ZAYAN LANCAR KEMPEN BAYAR BIL KEPERLUAN PEMINAT



ZAYAN BAYAR, sebuah kempen anjuran jenama radio ZAYAN bertujuan membantu menyelesaikan masalah pembayaran bil para peminat ZAYAN. 

Bermula 22 hingga 28 April, penyertaan boleh di hantar menerusi laman rasmi ZAYAN: www.zayan.my. Setiap pernyertaan harus lengkap dengan maklumat peribadi, beserta lampiran bil dan salinan kad pengenalan. Ia dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur sekurang-kurangnya 18 tahun. 

Peserta-peserta juga perlu melengkapkan penyertaan mereka dengan kisah di sebalik bil tersebut. Walaupun ZAYAN tidak menetapkan sebarang had bagi nilai bil yang dilampirkan, namun, pembayaran maksima untuk penyertaan-penyertaan yang dipilih untuk ZAYAN BAYAR adalah sebanyak RM500 sahaja.

Peserta ZAYAN BAYAR boleh mengemukakan bil-bil keperluan atau perbelanjaan bulanan. Peserta-peserta bertuah akan ditentukan oleh pihak ZAYAN berdasarkan kisah menarik disebalik bil yang dihantar. Setiap penyertaan yang diterima tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang ditetapkan di laman web rasmi ZAYAN.

Selain daripada berhasrat untuk membantu peminat-peminat, ZAYAN secara berterusan ingin mendekati dan mendalami segala kekangan yang dihadapi oleh mereka.


Untuk maklumat lanjut, sila layari:
https://zayan.my/
https://www.facebook.com/zayan.my/
https://www.instagram.com/zayan.my/
https://twitter.com/ZayanMy

Comments

Popular posts from this blog

SUNWAY MALLS MERAIKAN ULANG TAHUN KE-50 SUNWAY GROUP DENGAN PENUH GILANG DI SELURUH NEGARA

X-CHANGE: ASTRO ORIGINALS YANG PERTAMA HIMPUNKAN PELBAGAI BAHASA, MENGGABUNGKAN GENRE AKSI, JENAYAH & ROMANTIK

KEMPEN ‘MEMPERKASAKAN IMPIAN WANITA’ SUNSILK BERJAYA MENJANA RM100,000 UNTUK SOKONG WOMEN OF WILL

BAWAH PAYUNG AWAN - GANDINGAN ISTIMEWA NABILA RAZALI, BEN AMIR DAN NELISSA NIZAM