WAJAH INSTA-READY DENGAN SUNPLAY SKIN AQUA TONE UP UV
Tahukah anda? Pelindung matahari adalah amat penting bagi mencegahkan bintik hitam, pigmentasi, kulit kering, serta penuaan pramatang punca daripada matahari. Terutamanya di Malaysia yang bercuaca panas, pelindung matahari telah menjadi salah satu regim penjagaan kulit setiap hari. Pelindung matahari kini bukan hanya melindungi kulit daripada sinaran UV, tetapi juga menawarkan manfaat kecantikan seperti produk penjagaan kulit yang lain.
Memperkenalkan edisi terkini rangkaian Sunplay dari Rohto Mentholatum, satu jenama yang terkenal dengan produk kesihatan berkualiti tinggi. Sunplay adalah jenama pelindung matahari yang popular di Jepun, dan Sunplay Skin Aqua Tone Up UV Essence & Spray bersedia untuk memenuhi keinginan para pengguna yang mencari pelindung matahari yang bukan sahaja memberi pelindungan optimum daripada sinaran UV bahaya, tetapi juga pada masa yang sama, menyerikan kulit wajah dengan asas warna primer yang betul. Tiada lagi wajah pucat dan kusam dengan pelindung matahari yang konvensional, kerana Sunplay Skin Aqua Tone Up mengandungi warna lavender yang membantu mengurangkan warna kekuningan kulit, mencerahkan kulit, menyembunyikan ketidaksempurnaan kulit, dan mencapai wajah seri semulajadi supaya anda sentiasa insta-ready!
Mencerahkan Kulit
Serbuk Strobe Pearl ‘iridescent’ yang unik berupaya menyebarkan cahaya dari kulit agar kulit kelihatan lebih cerah dan berseri, sambil membantu menyembunyikan ketidaksempurnaan kulit. Di samping itu, ia juga terasa amat ringan dan menyerap dengan cepat ke dalam kulit tanpa kesan putih atau perasaan kurang selesa. Amat sesuai pada hari-hari di mana anda berasa malas untuk bersolek tapi masih ingin kelihatan sempurna.
Untuk Kulit Cerah dan Mulus
Sunplay Skin Aqua Tone Up UV dirumus dengan bahan-bahan penjagaan kulit termasuk Vitamin C, Asid Hyaluronic, dan Pure Nuance Complex, yang menawarkan manfaat berkhasiat kepada kulit. Vitamin C terbukti dapat mencerahkan kulit yang kusam, dan memberikan wajah yang berseri. Vitamin C digunakan secara meluas dalam banyak produk pencerahan kulit kerana ia membantu melawan pembentukan bintik-bintik hitam, mengurangkan parut jerawat, dan menjadikan pori-pori kelihatan lebih halus. Di samping melindungi anda dari sinaran UV, bahan aktif di dalam pelindung matahari ini juga melembapkan kulit dan menjadikan tona kulit lebih sekata. Sebagai bonus, pelindung matahari ini adalah bebas daripada minyak mineral dan pengawet!
Pelindung matahari Sunplay sangat mudah disapu di wajah dan seluruh badan. Produk ini terdapat dalam bentuk esen dan semburan.
Dapatkanlah Sunplay Aqua Tone Up UV yang kini boleh didapati di Watsons di seluruh negara. Harga runcit ialah RM65.90 untuk esen dan RM53.90 untuk semburan.
Untuk maklumat lanjut, layari www.facebook.com/mysunplay/
Comments
Post a Comment