SUATU KELAINAN DI GARDEN PALACE @ D’SAJI TITIWANGSA



Felda Dsaji hari ini mengumumkan pembukaan tempat acara terkini KL dengan pembukaan Garden Palace @ DSaji Titiwangsa pada 19 April 2019.

Garden Palace yang bertemakan flora dan fauna akan menjadi tempat acara di mana tetamu boleh menjamu selera dan menikmati hiburan secara langsung pada masa yang sama. Tetamu boleh menjamu selera mereka dengan makanan dan minuman Halal sambil menikmati persembahan oleh artis artis berlainan setiap malam. 

Dengan Konsep ini, Garden Palace menyediakan “pentas” untuk artis tempatan membuat “mini showcase” untuk peminat setia mereka. Setiap bulan, Garden Palace akan memberi peluang kepada sekurang-kurangnya 15 artis berlainan untuk membuat persembahan.

Satu daripada tujuan siri mini showcase ini diadakan adalah untuk memberikan platform kepada artis untuk menjana pendapatan yang lebih. 


SIRI MINI SHOWCASE “UP CLOSE & PERSONAL WITH…” 
Bermula daripada 20 April 2019, artis – artis yang akan membuat persembahan di Garden Palace adalah seperti berikut.:
  1. Bimasakti (band) - 20. April, 2019
  2. Roy Rauzan (Kau Ratnaku) - 21 April, 2019
  3. Thalia Mentor - 22. April, 2019
  4. Toy Nizam - 23. April, 2019
  5. Azura Aziz - 24. April, 2019
  6. Kool - 25 April, 2019
  7. Salamiah Hassan - 26. April, 2019
  8. Atilia - 27. April, 2019
  9. Shakila “Bigo” -28 April, 2019
  10. Fatin Husna - 29. April, 2019
  11. Syria Care - 30 April, 2019
  12. Raihan - 1 May, 2019
Siri mini showcase “Up Close & Personal with … “ akan bermula setiap malam dari jam 7.00 malam dengan hidangan makan malam. Setiap Artis akan mula persembahan mereka pada pukul 8.45pm dengan 2 segmen selama 45minit. Selepas persembahan, mereka akan beramah mesra dengan pembeli tiket Meet & Greet.

Tiket-tiket untuk siri mini showcase ini berharga RM300 (VIP Meet & Greet), RM230 (Platinum), RM180 (Gold), RM130 (Silver), RM80 (Bronze – Tanpa Makan Malam). 

Ticket boleh dibeli melalui WhatsApp (Ticket Hotline): +60 111 695 0047 atau ONLINE: MyTicket.Asia atau di atas kaunter Garden Palace@ D’Saji, Titiwangsa Kuala Lumpur.

Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak yang akan datang. bermula daripada Mei 6, 2019, Kumpulan Nasyid terkenal Rabbani dan Raihan akan membuat persembahan di Garden Palace & D’Saji Titiwangsa Kuala Lumpur. D’Saji menawarkan harga pakej istimewa Bufet Ramadan iaitu RM79.00 seorang. Untuk keterangan lanjut atau tempahan awal, pelanggan boleh menghubungi 03-4021 0098 atau email ke dsajikltitiwangsa@felda.net.my

Siri Mini Showcase "Up Close & Personal with …. “dibawakan khas oleh Garden Palace @ D”Saji Titiwangsa dengan sokongan BEST FBKL Concerts, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Harithmai Production dan MyTicket. 

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai perkara diatas sila hubungi:

Tn. Hj. Kamal di talian 012 3153988 atau Puan Lisza Abd Kadir di talian 019 339 1445 atau email: bestfbklconcerts@gmail.com



Comments

Popular posts from this blog

SERTAI KEMERIAHAN ’HELLO NU SENTRAL’ BERSAMA BINTANG TERHEBAT TEMPATAN PADA 27 APRIL INI!

"CHECK, CONFIRM, CONSULT AND CHANGE" UNTUK MEMERANGI PRADIABETES

FIRETALK 2024 BY NOURUL DEPP KEMBALI SUNTIK MOTIVASI, UBAH MENTALITI