BAZAR PERDANA @ PNB PERDANA HOTEL & SUITES ON THE PARK



Sempena bulan Ramadan tahun ini, PNB Perdana Hotel & Suites On The Park, Kuala Lumpur bakal menampilkan konsep "Bazar Perdana" untuk sajian bufet di restoran 10 Binjai kepada para pengunjungnya.

Bazar Perdana membawakan pelbagai juadah berbuka puasa lazat yang sering dijual di gerai-gerai pasar Ramadan. Usah berpanas-panas dan bersesak-sesak di luar sana, nikmatilah hidangan berbuka puasa yang disediakan oleh pasukan chef yang berpengalaman di 10 Binjai. 

Antara juadah yang wajib anda cuba adalah Ayam Bumbu Rojak yang disediakan dengan resepi asli oleh ketua chef di 10 Binjai. Hidangan unik ini menggabungkan ayam masak merah dengan rencah rojak yang enak.

Selain daripada itu, pilihan popular di Bazar Perdana adalah Kari Kepala Ikan, Daging Salai Percik, Rendang Paru Asam Pedas Ikan Pari, Sotong Masak Lemak Cili Api dan banyak lagi.

Tidak lupa juga gerai makanan/ live cooking station yang menyediakan hidangan kegemaran ramai seperti Kambing Bakar, Satay, Sup, Mi, Murtabak dan banyak lagi di laman Restoran 10 Binjai. 

Sebagai pelengkap hidangan, cubalah Aiskrim Goyang, Ais Kacang dan pelbagai kuih-muih yang disediakan. 

Restoran 10 Binjai yang terletak di Jalan Binjai mudah diakses dengan pengangkutan awam - berhampiran LRT Ampang Park dan juga laluan bas percuma GoKL. Lokasinya yang strategik, berhampiran KLCC menjadikannya pilihan yang tepat untuk berbuka puasa di kota.     

Majlis pelancaran "Bazar Perdana" disempurnkan dengan paluan gong.

10 Binjai - restoran PNB Perdana Hotel 7 Suites dengan dekor yang ringkas tetapi elegan. Cukup selesa untuk menikmati hidangan berbuka puasa dengan keluarga atau rakan korporat.

Selain daripada gerai/ live cooking stations, Bazar Perdana menawarkan sajian bufet bersama nasi dengan lauk-pauk Melayu yang mesti dicuba! 

Kari Kepala Ikan

Ayam Bumbu Rojak

Daging Salai Percik

Ayam Masak Merah

Asam Pedas Ikan Pari 

Sotong Masak Lemak Cili Api

Kailan dan cendawan

Rendang Paru

Kacang Panjang Goreng Tempe

Aneka kerabu yang membuka selera

Antara gerai ala bazar Ramadan yang disediakan di Binjai10 

Tambat selera anda dengan sup daging yang menyelerakan.

Lemang dan ketupat enak dimakan dengan serunding.

Gerai Mi

Murtabak panas-panas dari dapur

Pembuka selera dan pelbagai sambal & sos

Pilihan minuman sejuk yang menyegarkan

Lengkapkan hidangan anda dengan kuih-muih tradisonal dan modern.

Gerai Ais Kacang

Pilihan buah-buahan tempatan dan import.

Tapai, kurma dan manisan

Imbau zaman kecil-kecil dengan Aiskrim Goyang

Bufet Ramadan Bazar Perdana di Restoran 10 Binjai boleh didapati dengan harga RM98 nett seorang. Pelanggan yang membuat tempahan sebelum 30 April akan mendapat harga promosi "early bird" - RM80 nett seorang sahaja.  


PNB PERDANA ON THE PARK
Alamat: 10, Jalan Binjai,
50450 Kuala Lumpur

Untuk maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi +603-74903333
Laman Web Rasmi: https://www.pnbperdanaonthepark.com
Lamabn Facebook: https://www.facebook.com/pnbperdanakl/

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?

PERSEMBAHAN BALET SENSASI LONDON MENAMPILKAN PENARI CILIK CEMERLANG, SOPHIA ONG DARI SELANGOR, DALAM BALLET NIGHTS KUALA LUMPUR!