NUR 2: SYAFIQ KYLE & AMYRA ROSLI KEMBALI CIPTA FENOMENA



Drama fenomena yang dinobatkan Drama Rantaian Terbaik Anugerah Skrin 2018, Nur kembali dengan Nur 2 mulai 2 April ini! Drama lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli yang juga pemenang Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik Drama Rantaian ASK 2018 ini akan disiarkan di slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam. 

Nur 2 arahan Shahrulezad Mohameddin ini pasti tidak lengkap tanpa barisan pelakon-pelakon hebat yang turut menjayakan siri drama ini seperti Dato’ Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah, Azhan Rani dan Raja Atiq, Azar Azmi, Eyra Hazali dan ramai lagi.


Siri pertama drama Nur mengisahkan mengenai Nur, seorang pelacur yang mahu keluar dari kehidupan kotornya. Pertemuan dengan Ustaz Adam memberi sinar buat Nur. Namun, dalam mencari redha ilahi dan cinta sejati manusia, Nur bergelut dengan penerimaan masyarakat lebih-lebih lagi keluarga Adam yang sangat dihormati. 

Nur 2 pula adalah kesinambungan mengenai Nur dan Adam yang meneruskan kehidupan mereka di rumah peninggalan arwah Cik Mona. Selain mengajar kanak-kanak mengaji di rumah mereka, Adam masih meneruskan aktiviti untuk memberi dakwah di lorong-lorong yang turut mendapat sokongan Nur. 


Pendekatan Adam yang berdakwah secara halus dengan mendekati komuniti di lorong pelacuran tanpa perasaan untuk menghakimi sesiapa itu membuatkan dirinya disenangi ramai. Dalam diam Adam diperhatikan oleh Juita, pelacur yang popular dan merupakan rakan Nur di lorong itu.

Juita cemburu akan kecantikan Nur, malah Juita sendiri pernah merasa sinis dengan cita-cita Nur yang mahu meninggalkan dunia lorong sehingga menyebabkan hubungan persahabatan mereka renggang. Kini melihat Nur bahagia bersama Adam, Juita juga mengimpikan untuk menjadi seperti Nur. Dia mahu Adam menjadi miliknya dan perlahan-lahan dia mencari peluang untuk mendampingi Adam.


Tidak cukup dengan konflik rumah tangga dengan kemunculan Juita, Adam juga dibebani dengan masalah sekolah Darul Mukhsin yang kekurangan dana akibat penyelewengan Hamadi. Walaupun meringkuk di dalam penjara, Hamadi masih tidak serik malah semakin jahat. 

Apa lagi kejahatan yang bakal dilakukan Hamadi? Akan kekalkah kebahagiaan rumah tangga Nur dan Adam? Pastikan anda ikuti drama 15 episod terbitan Radius One Sdn Bhd ini untuk mengetahui kesudahannya.


Menurut Encik Johan Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad “Drama Nur telah mencipta fenomena tersendiri tahun lalu. Meraih 11 juta tontonan sehingga berjaya meraih anugerah Drama Rantaian Terbaik di ASK 2018, penonton mahu drama Nur diteruskan. Atas persetujuan pihak produksi dan tidak mahu menghampakan peminat drama tempatan, maka Nur 2 akhirnya direalisasikan. Kami mengharapkan Nur 2 ini akan mendapat sambutan sama malah mungkin lebih hebat lagi. 

Kolaborasi bersama Blancheur dan juga Karya Seni juga merupakan strategi yang bertepatan untuk meluaskan lagi penjenamaan Nur 2 dengan koleksi pakaian dan novel yang dapat dimiliki oleh peminat setia drama ini. Selain itu, penonton setia drama ini turut boleh menonton Nur 2 secara eksklusif di laman penstriman tempatan iaitu iflix.com dan juga tonton.com.my sebaik sahaja ianya habis disiarkan di TV3”.



KOLABORASI BERSAMA BLANCHEUR DAN KARYA SENI

BLANCHEUR - Bagi melebarkan lagi penjenamaan NUR, Nur 2 berkolaborasi bersama Blancheur iaitu antara pereka telekung dan busana moden yang terkenal di Malaysia dalam mengeluarkan jenama premium dan sekaligus melancarkan koleksi eksklusif iaitu tudung dan telekung Nur by ARJANA. Telekung Nur by Arjana mempunyai tiga variasi iaitu ARJANA Nur Cotton, ARJANA Nur Rose dan mini telekung. Manakala tudung Nur by ARJANA pula mempunyai lima variasi iaitu Royalist Nur, NUR Demi-Shawl, NUR Snap-On, Khimar Nur & Nur Aisyah. Bagi kolaborasi ini, Blancheur turut memperkenalkan enam wajah Nur by ARJANA iaitu Anim Ezati, Ezzah Aziz Fawzy, Hawa Rizwana, Mia Ahmad, Sarancak dan juga Zuhairah. Kolaborasi ini akan dilancarkan secara rasmi kepada orang ramai di pusat beli belah SOGO Kuala Lumpur pada 6 April ini dan di juga di SOGO i-City pada 13 April. 

Selain pertunjukan fesyen, orang ramai juga dapat beramah mesra bersama pelakon drama Nur 2 iaitu Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Noorkhiriah dan Azhan Rani dan juga wajah Nur by ARJANA. Anda boleh dapatkan koleksi hebat ini melalui:

Pesanan online di website www. Blancheur.co
Butik: BLANCHEUR, Jalan Maarof, Bangsar
Kaunter: 
Level 2, Isetan Suria KLCC
Level 1, SOGO Kuala Lumpur
Level 1, SOGO, i-City Central, Shah Alam

KARYA SENI - Atas sambutan hangat yang diterima apabila Nur diadaptasi menjadi novel Disember tahun lalu, sekali lagi Primeworks Studios bersama Penerbitan Karya Seni, salah satu rumah penerbitan terbesar di Malaysia bekerjasama bagi menerbitkan novel Nur 2. 

Novel Nur 2 yang berharga RM30.00 boleh didapati di kedai buku seperti MPH, Popular, Kinokuniya dan Muda Osman mulai April 2019. Jangan lepaskan peluang untuk bertemu dengan penulis novel Nur 2, Rose Harissa di sesi ramah mesra yang diadakan di KLIBF (Kuala Lumpur International Book Fest) di booth Karya Seni yang kini sedang berlangsung sejak 29 Mac hingga 7 April 2019.

Comments

Popular posts from this blog

IQIYI MEMPERSEMBAHKAN DRAMA BERSIRI TERBAHARU ‘SENYAWA’ LAKONAN MANTAP TRISHA OOI, SHAHZ JASZLE & SITI HARIESA

NESTLÉ MALAYSIA DAN BSMM BERGANDING BAHU MEMBANTU PENDUDUK TERJEJAS BANJIR : 5,000 KOTAK BARANGAN MAKANAN ASAS DISEDIAKAN BARISAN SUKARELAWAN

APAKAH RISIKO MAKANAN DIPROSES BERLEBIHAN YANG WAJIB DIKETAHUI?