HomeStore yang seluas 13000 meter persegi ini turut memaparkan Koleksi Lifestyle Ashley Furniture yang terdiri daripada ‘Vintage Casual’ , ‘Urbanology’ , ‘New Traditions’, ‘Contemporary Living’ serta ‘Family Spaces’; laluan berliku melalui ruang-ruang pameran serta kemasan dinding yang unik dan menginspirasikan.
Kategori-kategori produk yang disediakan termasuk set upholsteri, bilik tidur, ruang makan, rumah pejabat, sofa sandar, tilam dan aksesori.
Yu Kong Ching, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif HAUSLIFE berkata, “Jelas bahawa produk Ashley amat dekat di hati pengguna tempatan dan ini dapat dilihat melalui pertumbuhan ketara jenama ini sejak ia muncul di Malaysia.”
“Pembukaan galeri induk ini juga membuktikan komitmen, dedikasi dan kepakaran HAUSLIFE dalam mengukuhkan kedudukan Ashley Furniture di negara ini dari aspek penguasaan pasaran serta pengiktirafan jenama.”
Menurut Yu, HAUSLIFE menyasarkan untuk membuka lapan (8) cawangan Ashley Furniture HomeStores menjelang tahun 2022.
“Masih terdapat ruang untuk kami berkembang di pasaran tempatan, khasnya ekoran permintaan yang semakin meningkat terhadap produk berkualiti dan bernilai tinggi, rekaan bergaya serta perkhidmatan terbaik oleh pengguna,” tambah Yu.
Berucap pada majlis pelancaran Ashley Furniture HomeStore Quill City Mall, En Robin Lim, Naib Presiden Ashley Furniture HomeStore di Asia, berkata: “Kami amat teruja melihat perkembangan agresif jenama Ashley di Malaysia. Rantau Asia, termasuk Malaysia, memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan rancangan pertumbuhan global Ashley Furniture.”
Platform e-Dagang yang Komprehensif
Seiring dengan trend global dalam penerimaan gaya hidup digital, Ashley Furniture HomeStore baru-baru ini melancarkan platform e-Dagang yang khas untuk rakyat Malaysia.
Dibangunkan dengan memberi penekanan pada elemen mesra pengguna, platform berkenaan turut dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri komprehensif serta tawaran menarik. Platform ini membenarkan para pelanggan Ashley dari seluruh Semenanjung Malaysia mendapatkan produk-produk Ashley daripada peruncit yang disahkan secara online.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman https://www.ashleyfurniture.com.my/
Program Rakan Sekutu Eksklusif untuk Pereka Dalaman
HAUSLIFE Interior Designer Affiliate (HIDA), sebuah program insentif yang diwujudkan khas untuk pereka dalaman, dilancarkan pada tahun 2015. Dengan lebih 215 rakan sekutu, HIDA berhasrat untuk memperkasakan pereka dalaman hari ini untuk merealisasikan visi kreatif masing-masing dan menjadikan kehidupan lebih sempurna. Program tersebut menyediakan pelbagai ganjaran kepada rakan sekutu terbabit termasuk penawaran eksklusif terhadap produk Ashley dan HAUSLIFE serta mendapat akses terhadap rangkaian produk baharu dan terpilih.
Comments
Post a Comment