PHANTOM OF THE OPERA BAKAL GEGARKAN ISTANA BUDAYA



Bila Phantom berkunjung ke Thailand buat kali pertama pada 2013, ramai peminat tertanya bila nak datang Malaysia? Bila Phantom kerap kali ziarahi Marina Bay Sands, peminat terpaksa harungi tambak Johor. Akhirnya keluhan anda semua telah didengari kerana lagu berhantu "Nightwish" akan berkumandang di Istana Budaya!

Berdasarkan novel klasik Le Fantôme de L'Opéra oleh Gaston Leroux, The Phantom of the Opera menceritakan kisah seorang genius musikal yang cacat yang hanya dikenali sebagai Phantom sering menghantui setiap pelosok Paris Opera House. Terpukau dengan bakat dan kejelitaan seorang soprano muda, Christine, Phantom mengambilnya menjadi anak didik dan kemudiaan jatuh hati padanya. Tidak menyedari cinta Christine terhadap Raoul, obsesi Phantom memaksa berlakunya peristiwa dramatik di mana kecemburuan, kegilaan dan nafsu bertembung membentuk tragedi.


The Phantom of the Opera, yang dilancarkan di The Majesty's Theatre di West End London pada 9 Oktober 1986, dibintangi Michael Crawford sebagai Phantom dan Sarah Brightman sebagai Christine serta diterbitkan oleh Cameron Mackintosh dan The Really Useful Group. Blockbuster hasil Andrew Lloyd Webber telah memenangi lebih daripada 70 anugerah teater terunggul, termasuk tujuh anugerah Tony di Broadway dan empat Anugerah Olivier di West End. The Phantom of the Opera menjadi pertunjukan yang paling lama dalam sejarah Broadway pada 9 Januari 2006, ketika merayakan persembahan ke-7,486, melepasi pemegang rekod sebelumnya iaitu CATS.


Tahun 2018 merupakan tahun kegemilangan kerana pada 1 Januari 2018 ia meraikan persembahan ke-13,000 dan kemudian pada 24 Januari, persembahan Broadway pula meraikan 30 tahun yang menakjubkan di Broadway, New York. 


Dengan 130 pelakon, kru dan orkestra, kesan khas istimewa yang menakjubkan dan lebih daripada 230 kostum oleh pereka antarabangsa Maria Björnson, The Phantom of the Opera juga mengandungi beberapa lagu terkenal dan mengasyikkan dari Andrew Lloyd Webber, termasuk "The Phantom of the Opera", "Think Me" dan "Music of the Night".

Berikutan kejayaan beliau sebagai Che dalam "Evita" dan Pharaoh dalam "Joseph dan The Amazing Technicolor Dreamcoat," bintang teater Jonathan Roxmouth kembali memainkan peranan utama The Phantom. Menyertainya adalah Meghan Picerno sebagai gadis soprano muda yang cantik Christine dan Matt Leisy sebagai Raoul.


The Phantom of the Opera akan dipersembahkan di Istana Budaya, Kuala Lumpur oleh Lunchbox Productions, Base Entertainment Asia dan TEG Dainty.

Persembahan akan berlangsung dari 15 Jun pada 8.30 malam (Selasa hingga Jumaat) dengan dua pertunjukan - 2 petang dan 8.30 malam - pada hari Sabtu dan Ahad.

Tempah tiket anda sekarang di www.ticketcharge.com.my

Comments

Popular posts from this blog

THE EXPERTS - FILEM AKSI HEIST YANG DINANTIKAN 2024, TAMPILKAN BARISAN PELAKON HEBAT TANAH AIR

COLGATE OPTIC WHITE PURPLE: UBAT GIGI PEMUTIH UNGU PERTAMA COLGATE

ASTRO MEMPERINGATI HARI BUMI DENGAN KEMPEN “RIMBAKITA: SAVE OUR EARTH”

ICBS 2024: MENJEMPUT ANDA MENEROKA INOVASI KAFE DI KUALA LUMPUR!